05 Mac 2009

Kerajaan Pusat Sedia Timbang Bina Jambatan

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyatakan yang kerajaan sedia menimbang untuk membina jambatan menghubungkan Labuan dengan Sabah. Perkara itu dinyatakan ketika beliau merasmikan upacara pecah tanah tapak Hab Halal Labuan, di Kiansam hari ini.

Perkara ini sememangnya sudah lama diminta oleh sebahagian besar warga Labuan, ketika di era Ybhg. Datuk Mulok menjadi Ahli Parlimen lagi. Pembinaan jambatan tersebut juga "terkeluar" dari Rancangan Malaysia ke-9, namun dikatakan akan dimasukkan sebagai projek "add-on".

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pengusaha bot akan menjadi penghalang utama pembinaan jambatan sebab mereka tidak boleh cari makan.

Kalau perkhidmatan mereka baik ok jugalah tapi ani mbari paning kapala.