08 Mei 2010

Jambatan Labuan - Jadi Atau Tidak?

Satu ketika dahulu, ketika lawatan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ke pulau ini menaikkan sedikit semangat warga Labuan apabila beliau berjanji akan memasukkan projek jambatan Labuan menghubungkan pulau ini ke tanah besar Sabah kedalam RMK-9 sebagai 'add-on project'.

Setelah didesak oleh pelbagai pihak, akhirnya Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik memberi 'jaminan' baru apabila mengumumkan jambatan Labuan akan dibina setelah kajian dibuat membuktikan ianya berdaya maju. UMS dilantik untuk menyiapkan kertas kajian tersebut.

Pada 4 Mei lepas, harapan warga Labuan akhirnya terkubur apabila Datuk Raja Nong Chik mengumumkan yang kerajaan ketika ini tidak melihat jambatan Labuan sebagai 'priority' memandangkan tiada daya saing dan ketiadaan peruntukan. Projek jambatan Labuan dianggarkan bernilai RM3 billion, dan akan bertambah sekali ganda bila ianya tidak dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Bagi pendapat saya, kalau kerajaan tidak melaksanakannya sekarang, kerajaan juga tidak akan berminat untuk melaksanakannya dikemudian hari.  Jika kerajaan tidak mampu untuk memperuntukkan RM3 billion untuk jambatan tersebut, apakah kerajaan akan mampu melaksanakannya apabila kos meningkat kepada RM6 bilion 5-10 tahun akan datang?

4 ulasan:

Naccer berkata...

Kerajaan sentiasa memberi harapan kepada warga Labuan dan akhirnya menghampakan warga Labuan. Cadangan jambatan ini telah dicadangkan pada tahun 1997 tetapi tidak diluluskan. 13 tahun kemudian cadangan ini sekali lagi ditolak oleh kerajaan. Saya tidak rasa 10 tahun kemudian projek ini akan dilaksanakan sebab saya rasa kerajaan langsung tidak mementingkan keperluan warga Labuan.

asmadi.wahid berkata...

Saya yakin bahawa penduduk Labuan hendak melihat projek jambatan ini menjadi kenyataan. Saya berpendapat utk menjadikan Labuan lebih berdaya saing dgn tanah besar Sabah ianya hendaklah mempunyai infrastruktur yg lengkap dan jambatan ini adalah salah satu keperluan utk menjadikan impian satu kenyataan. Jika Labuan hanya bergantung pada status "Duty Free" sahaja pulau ini akan ketinggalan jauh malah status sebagai pulau bebas cukai pun tidak di ekploitasi sepenuhnya.

Kilaupodos berkata...

Mungkin jadi kenyataan...50, 60 atau 100 tahun akan datang. Banyak faktor yang menghalangnya..politik,ekonomi,orang itu, orang ini... Betullah kata pepatah; kalau hendak seribu daya...tapi kalau betul tak hendak...beribu ribu dalih...

MA.WM berkata...

Jambatan ke tanah besar hanya akan menggugat kesejahteraan yg dikecapi di Labuan kini. Bayangkan pertambahan jumlah kereta yg luar biasa di pulau yg kecil itu? Secara logiknya, pembinaan jambatan yg mahal itu hanya mempercepatkan "peak" bagi ekonomi Labuan yg hanya menguntungkan rakyat Labuan dlm jangka masa yg pendek. Dlm jangka masa panjang? Mungkin malang bagi generasi hadapan. Bagi saya, cukuplah KK sahaja yg mengalami pembangunan maha pesat yg menguntungkan golongan tertentu, tetapi tidak bagi rakyat jelata secara amnya. Hasilnya, kos sara hidup meningkat, tetapi majoriti rakyat tidak merasai kenaikan pendapatan.