24 Januari 2009

Berita Baik Untuk Kontraktor Kelas F

RM2.7 juta projek infrastruktur untuk Labuan

23/01/2009 12:26pm

LABUAN 23 Jan. - Kira-kira RM2.7 juta projek pembangunan infrastruktur akan diberikan kepada 28 kontraktor di pulau bebas cukai itu sebagai sebahagian inisiatif kerajaan untuk membantu kontraktor tempatan agar dapat bertahan dalam keadaan ekonomi yang suram kini.

Projek-projek tersebut hanya untuk kontraktor Kelas F yang diserahkan melalui Unit Perancangan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah pakej rangsangan bernilai RM 7 bilion yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Projek berkenaan akan diberikan melalui proses pengundian berkomputer menyaksikan sebanyak 162 kontraktor tempatan mengambil bahagian. - Bernama

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam. Berita ini tidak lengkap. Apa mungkin Labuan Kini terlepas pandang atau sengaja tidak telus didalam memberikan laporan lenkap. Saya ada baca di dada akhbar tempatan bahawa MP Labuan yang menggalas peranan sehingga turunnya projek sebegini rupa ke Labuan. Hasil daripada Parlimen Labuan yang bergerak ke pelusuk kampung mendapatkan maklum balas daripada rakyat dan penduduk kampung di seluruh Labuan dari bulan Mei-September 2008.
P/s: Alhamdulillah masih ada MP BN yang prihatin terhadap rakyatnya.

labuankini berkata...

Berita ini tidak dikarang, diedit atau diubahsuai, ianya diambil secara terus dari Bernama (lihat pada penghujung artikel). LabuanKini cuma menyiarkan semula di laman blog ini untuk kemudahan warga pembaca LabuanKini. Tidak ada agenda tersembunyi.

Tanpa Nama berkata...

Yang penting pengundi-pengundi BN mendapat manfaatnya.
Takidum.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Memang benar yg penting Pengundi-pengudi BN mendapat manfaatnya. Ini semua tidak berlaku dahulu kerana pengagihan projek tidak pernah dibuat secara telus. Syukur, kini semua rakyat khususnya para Kontraktor tempatan dapat menikmati limpahan projek dan belanjawan tambahan dari Parlimen Labuan tanpa berlaku sebarang kecurangan didalam pemilihan kontraktor. Tahniah MP BN Labuan yg membawa perubahan iaitu ketelusan didalam pengagihan projek kerajaan.P/s: Bahkan yg bukan pro kem mana-mana pun mendapat rezeki. Ini lah bukti keihklasan hati seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Saya sependapat dengan kenyataan diatas. Menurut sumber dari ICU, rekod pemilihan kontraktor dulu iaitu di pada penggal lepas 2004-2008 pernah terjadi pengagihan 40 projek Kontraktor Kelas F dibawah ICU, hanya 41 kontraktor dijemput iaitu hanya 1/4 atau kurang daripada bilangan kontraktor kelas F berdaftar di Labuan. Semua maklum akan peranan disebalik tabir pihak tertentu. lu pikirlah sendiri!

Ada Nama berkata...

kepada kedua-dua tanpa nama diatas, untuk makluman urusan menjemput kontraktor2 mencabut undi ni tiada kena-mengena dengan pejabat parlimen. ahli parlimen cuma memohon dana untuk projek2 yang dipinta, kemudian barulah disalurkan ke pl atau jkr, dalam kes ni pl la...

memang ada pernah kes sebilangan kontraktor sahaja dipanggil untuk mencabut undi, kerana mengambilkira kuantiti projek yang ditawarkan. mana2 yang tidak dipanggil ketika itu dipanggil pada cabutan yang seterusnya, dan kontraktor2 yang sudah dipanggil tidak akan dipanggil lagi pada cabutan yang berikutnya.

tidak ada isu siapa pro siapa disini, kerana sebelum ini ada yang pro pembangkang pun dijemput cabut undi. asalkan track record bagus, tiada blacklist, lesen hidup dan berdaftar, semua kena panggil.

halusi dulu fakta2 anda sebelum membuat ulasan... supaya anda tidak nampak bodoh, cetek fikiran dan menulis ikut perasaan.

Tanpa Nama berkata...

Oh ya, ADA NAMA memang bijak. Mana tidaknya jgnkan pro pembangkang malahan calon pembangkang saudara Lau Seng Kiat sekalipun banyak dapat projek dari Kerajaan. Ini lah namanya kerajaan yang telus setelus-telusnya. Siapa tidak tahu yg LSK adalah kontraktor SARA Hotel milik pemimpin yg kita sanjungi iaitu DS. P/s: Ada yg kata LSK adalah calon proksi... Mohon ADA NAMA yang bijak, dalam akal fikiran dan menulis tanpa perasaan kongsikan komen auda?