25 Januari 2009

Isu Pasar Babi - Bila Akan Selesai

Perbadanan Labuan sudah mengeluarkan amaran ketiga dan terakhir untuk peniaga daging babi berpindah ke pasar baru. Namun masih belum nampak tanda-tanda para peniaga tersebut akan akur untuk berpindah.

Campurtangan MCA Labuan dalam hal ini juga tidak menampakkan sebarang kesan positif terhadap situasi semasa. MCA mula bertindak campurtangan secara terbuka apabila Perbadanan Labuan bertindak merobohkan meja di pasar lama.

Ahli Parlimen Labuan juga ada membuat kenyataan didada akhbar untuk cuba membincangkan perkara ini dengan Perbadanan Labuan, namun masih tidak ada apa-apa perkembangan mengenainya.

Perbadanan Labuan suda beberapa kali cuba untuk berlembut dengan peniaga-peniaga daging babi, dengan melengahkan arahan berpindah dari 1 Disember 2008 ke 1 Januari 2009, dan yang terbaru 28 Januari.

Pada 19 Januari lepas, para peniaga daging bertindak melampau dengan menjual daging babi ditempat terbuka. Ini mengundang perasaan kurang senang kepada sebahagian penduduk Labuan, terutama yang beragama Islam, berpendapat bahawa peniaga-peniaga tersebut tidak peka tengang isu-isu sensitif yang membabitkan penduduk melayu dan Islam.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam. Hampir semua pihak bercakap dengan bahasa yang sama. MP Labuan, MCA Labuan (Komponen BN) Para Peniaga, Pemimpin Masyarakat Labuan malahan Pembangkang Labuan sama-sama menuntut agar isu ini tidak diperbesarkan dan harus diselesaikan segera. Apa yang menyedihkan ialah pihak yang mewujudkan isu ini iaitu PBT Perbadanan Labuan sungguh hebat didalam berkeras dan lansung tidak mahu berkompromi ataupun mewujudkan dialog bersama HANYA 6 peniaga babi di Labuan. Tanyakan diri sendiri apakah anda sedia untuk masuk ke rumah baru anda apabila keperluan asas seperti Air dan Elektrik BELUM tersedia? Difahamkan hanya di uruskan PL di JBA Labuan pada 22-Jan (Khamis) lalu. Itu belum SESB lagi. Apa sudah jadi?!
P/s: Dimana logiknya sebuah PBT seperti Perbadanan Labuan yang kononnya diterajui oleh para professional seperti Pengerusi PL iaitu Y.Bhg DS tidak dapat menyelesaikan isu sekecil ini apatahlagi HANYA melibatkan 6 peniaga sahaja. Enam bukannya beratus pun...

melayu prihatin berkata...

memang perkara ini tidak diperbesarkan tapi kalau suda bertindak menjual daging babi ditempat terbuka, macamana hendak disembunyikan lagi? dan memang patut PL berkeras kepada yang 6, daripada mengorbankan kepentingan 70 ribu penduduk yang lain. fikir-fikirkan lah. sepatutnya mereka harus berbangga dipindahkan ke tempat yang dah sedia, siap dibina, daripada peniaga-peniaga lain yang masih menanti... entah siap ka tidak pasar baru yang dibina oleh pihak Labindo (satu Labuan tau siapa pemiliknya... walaupun dia letak anak jadi proksi)

Tanpa Nama berkata...

"Indah Khabar Dari Rupa"
Ternayta PL gagal dalam menyelesaikan isu ini yang hanya melibatkan sekelumit individu. Sikap kompromi yang melampau telah menampar balik ke muka PL. PL seharusnya lebih tegas dalam menangani isu ini. Bayangkan jika isu ini melibatkan pasar bumiputera, pasti tidak belas kasihan yang ditunjukkan. Saya mencadangkan, keengganan peniaga2 khinzir ini untuk akur kepada arahan PL untuk di sita saja barangan mereka jika terus berkeras menentang PBT. There is a saying, "If you have power and you use it, you become powerful, If you have power and you dont use it, you become a bloody fool"

Tanpa Nama berkata...

aku rasa pl suda cukup berkompromi. sudah tiba masanya bagi durang kata dua, mau pindah atau batalkan lesen, bagi urang lain yang mau berniaga di tempat baru. jangan telampau diikut napsu durang atu... kan dijaga hati yang 6 orang atu, penduduk yang lain camana? haram jadah ba durang ani... siapa yang menyokong durang atu sama jua haram jadah... apa lagi kalau melayu yang menyokong... dua kali ganda tia haram jadahnya

Tanpa Nama berkata...

Penyakit babi ni, berlaku di semananjung tidak lama dulu. Sampai kana gantung di pagar rumah. Sekarang ni menjangkit sudah ke labuan. Siapa yang mbawa ke mari........ lu pikirlah sendiri!

Muhammad Azli Shukri berkata...

selagi tiada usaha yg ikhlas, masalah ini tidak akan selesai.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Ulasan Melayu Prihatin sepertinya emosi. Apa relevennya dikaitkan dengan Pasar Baru yg sedang dalam pembinaan? Ada info peniaga babi dibenarkan berniaga disana kah? Benarkah terdapat peniaga yg tidak dapat berniaga/ mencari rezeki disebabkan Pasar Baru yg masih didalam pembinaan? Tak logik betul! lu pikirlah sendiri!

fais berkata...

Salam..sememangnya perkara ini tidak perlu di perbesarkan..tetapi ada pihak yang mengambil kesempatan dalam perkara ini..itulah yg menjadikan hal ini melibatkan menteri..Pihak PBT sudah bertolak ansur..beberapa kali menangguhkan tarikh akhir itu tapi semacam tidak di pedulikan oleh peniaga2 tersebut...keperluan asas sudah di sediakan..setahu saya urusan AIR dan ELEKTRIK adalah urusan pengguna dan bukan PBT..seperti yg biasa di lakukan untuk masuk kerumah baru.. PBT cuma keluarkan CF saja dan pengguna sendiri yang berurusan pada JBA dan SESB...nasi sudah di sediakan janganlah minta di suapkan lagi...terlalu manja bah tuu...dengar cerita ramai yg menunggu keputusan samada peniaga2 tu mau berpindah atau tidak...jika tidak.. ada sudah pihak2 tertentu yg mahu menggunakan bangunan tersebut untuk di jadikan pasar awam...tiada istilah jauh dalam pulau labuan ini...

Tanpa Nama berkata...

Topik ini membosankan. Labuan kini kurang bijak mengemukakan isu. Tahniah kepada penerima pingat WP di hari wilayah dari Wilayah Persekutuan Labuan. Difahamkan Ketua Wanita UMNO Labuan menerima pingat yang membawa gelaran DATUK. Tahniah kepada Datuk Hajjah Aini Safar dan seluruh ahli Wanita UMNO Labuan. Inilah bukti jasa kami ahli Wanita UMNO di Labuan dihargai. Hidup UMNO!

labuankini berkata...

Sila rujuk bila topik ini dipos, dan bila anda menulis komen. Topik ini dipos dua minggu yang lepas (12 hari).

labuankini berkata...

Untuk makluman, Ketua Wanita UMNO Labuan, Puan Hjh Aini Safar tidak mendapat pingat yang membawa gelaran Datuk. LabuanKini masih menunggu senarai penerima pingat dari Kementerian Wilayah Persekutuan.

darjah 6 berkata...

Salam.
Sebenarnya tidak ada isu mengenai pasar babi. Tetapi ada orang yang ingin mengambil kesempatan atas perkara ini untuk dijadikan isu bagi mendapat perhatian. Baik apa bangsa dan suku kaum manapun kita, sama-sama kita berfikir. Orang yang mengambil kesempatan ini akan mendapat untung serta pengaruh sedangkan kita yang memperkatakan perkara itu sebenarnya memainkan isu serta berbalah sesama sendiri. Pasal anugerah Hari Wilayah tu pulak, hanya 17 orang di labuan yang menerima anugerah, tetapi tidak ada seorangpun yang mendapat gelaran Datuk. Sayang sekali, dalam kita menyambut jubli Perak Hari Wilayah kita tidak mendapat amengiktirafan yang sebaik-baiknya. Adakah masyrakat Labuan masih tidak layak sedangkan 25 tahun tempoh yang lama untuk mengenal calon yang layak. jangan lupa, kita mempunyai pemimpin yang namanya hampir dilupakan. jangan juga lupa tanpa mereka, tiada lah kita.

Tanpa Nama berkata...

pasal isu babi ni, kalau cakap tiada isu, memang katak bawah tempurung la... terang-terangan benda ni sememangnya isu besar. cuma kita belum sampai tahap kepala babi disangkut di pagar rumah, seperti disemenanjung. amat sukar untuk diselesaikan masalah ini apabila orang yang kita harapkan bermain 'tarik tali'. sekejap mau tolong, sekejap tidak. lepas tu berbohong pada rakyat. kata sudah utarakan perkara ini ke kementerian, padahal menteri tahu pun tidak.

pasal pingat kebesaran sempena hari wilayah tu, aku ada dengar labuan sudah ada beberapa calon yang layak dibagi 'datukship', malangnya mereka ini sudah dicuri oleh negeri2 lain. macam dato harris tan 'dicuri' pahang, datuk isli 'dicuri' sabah. pasal hajjah aini tidak dapat datukship tu, susah mau komen laa.... benda ni subjektif.

Tanpa Nama berkata...

Maaf, Dato' Harris Tan bukannya dicuri Pahang. Tapi beli dari Pahanglah... lu pikirlah sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Satu tindakan yang tidak beretika oleh blogger yg menggelar " memang katak bawah tempurung lah..." blogger seperti ini harus dikecam! Jgn sesekali jadikan labuan kini sebagai wadah utk mengutuk, mencaci hamun mahupun menabur fitnah. Lagi satu perkara yg tidak releven disampaikan oleh blogger ini ialah "padahal menteri tau pun tidak" ini mencerminkan lagi kelemahan menteri yg kita sanjungi iaitu Menteri Wilyah Dato' Seri Zul. Mana mungkin Dato' Menteri tak tau. Dia serba tahu apatah lagi Labuan adalah salah satu daripada hanya 3 WP di Malaysia. Saya yakin dan percaya bahawa Dato' Menteri telahpun memainkan peranan dalam menangani hal ini setelah dimaklumkan oleh YB. Jgn biarkan blogger ini terus menabur fitnah dengan menuduh pemimpin kita berbohong! Blogger ini pastinya bukan dari Labuan dan tidak tahu menahu mengenai Labuan sama sekali. Labuan Kini, harap ambil maklum.

Tanpa Nama berkata...

Saya dapat maklumat org dalam mengatakan yg YB Timbalan Menteri Wilayah sudah bertindak menyelesaikan isu ini. Boleh Labuan Kini beri update?

labuankini berkata...

Memang ada diadakan mesyuarat mengenai isu pasar babi pada Selasa lepas, membabitkan YAB Timbalan Menteri, Perbadanan labuan dan pemimpin-pemimpin tempatan. Namun segala keputusan belum diumumkan lagi dan dikhabarkan ada sedikit pertikaman lidah antara Ketua Kampung Lubuk Temiang dan wakil dari MCA yang berpunca dari salah faham. Wakil dari UPKO juga dikatakan meninggalkan mesyuarat kerana tidak berpuas hati dengan wakil MCA. LabuanKini belum dapat membuat sebarang kenyataan kerana segala keputusan dari mesyuarat tersebut belum diumumkan oleh Perbadanan Labuan. Terima Kasih

Darjah 6 berkata...

Salam. Saya tau juga sikit mengenai keputusan mesyuarat YAB Timbalan Menteri Wilayah hari tu, yang mana peniaga pasar babi dibenarkan berniaga di tempat sementara yang dibuka di tanah persendirian. Perkara ini telah dibawa ke kabinet untuk diputuskan. Pasal kekecohan tu biasanya, orang kita ni.... ada saja yang nak jadi hero, tetapi sayangnya tidak kena pada tempatnya. Berlakulah sindir menyindir dan akhirnya mengeluarkan kata-kata kesat. Menyentuh mengenai Menteri Wilayah pula. Menteri kita amat peka mengenai perkara ini dan seperti yang telah saya katakan ianya sebenarnya bukan isu tetapi diambil kesempatan untuk dijadikan isu. Nak kata saya katak bawah tempurung tu, tak kisahlah... sendiri mau ingatlah. siapa lebih peka terhadap isu semasa. Tak perlulah nak bersaing. Betul juga kata rakan yang sorang tu, mungkin dia tak tau cerita sebenar tetapi nak cerita juga.