29 Mei 2009

Mesyuarat UMNO Cawangan-Cawangan, Bahagian Labuan.


UMNO Labuan akan mengadakan mesyuarat cawangan-cawangan mulai esok. Upacara perasmian mesyuarat cawangan akan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Bahagian, Datuk Yunus Kurus, yang juga bertindak sebagai pemangku Ketua Bahagian UMNO Labuan, berikutan penggantungan sementara Ketua Bahagian UMNO Labuan, Dato Suhaili Abdul Rahman sehingga kes mahkamahnya selesai.

Pelbagai isu-isu hangat diperkatakan menjelang mesyuarat cawangan-cawangan kali ini, termasuklah isu undi tidak percaya terhadap Ketua Bahagian, perlantikan AJK ke Bahagian, dan laporan beberapa ketua-ketua kampung dan ketua-ketua cawangan mendakwa dihubungi oleh mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Mulok Awg. Damit, yang berkemungkinan hendak mencuba nasib untuk "memasuki semula" UMNO Labuan.

Sebarang perkembangan mengenai perjalan mesyuarat UMNO cawangan-cawangan Labuan akan dipos dari masa kesemasa.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam utk penulis Blog LK,

Saya harap apa yang saudara tulis di ruangan ini adalah fakta yang betul semua.

Mengenai mantan YB, Datuk Mulok, saya tidak pertikaikan kemampuan beliau sebagai pemimpin,tetapi sebagai orang yang rapat sangat dengan beliau, saya SANGKAL sangat2 penyataan saudara bahawa beliau mahu balik pegang jawatan dlm UMNO labuan.
Mungkin beliau ada berjumpa dan bercakap dengan beberapa Ketua Kampung dan Cawangan malah mungkin dgn Datuk Yunus Kurus, tetapi bukan untuk menaikkan beliau sebagai pemimpin dlm UMNO labuan.

Beliau mungkin rasa terpanggil utk membantu dan merapatkan pemimpin UMNO Labuan, lagipun pemimpin2 dan ketua2 kpg ini adalah yang pernah berkhidmat semasa beliau jadi YB dulu, malah ramai diantara mereka dia yang lantik dan sokong..

Jadi jangan jadikan isu dan menfitnah seseorang jika kita tidak tahu hujung pangkalnya. Buatlah laporan yang betul dan jangan main hantam saja..

Saya berpendapat penulis2 berita seperti inilah yang jadi penghasut dan gunting dalam lipatan..

Kami akan berbincang dengan Datuk Mulok dan suruh dia berjumpa dengan saudara penulis Blog LK untuk menerangkan kedudukan yang sebenarnya, dan supaya saudara boleh buat laporan yang terkini dan betul.

Tolong hubungi Datuk Mulok sendiri utk mendapat pendirian beliau,sekali lagi saya mohon sangat2 jangan suka buat fitnah dan andaian yang bukan2. Sebagai penulis blog, selidiklah fakta2 sebelum disiar..

Tanpa Nama berkata...

entah la labuankini ni..benda yg dia dengar2 dari org lain pun dia mau terbitkan..ckp2 kedai kopi pun mau dijadikan berita hangat..cuba la usaha siket cari fakta yg tepat,lepas tu baru la diterbitkan.

ni la antara keburukan dunia siber,kebebasan menyebar fitnah & propaganda.kena saman kamu baru tau.

Tanpa Nama berkata...

Kami mahukan pemimpin yang bersih, cekap dan amanah!

Joe berkata...

Bagi saya penduduk tempatan Labuan ingin melihat orang Melayu bersatu. Bagi saya apa salahnya kalau Datuk Mulok menyertai UMNO bahagian Labuan. Datuk Mulok juga ahli UMNO Labuan. Bersatulah semua. Kami rakyat dan ahli UMNO Labuan dalam keadaan sukar dan serba salah kalau semua pemimpin berselisihan faham. Kemana kami nak ikut. Jadinya, kami kesini susah, kesana pun sasah. Kami tidak mahu jawatan, tapi kami mahukan kehidupan yang sempurna dan dapat menjana ekonomi untuk kehidupan dan masa depan pelajaran anak-anak kami. Sudahlah, jangan suka menfitnah. Ingatlah wahai saudara ku. Hidup kita di dunia ini adalah sementara. Berbaiki-baiklah.

Kami Generasi Sayang Melayu.. berkata...

UMNO adalah pembela bangsa Melayu dan Islam ..berpada-pada tah memfitnah pemimpin UMNO..jangan sekali-kali kita terniat untuk memecahkan Bangsa Melayu Labuan.. Pemimpin tetap datang dan pergi.. Jangan lah kita jadi ahli UMNO dan pemimpin UMNO yang sudah terlalu kabur pandangnya tentang perjuangan sebenar UMNO Parti Orang Melayu ini..kerana pangkat, kuasa dan taksub kepada pemimpin...