15 Mei 2009

Perutusan




Labuan Kini
Ingin Mengucapkan

Selamat Hari Belia Negara
Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan

Kepada Semua Warga Belia Labuan

1 ulasan:

White Eagle berkata...

Assalamualaikum.

1. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA NEGARA 2009.kepada warga belia seluruh W.P. Labuan, semoga dengan adanya sambutan kali ini akan dapat lagi menyuntik semangat kebeliaan anda semua sesuai dengan tema sambutan kali ini iaitu: "BELIA BERWAWASAN PENGGERAK KEJAYAAN"

2. Sebagai warga belia amat perlu kita hayati tema tersebut kerana ianya amat jelas sekali betapa pentingnya golongan belia pada hari ini yang merupakan aset yang amat berharga kepada negara kita dalam mempastikan arus pembangunan perdana dapat dilaksanakan bagi mencapai wawasan negara 2020. Sudah tentulah peranan yang amat besar harus dimainkan oleh golongan belia pada hari ini kerana untuk kita mengetahui baik buruknya sebuah negara itu di masa hadapan adalah bergantung kepada keadaan belia pada hari ini, jika golongan belia hari ini baik maka baiklah negara masa hadapan dan jika buruk keadaan pada belia hari ini maka natijahnya akan buruklah keadaan negara masa hadapan.

3. Sebab itulah golongan belia pada hari ini harus bersedia dalam pelbagai aspek dan bukannya hanya sekadar menjadi penonton arus pembangunan perdana tetapi turut serta dalam menjayakan misi negara dan pencetus idea sesuai dengan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia dalam konsep 1 MALAYSIA. dan dalam konteks belia hari ini iaitu 1 BELIA 1 MALAYSIA.

4. Sebagai abang yang juga bergelar seorang belia suatu ketika dulu menyeru kepada semua lapisan warga belia tidak kira kaum dan agama haruslah menanamkan satu budaya yang mencerminkan sebagai rakyat Malaysia yang berpegang dan berlandaskan Rukun Negara.

5. Dalam konteks Belia Labuan pada hari ini saya melihat masih banyak lagi agenda-agenda belia yang perlu dilaksanakan dan harus diambil perhatian oleh golongan belia sendiri bersama dengan Majlis Belia Labuan sebagai badan induk yang mewakili golongan belia Labuan dan juga jabatan Belia Labuan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan dalam mempastikan pembangunan belia Labuan seiring dengan arus pembangunan negara.

6. Sebagai pewaris kepimpinan dimasa hadapan sudah tentulah golongan belia hari ini membuat persediaan dalam meningkatkan jati diri masing-masing agar melahirkan pemimpin yang berkualiti dimasa hadapan. Itu sahaja tidak mencukupi untuk kita mempastikan ianya menjadi realiti tetapi sokongan dari pelbagai pihak termasuklah ibubapa yang wajib merestui anak-anak mereka dalam mengikuti program-program belia samada program Kepimpinan, Sosial, Ekonomi dan Sukan dan malahan itu juga belum lagi mencukupi dan ianya mesti diambil perhatian yang sewajarnya oleh setiap lapisan masyarakat dari peringkat pemimpin atasan hingga bawahan.

Sekian, Wassalam