24 Jun 2009

Isu Bola - Gaduh Lagi!

Semalam LabuanKini dihubungi lagi mengenai isu pergaduhan membabitkan perlawanan bolasepak di Stadium Labuan. Kali ini ianya membabitkan pasukan Sg. Labu dan Bebuloh. Punca dikatakan bermula dari provokasi antara penyokong kedua-dua belah pihak. Pergaduhan tersebut yang membabitkan pemain, dan penyokong bermula kira-kira 15 minit selepas separuh masa kedua bermula. Campurtangan pihak polis juga dilihat tidak begitu berkesan untuk mententeramkan keadaan. Ramai yang berada di Stadium Labuan semalan mendengar bunyi tembakan, yang mulanya dianggap tembakan amaran dari pihak polis, namun pihak polis menafikannya.

Sebelum ini, pergaduhan yang hampir serupa juga berlaku ketika pasukan Sg. Labu bertembung dengan Sg. Lada, yang juga membabitkan pemain dan penonton. Pasukan Bebuloh juga merekodkan pergaduhan ketika berlawan dengan pasukan PBS, namun ianya hanya membabitkan penyokong antara kedua-dua belah pihak sahaja. setakat ini sudah lebih empat laporan polis dibuat, tidak termasuk laporan polis yang membabitkan kejadian semalam

LabuanKini difahamkan pertandingan bola tersebut adalah untuk merebut Piala Komuniti anjuran Pejabat Parlimen Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sayang seribu kali sayang.. udahlah jarang2 diadakan, bila diadakan macam2 pula karenah pasukan & penyokong. Ini ajalah peluang kita kan mencari bakat baru tapi apakan daya hati menguasai diri. Kerugian ditempat kita sendiri. Perlawanan semalam tu memang hebat tapi disebabkan penyokong yang terlalu fanatik dan ikut perasaan habis semua pasukan.

Tanpa Nama berkata...

Sama-sama kita nantikan penerima anugerah:

1) Pasukan Menang Bertumbuk - USD5,000 + Penginapan Percuma di Hotel Queen Elizabeth KK.

2) Pasukan Kalah Bertumbuk - USD2,000 + Penginapan Percuma di Hotel Nukleus Labuan.

3) Pemain Patah Gigi - USD1,000 + Sekarung Handy Plast

4) Pemain Kuat Membintih - USD1,000 + Hamper 10" tinggi.

5) Boleh tambah lagi lain-lain anugerah, kalau mau.

Ancak-Ancak King

Al-Rashid Zulkefli berkata...

hahahahaha! lurus tu tangahnya. tapi, kitani ani nda benama. heh! ;p