24 Disember 2008

Adakah Ahli Politik Labuan Juga Terlibat?

Petikan dari Berita Harian 24 Disember

BPR sedia dakwa tiga ahli politik


KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan memfailkan pendakwaan ke mahkamah terhadap sekurang-kurangnya tiga ahli politik berhubung kesalahan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa dalam masa terdekat. 

Selain itu, beberapa kes berkaitan isu sama yang selesai disiasat dihantar semula ke Bahagian Siasatan BPR untuk dikemas kini bagi menghasilkan kertas siasatan lebih kukuh, malah ada yang diserahkan kembali kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan dalaman parti berkenaan. 

Ketua Bahagian Pendakwaan BPR, Datuk Abdul Razak Musa, bagaimanapun berkata, ahli politik yang akan didakwa itu bukan calon yang bertanding jawatan tertinggi Umno pada pemilihan parti itu, Mac depan.

Beliau berkata, persetujuan untuk meneruskan proses pendakwaan terhadap tiga kes itu diberikan selepas meneliti secara terperinci kertas siasatan yang diserahkan Bahagian Siasatan BPR. 


“Tunggu dalam masa terdekat ini tentu kes berkenaan akan dibawa ke mahkamah,” katanya di sini, semalam. 

Abdul Razak berkata, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) akan mengendalikan kes pendakwaan itu selepas Bahagian Siasatan BPR mendapatkan tarikh untuk kes di dengar di mahkamah.

“Setiap kertas siasatan yang diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan akan diteliti secepat mungkin oleh sekurang-kurangnya 10 DPP Kanan yang ditugaskan untuk tujuan itu. 

“Jika semua berjalan lancar kami yakin dapat selesaikan kes rasuah politik, terutama pihak yang terbabit dalam pemilihan Umno sebelum Mac depan,” katanya. 

Sebelum ini, Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata pihaknya selesai menyiasat 90 peratus daripada 82 kertas siasatan yang dibuat berkaitan dakwaan rasuah politik dan menunggu masa untuk diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan. 

Setakat ini, Pengarah BPR Kedah, Nooraziah Abdul Manaf memaklumkan pihaknya selesai menjalankan siasatan terhadap sembilan aduan berhubung isu sama, begitu juga BPR Perak dan Pulau Pinang yang sudah menyerahkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut Bahagian Pendakwaan.

Terdahulu, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu siasatan kes berkaitan kesalahan politik wang dipercepatkan supaya calon bertanding jawatan tertinggi yang terbabit dalam kegiatan sedemikian tidak boleh bertanding pada pemilihan parti Mac depan.

4 ulasan:

bungaraya berkata...

Insyallah, Labuan tidak akan terlibat. Permainan wang tidak berlaku dengan "ganas" di Labuan.
Di Labuan Pemimpin hanya suka menggunakan duit untuk membantu rakyat. Misalnya pemimpin UMNO Labuan bawa ahli-ahli yang terpilih pergi menunaikan Umrah atau Haji. Dimusin biasa dimana tidak ada pemilihan Ketua-Ketua Kampong di bawa ke Jakarta untuk menimba ilmu pengetahuan. Kadang dibawa untuk berreadah di pusat hiburan di Jakarta itu. Kepada pemimpin Labuan itu bukan rasuah. Itu amal jariah. Ia kah?

MeeT uNcLe sHaH berkata...

no comment. It's up to you to judging them. Maybe that is what called as "rezeki"!!!
hahahah!!!
Hopefully, it's not about Labuan politician. God willing...
I'll pray for our Labuan!!!

Faizal Zakaria's Blog berkata...

mana ada orang nak mengaku sukalera :-)







(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Sungai Dali berkata...

Salam. Kini BPR sudah diangkat menjadi Suruhanjaya, moga-moga banyak fail lapuk di buka semula... Wassalam.