03 Disember 2008

Majlis Tahlil Bersama Menteri

Petang tadi berlangsung majlis tahlil untuk Allahyarhamah Datin Fatimah Wanchi, isteri kepada Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato` Suhaili Abdul Rahman di masjid Kampung Tanjung Aru yang dihoskan sendiri oleh YAB Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique. Majlis yang berlangsung selepas sembahyang Maghrib itu turut menyaksikan kehadiran, ketua-ketua kampung, penjawat kanan Perbadanan Labuan, antaranya Datuk Basiran Saban, En. Jusoh, En. Rahim, CEO Asian Supply Base, Dato` Harris Hj Annuar Tan, Presiden Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Yunus Kurus serta warga kampung setempat.

Selepas sembahyang Isya` berjemaah, semua tetamu dilihat berangkat ke Anjung Ketam untuk menjamu selera. Dato` Suhaili bagaimanapun tidak ikut ke Anjung Ketam kerana ada acara lain yang perlu dihadiri, dan dilihat meninggalkan masjid selepas selesai sembahyang Isya` berjemaah.

1 ulasan:

baby berkata...

Salam

Semoga roh Allahyarhamah Datin Fatimah Wanchi sentiasa dicucuri rahmat Allah dan berada dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah...Amin.
AL-Fatihah