03 Disember 2008

Mesyuarat AJK Bahagian


Semalam UMNO Bahagian Labuan mengadakan mesyuarat Bahagian sekali lagi. Kali ini antara agenda yang dibincangkan antaranya menubuhkan biro-biro dalam bahagian, melantik AJK Lantikan dan beberapa lagi agenda-agenda yang lain.

Antara keputusan lantikan yang dibuat semalam antaranya.

1. Hj Tony Noolan Datuk Isli dilantik sebagai AJK Bahagian
2. Biro - biro yang ditubuhkan; Biro Pelajaran, Biro Agama, Biro Ekonomi dan Biro Sukan.
3. Hj Tony juga dilantik sebagai ketua Biro Sukan.
4. Ketua - ketua biro lain yang dilantik termasuklah Hj Alias Hussin (Biro Agama), Asmawi Awg Bedar (Biro Pelajaran) dan Hj Ghani Matasan (Biro Ekonomi).

Turut kelihatan menghadiri mesyuarat tersebut saudara Mohd Rafi Ali Hassan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Labuan yang baru.

2 ulasan:

Gagak berkata...

Tahniah Kepada UMNO Bahagian Labuan.. ani yang kami mahukan. Pemuda bersatu dibawah Ketua Bahagian. Ganya tinggal seorang sahaja lagi pemimpin yang masih berseorangan. tapi inda apa, berdoa kita moga ia join Bahagian esok. Teropong gagak tengok ada jua yang masih berpandangan negetif, tapi inda apa tah, sebabnya majiroti menerima. Bersatu Teguh Bercerai Roboh.
HIDUP UMNO !!!

Tanpa Nama berkata...

Salam. Tahniah UMNO Bahagian Labuan! Teruskan melantik AJK bukan dari pilihan rakyat, jelas sekali bukan pilihan Pergerakan Pemuda Labuan. Sayap Pemuda UMNO Labuan telah bersuara, mesej perubahan telah disampaikan. Mohon UMNO Labuan bukalah mata dan tajamkanlah pendengaran telinga agar kelak parti yang kita sayangi ini tidak dipandang JUMUD oleh anak bangsa Melayu itu sendiri, insyaALLAH.

P/s: Sang Gagak, teruskanlah meneropong disudut yang malap.