13 Januari 2009

DP TiongHua lawat Pengerusi PL


DEWAN PERNIAGAAN TIONGHUA  LABUAN  BUAT KUNJUNGAN HORMAT TERHADAP SUHAILI


LABUAN: Dewan Perniagaan Tionghua Labuan (LCCC)  telah mengadakan kunjungan hormat terhadap  Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Haji Suhaili Abdul Rahman yang diadakan di pejabatnya di bangunan Wisma Perbadanan Labuan, pada Isnin.


Rombongan seramai tujuh orang itu  di ketuai oleh Pengerusinya, Chin Chee Kee. Turut sama ialah timbalannya Roger Chua Tuan Song.


Chin Chee Kee yang ditemui selepas majlis itu berkata, kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan untuk memperkenalkan  barisan kepimpinan yang baru dilantik bagi sesi 2009/2010, selain itu  menyatakan hasrat untuk  terus bekerjasama dan menjalinkan hubungan baik  dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga agensi kerajaan yang lain.


Antara mereka yang dipilih untuk  sesi 2009/2010 ialah Presiden, Chin Chee Kee, Timbalan Presiden, Roger Chua, tiga Naib Presiden terdiri Seck Mun Foo, Wong Kii Yii, Chin Kon Tai, Setiausaha, Kok Voon Fong dan Bendahari, Robin Liaw.


GAMBAR: KUNJUNGAN HORMAT…. Chin (kanan)  bersama rombongan ketika mengunjugi Suhaili (dua dari kanan) berjanji untuk membantu membangunkan Labuan.


6 ulasan:

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Labuankini,

Kenapa tidak ada kupasan mengenai isu pembangunan belia Labuan???

Harap ada respon...

Tanpa Nama berkata...

salam sejahtera,
Kenapa Labuankini semakin tidak menyengat? Isu-isu diseluruh labuan juga kurang dan kalau ada pun lambat dikeluarkan diblog ini. Adakah ini azam baru Labuankini?

Tanpa Nama berkata...

salam perjuangan dari belia pemuda perkasa.

http://labuanyouth.blogspot.com

labuankini berkata...

Perkembangan di Labuan kebiasaannya panas mengikut musim, jika kena musimnya, panaslah satu pulau. Dan jika panas satu pulau, adalah benda yang dapat disebarkan. LabuanKini tidak menyiarkan isu-isu yang hanya berdasarkan khabar angin dan cerita-cerita kedai kopi, hanya untuk memanaskan laman blog ini.

LabuanKini cuma ada 3 pengendali blog, dan bergerak secara sukarela. LabuanKini bukan dikendalikan oleh syarikat, organisasi atau persatuan. Banyak artikel yang LabuanKini dapat perlu mendapat kebenaran dari sumber asal, sebelum dapat disiarkan, bila awal LabuanKini dapat kebenaran, awallah artikel itu disiarkan, dan begitu juga sebaliknya.

Mengenai perkembangan yang berkaitan dengan belia/pemuda Labuan, LabuanKini mengambil langkah tunggu dan lihat kerana sebelum ini LabuanKini diberitahu bahawa Pemuda UMNO Labuan akan menerbitkan laman blog sendiri, dan akan mempromosikannya melalui blog LabuanKini. Dan sehingga kini belum ada perkembangan yang LabuanKini terima mengenainya.

Kini, kita sudah ada blog untuk para pemuda dan belia, yang diberi nama "MINDA BELIA". LabuanKini akan cuba mempromosikan laman blog tersebut dengan menyimpan "direct link" di laman blog LabuanKini sedikit masa lagi.

Mengenai perkembangan UMNO Labuan, rasanya tidak ada isu-isu yang panas di Labuan buat masa ini, kerana tidak ada wakil pun dari Labuan yang bertanding merebut apa-apa jawatan dalam MKT UMNO Mac ini. Ketua Pemuda kita pun tidak cukup kuota untuk bertanding merebut kerusi EXCO Pemuda UMNO Kebangsaan. Jadi tidak ada isu-isu yang besar untuk diketengahkan mengenai UMNO Labuan.

Mengenai YB kita, masih terlalu awal untuk di kritik, atau diberi pujian kerana belum sampai setahun lagi beliau menjadi Ahli Parlimen. Beliau juga mempunyai blog sendiri, iaitu "Blog Suara", menyebarkan perkembangan-perkembangan terkini YB kita di Parlimen, dan di Labuan. LabuanKini sudah menyatakan sokongan terhadap usaha beliau mewujudkan laman Blog "Suara".

Banyak perkembangan di Labuan yang ada pada simpanan LabuanKini, tapi masih tidak dapat disiarkan kerana kekurangan fakta, seperti masalah pasar babi di Sg. Keling, isu Pasar Baru di Ujung Pasir, isu dalaman Labuan Shipyard, status KPE Perbadanan Labuan dan banyak lagi. LabuanKini cuba bersikap neutral dan berhati-hati sebelum menyiarkan apa-apa artikel.

InsyaAllah, jika ada berita terkini mengenai pulau tercinta kita ini, LabuanKini akan membuat liputan.

Al-Rashid Zulkefli berkata...

Salam Semua,

Labuankini,
Ini pandangan saya. Walaupun, YB MP telah mempunyai blog sendiri, saya melihat tidak ada keinginan mengemaskini. Jika diperhatikan, masih tidak ada ciri-ciri blog itu sebagai "Suara Labuan" atau penyampai wadah kepada orang ramai.

Saya amat menghargai apa yang diulas oleh LabuanKini sebelum ini. Memang benar, Belia Labuan juga mempunyai blog sendiri. Menyontohi rakan LabuanKini iaitu WilayahKini, mereka masih mengupas isu-isu yang berlaku dipersekitaran walaupun sesetengah kawasan itu telah mempunyai blog sendiri.

Kalau hendak mengikut "musim", masih banyak yang perlu diulas. Maksud saya, isu-isu kemasyarakatan, pendidikan, sosial dan sebagainya kerana LabuanKini adalah laman terbaik untuk warga Labuan mengetengahkan apa yang sebenarnya berlaku.

Itu adalah sedikit pandangan saya, sebagai anak Labuan yang berada di luar Labuan. Kalau boleh, kami mahu mengetahui perkembangan terbaru mengenai Labuan, bukan kepada hal politik semasa bahkan lebih kepada itu. Kami tidak mahu dikenali sebagai anak jati yang melupakan asal-usul. Kerana apabila balik menjejakkan kaki, seolah-olah Labuan masih di takuk lama. Padahal, telah banyak infrastruktur dibangunkan.

Maaf, kerana ulasan yang terlalu panjang. Salam Rindu buat tanah kelahiran!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa, kalau Labuan Kini menerusi 3 pengendali blognya terus memberi laporn sedemikian rupa yg jelas memiliki agenda tersendiri, lambat laun nanti ia akan berubah menjadi laman blog aspirasi pembangkang seperti Malaysia Kini yg tidak segan silu menyiarkan laporan berunsur fitnah dan palsu demi mencapai matlamat mengelirukan rakyat Labuan baik di dalam Labuan mahupun yg di luar sana. Tahniah Labuan Kini!