02 Januari 2010

Isu Air - UMS-KAL, KML Terjejas Teruk!

" Perkara ini tidak dijangka, dan kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk mengatasinya" - Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal.

"Kita mungkin kehilangan pelabur hanya kerana belakan air sering terganggu di Labuan" - DPMM Labuan, Yussof Mohammad.

Namun apa yang lebih membimbangkan ialah kemerosotan kedatangan pelajar-pelajar institut pengajian tinggi (IPT) ke Labuan kerana khabar mengenai kesukaran mendapatkan bekalan air di dua IPT di Labuan, UMS-KAL dan Kolej Matrikulasi sudah tersebar luas, sehingga Gerakan Mahasiswa Sedar (melalui Mahasiswakini) membuat gesaan agar Ahli Parlimen Labuan memandang serius perkara ini. Pelajar-pelajar KML dikatakan pernah terpaksa pergi ke gereja kampung berdekatan untuk mandi.

Masalah kekurangan bekalan air di Labuan berpunca daripada kekeringan dua daripada tiga empangan simpanan air di Labuan. Bekalan air di Labuan dijangka akan pulih sepenuhnya pada hujung tahun 2010, apabila saluran paip air dari Beaufort Sabah siap sepenuhnya.

2 ulasan:

asmadi.wahid berkata...

Assalamualaikum, Isu air di Labuan sepatutnya telah di selesaikan di zaman Datuk Suhaili dulu, keadaan sekarang sudah menjadi semakin kritikal di mana bekalan air terpaksa di catu dan menyebabkan banyak masalh kepada penduduk Labuan. Sesuatu perlu di buat utk mengurangkan kesan kekurangan bekalan air ini. Pihak berkuasa tempatan yg bertanggungjawab dalam hal ini sepatutnya berusaha utk memberikan lebih informasi dan langkah langkah masa dekat kepada penduduk Labuan

Unknown berkata...

salam.masalah bekalan air bukan sahaja melibatkan KML atau UMSKAL sahaja, tetapi juga melibatkan di kawasan perumahan Taman Mutiara, Sg Bedaun.Catuan air dikawasan perumahan ini (sekiranya boleh dikatakan sebagai catuan) semakin teruk pada waktu puncak dan sesi persekolahan. Bekalan air naik ke tingkat 2 atau 3 tidak mengikut masa yg sama setiap hari.Adakalanya air naik pada waktu tengah malam,petang dan tidak ada air lansung selama 2 hari. Sudah lah di tempat kerja terpaksa berpeluh kepanasan kerana tiada aircond(kerana tiada bekalan air)dan kipas, hendak berwudhu pun terpaksa membawa air dlm botol mineral yang dibawa drpd rumah sendiri. Mungkin YB di Labuan tidak merasakan kesulitan ini, kerana rumah YB sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi. Masalah bekalan air juga menjadi salah satu sebab untuk kakitangan kerajaan memohon pertukaran ke Sabah, Serawak atau Semenanjung. Diharap pihak-pihak yang bertanggungjawab dan YB-YB di Labuan ini dapat mengambil perhatian dan bersikap positif terhadap ulasan saya ini. Anggaplah komen saya ini sebagai cabaran untuk meningkatkan mutu kerja anda semua.Terima kasih.