16 April 2009

3 Hari Berturut-turut

Selepas dihadapkan ke Mahkamah petang Isnin dan pagi Selasa, Dato Suhaili kelmarin dikatakan menerima surat daripada Setiausaha Agung UMNO yang menyatakan bahawa beliau telah dilucutkan jawatan Ketua Bahagian UMNO Labuan.

Perkara tersebut dikatakan agak luar biasa dan menganggap Setiausaha Agung UMNO dilihat bertindak secara 'sendiri' kerana secara kebiasaannya perlucutan jawatan atau perlucutan ahli hendaklah dibincangkan dimesyuarat Majlis Tertinggi UMNO terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Tindakan Setiausaha Agung itu yang beralasan keputusan itu dibuat atas mengambilkira Dato Suhaili mempunyai dua pertuduhan mahkamah juga dilihat seperti tindakan super express dan tidak memberi peluang kepada Ketua Bahagian UMNO Labuan memberi penjelasan.

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini juga pernah bertindak membelakangi Majlis Tertinggi UMNO dengan membatalkan beberapa mesyuarat cawangan-cawangan UMNO Labuan tahun lepas, yang kemudiannya diabaikan oleh UMNO Bahagian Labuan atas arahan Timbalan Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

35 ulasan:

Gagak berkata...

Melihat kepada urutan peristiwa yang berlaku jelas kuasa politik yang menjatuhkan Dato Suhaili.. Dalam situasi begini adalah lebih baik penyokong DS bersabar dan bertenang kerana tindakan yang melawan arus akan menyebabkan pemimpin yang berjasa ini akan berhadapan hukuman yang lebih hebat lagi..
Dalam politik banyak yang luarbiasa daripada biasa, banyak yang tidak logik daripada yang logik itulah kuasa politik..
Buat Pemimpin Ku Yang Berjasa YGBhg Dato Suhaili Abd. Rahman, semoga tabah menghadapi dugaan ini, doa kami sekeluarga mengiringi perjuangan dato...

Sungai Dali berkata...

Salam. Saudaraku Gagak dan seluruh pembaca LK, kita serahkan saja segalanya di tangan Allah SWT. Percayalah dan yakin bahawa inilah Qada' & Qadar yg telah tertulis di Luh Mahfuz.Adalah lebih bermanfaat sekiranya kini kita muhasabah diri kita sendiri daripada terus mengecam dan melemparkan spekulasi yg lebih mencerminkan kecetekan akal fikirana dan pengetahuan kita. Untuk kesekian kalinya saya merayu agar LK jgn meneruskan perjuangan pincang ini dengan memaparkan penulisan yg bersirat api hasad dengki dan menjana propaganda juga meniupkan semangat kebencian dikalangan kami warga Labuan. Saya yakin penulisan artikel yg menggalakan pemberontakan akal fikiran seperti ini akan berkubur ditelan kebenaran dan waktu, insyaAllah. Saya juga percaya bahawa legasi Y.Bhg. DS tidak akan berkubur seandainya ianya ditunjangi keihklasan.
Wassalam.
P/s: Apa mungkin Gagak dari golongan GHRT?

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat2 setuju dengan "Sungai Dali". Bila terbaca saja LK, articlenya memang memihak kepada Dato Suhaili. Dato Suhaili lah saja yang disanjung. Biar adil dalam membuat liputan. Bagaimana dengan wakil rakyat kita, aktiviti2 beliau siarkanlah juga. Jangan terlalu taksub dengan pemimpin, sebab pemimpin kita silih berganti. Perlucut jawatan itu sebenarnya dalam perlembagaan UMNO, bukan kuasa SU.Sudah2 lah memuji/angkat Dato Suhaili dan sambil tu pula menyindir pemimpin lain, kerana apa yang menimpa DS itu adalah atas perbuatan dia sendiri. Usahlah babitkan pemimpin lain. Sebelum jadi YB pun rakyat Labuan tahu siapa Suhaili, usahlah ungkit2 lagi perkara ini, biar mahkamah yang menentukan.. ALLAH tu maha adil dan maha mengetahui.

JomoSamaTuaran berkata...

Atu tah...sudah ku bilang, whatever goes around, comes around. Jangan lupa macammana Marshall Labuan ni naik jadi ketua dulu, sampai jadi ahli UMNO Titiwangsa..hanya untuk merebut jawatan KETUA.

Sekarang...bukankah itu KISAS namanya??. Sudah-sudahlah itu..pemimpin datang dan pergi. Sama juga dengan "WHATEVER GOES UP,GOES DOWN".. banar inda tu awang???

GOOD LUCK TO YOU ALL.

Tanpa Nama berkata...

Encik Sungai Dali yang budiman, sila baca semula perlembagaan UMNO. Fasa yang digunapakai oleh SUA UMNO itu amat rapuh dan boleh dipertikaikan.

fasa 10.10 dan fasa 10.16 adalah tugas-tugas ahli majlis tertinggi, dan mt tertakluk kepada kelulusan presiden.

keputusan yang membabitkan mkt kebiasaannya hendaklah dimesyuaratkan dalam majlis tertinggi terlebih dahulu, atau mendapat restu dari presiden. amat janggal bila melihat sua bertindak membuat keputusan sendiri.

Encik JomoSamaTuaran yang baik hati, teliti dahulu fakta sebelum membuat sebarang komen, supaya tidak kelihatan bodoh. ds menyertai umno gombak kerana diarahkan oleh tun daim ketika itu, kerana datuk mulok tidak meluluskan permohonan beliau menjadi ahli dilabuan. ds sememangnya adalah ahli umno labuan sebelum d mulok menjadi yb, kerana beliau pernah bertanding jawatan pemuda umno ketika umno baru bertapak di labuan.

Encik Gagak dan Tanpa Nama yang prihatin, kita percaya ini semua konspirasi untuk menjatuhkan ds. tidak apa la. seperti yang dikatakan, tuhan itu maha adil. kerajaan itu telus. kita tunggu dan lihat saja la. sekarang mereka bergendang, buat apa kita ikut menari?

Tanpa Nama berkata...

Adakah jawatan Ketua Umno Labuan & Pengerusi Perbadanan Labuan hak mutlak DS? Apa salahnya beri peluang kepada orang lain. Mungkin orang lain lagi bagus & berintegriti. Apakah perlu jawatan tersebut DS sandang hingga ke hujung nyawa?

Ingin Tahu berkata...

Sokong Tanpa Nama Ke6!

Biar tia undang2 menentukan. biar tah 13 taun pny kes ka, 15 taun lapas ka; most important thing kebenaran!

stay cool!
;p

Sungai Dali berkata...

Salam. Mungkin kita tidak perlu terlalu memikirkan apa yg di tulis oleh TANPA NAMA di ruang komen ke-5yg berbunyi "Fasa yang digunapakai oleh SUA UMNO itu amat rapuh dan boleh dipertikaikan."
Saya ada terbaca di halaman hadapan Utusan Borneo yg kononnya DS telah rujuk perkara ini kepada Timb. Presiden dan diarah utk mengemukakan rayuan. Wallahua'lam, kini saya sudah tidak pasti apa yg DS katakan itu benar atau tidak. Malahan apa benar dia DS atau DAS juga saya keliru? DS atau DAS?
Kita anggaplah maka kepada Y.Bhg DS, kemukakanlah rayuanmu itu.
Soal SUA bertindak secara janggal atau perlembagaan UMNO itu rapuh tidak menjadi persoalan. Hakikatnya, pembelaan keterlaluan dan membabi buta terhadap DS ini yg dilihat janggal dan aneh sebenarnya? Apa jua yg kamu backing sebenarnya cukup rapuh utk terus kita berpaut...?
Saya berharap pisang tidak berbuah 2 kali, kalau tempohari hanya amaran keras diberikan oleh UMNO Pusat kepada DS pada persidangan UMNO Bahagian Labuan yg lepas, sekarang melalui proses REFORM yg dijalankan didalam UMNO, tidak ada lagi belas kasihan terhadap para pelanggar Perlembagaan UMNO yang kita patuhi.
Hakikatnya, inilah para ahli UMNO yg menggeletar dan takutkan ayat keramat REFORM didalam UMNO tatkala Presiden Parti melafazkannya di Persidangan UMNO 2008 yg lalu. Tahniah Presiden Parti UMNO!
TANPA NAMA, teruskanlah usaha memutarbelit fakta dalam langkah memporakperandakan kesatuan Ummah didalam UMNO Labuan, insyaAllah kegagalan jua yg akan ditempa kelak.
Wassalam.

dari WP bongsu berkata...

Sungai Dali,

Berapakah Datuk Yussof membayar anda untuk mengutuk Datuk Suhaili diruangan komen labuankini?

Fasa dalam perlembagaan yang digunapakai oleh si Adnan itu memang rapuh, saya setuju dengan Tanpa Nama. Fasa 10.10 dan dikaitkan dengan Fasa 10.16 itu adalah antara-antara fungsi Majlis Kerja Tertinggi UMNO, bukan kuasa mutlak Setiausaha Agung UMNO.

Pemilihan UMNO baru sahaja selesai, mesyuarat pertama MKT pun belum dibuat lagi. Bagaimana keputusan yang begitu berat boleh dibuat secara solo oleh setiausaha agung, tanpa dimesyuaratkan? Datuk Ibrahim Ali yang sebelum ini bertanding bebas di Kelantan pun dibincangkan di mesyuarat MT terdahulu, sebelum dilucutkan keahliannya.

Mungkin si Adnan itu risau dengan jawatannya di UMNO pusat, kerana apabila Mesyuarat MT dibuat kelak, semua jawatan lantikan akan dilantik semula. Takut-takut dia tak terselit.. habislah masa depan.

saya tak sokong DS, tak benci DY tapi tak sedap tengok bila si Adnan bertindak dalam parti seolah-olah dia tu Presiden.

p/s: WilayahKini tapis komen, so kat sini je laa senang buat komen... nampak pulak topik yang cun!

Tanpa Nama berkata...

Ni dah mula tuduh menuduh diruang komen labuankini. Apa masalah u dari WP Bongsu? I dont think comments from Sungai Dali had anything to do with Datuk Yussof. Fact is fact. Dah takde modal ke? If u disagree with Dato' Seri Adnan Mansor, its your problems and has nothing to do with Datuk Yussof. Apa yang kita tengok diLabuan ialah, Datuk Yussof padat dengan program kemasyarakatan diLabuan. Berbagai program rakyat macam Apa Khabar Org Kampung dilancarkan sana sini bagi mendengar masalah rintihan rakyat. Ini baru namanya pemimpin turun padang. Bukannya asyik berpolitik kedai kopi saja.
Tips: One good advise for you dari WP Bongsu, please mind your own place and provide constructive opinion so that UMNO will be stronger at your place and elsewhere.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak berbalah pasal DS? Biarlah mahkamah tentukan sama ada dia bersalah atau tidak. Tapi biasanya bila ada kes di mahkamah, pemimpin sukarela undur diri, apatah lagi sekarang ni ada dua kes. Yang peliknya, kenapa pula gagak dan kunco2 DS tak sedar lagi bahawa SPRM tidak sewenang2nya heret orang ke mahkamah, apa tah lagi bila mereka sudah siasat. Ada buktilah maka di dakwa di mahkamah.

Tentang perlembaga tu, saya fikir perkara kedua, yang penting, tak kan masih nak jadi Ketua Bhg kalau kes masih di mahkamah ini kan pula nak minta lantikan jadi Pengerusi PL lagi.. Sudah-sudahlah, jgn nak memalukan diri sendiri.

Ketua2 Kampung sudah2 lah melobi untuk naikkan DS tu lagi, jalankan tugas jaga kampung sukuplah.

Oh ya, kepada yang arif sangat tentang perlembagaan UMNO tu, jangan sekarang baru nak guna perlembagaan, masa mesyuarat cawangan dulu banyak langgar, mesy caw sah jadi tak sah.. Jangan pentingkan kedudukan DS saja, rakyat di cawangan patut dipentingkan.

Nak bagi komen perlu dibayarkah? Kalau masa DS dulu ya lah, semuanya duit, orang kaya katakan, ketuk dinding duit berguguran.. masyallah. Insaflah, jgn terlalu taksub dgn pemimpin,kalau DS tak buat salah tentu selamat, tapi sebaliknya, terima padahnya.

Tanpa Nama berkata...

ya, yb saya datuk yussof mahal adalah berjiwa rakyat dan kerap turun padang.

sampai staff ambank pun di "angkat". duit subcon lesap. pasar yang dibina kerajaan untuk kegunaan dan kemudahan rakyat terbengkalai. kampung ada dua 'ketua'.

ya yb saya datuk yussof mahal adalah berjiwa rakyat dan prihatin.

Tanpa Nama berkata...

hehe.. cara orang labuan berpolitik sudah melangkah balik jauh kebelakang... sama seperti era berjaya, era datuk mulok vs datuk isli.

sian datuk suhaili kan membawa perubahan politik labuan nda menjadi. yang menakan gear reverse pun bakas kawan baiknya lagi tu... sedih meliat org labuan ditertawakan di luar, selepas mp berganti tangan.

sedih
sedih
sedih

Fais berkata...

Salam..kita memerlukan pemimpin yang boleh membangunkan pulau kita ini..yang boleh membawa pelabur dari luar untuk membina infra di pulau kita ini supaya rakyat pulau ini sedikit sebanyak dapat menjana pendapatan dan anak2 kita dapat peluang pekerjaan..jadi ekonomi penduduk sini terjamin..tengok pada realiti dan bukan pada mentaliti...kedua dua pemimpin ada masa silam nya masing2..pernah sebilik..pernah sekereta..pernah huha huha bersama...tapi masuk saja bab politik masing2 mau tunjuk kekuasaan..memang tidak di nafikan bahawa peluang untuk mendapatkan kuasa yang cepat memang dalam arena politik...jasa DS memang tidak dapat di nafikan..terlalu banyak perubahan di pulau ini yg telah dilakukan nya..jalan2 kampung susah sudah mau dicari yg berlumpur..semuanya bersimen..Kawasan perindustrian Ranca Ranca sudah sesak dengan infra..dan skrg mula beralih ke kawasan Kiansam utk pembinaan kawasan Halal Hub dan padang golf yang baru..untuk siapa ini?adakah untuk DS atau DY?ini adalah utk rakyat labuan..pandai2lah kita ambil kesempatan untuk menambah pendapatan atau mencuba perniagaan baru...
Pada penglihatan saya selama DY menjadi MP..ia di kelilingi oleh org2 yang kurang cekap dan kurang pengalaman utk membantu DY mengatasi masalah rakyat...org2 yg kurang tahu tentang protokol dan memberi feedback yg kurang betul pada DY..saya bersimpati pada DY..tapi itulah pilihan DY..sehingga projek2 yg diberi pada DY memang sukar untuk disiapkan...sedih bila melihat projek pasar baru dan tapak bangunan untuk bumiputera yang sememangnya satu projek yg begitu mudah tidak dapat di laksanakan dengan baik..puncanya???pengurusan yg kurang cekap..bagi penyokong2 dan pengikut2 DY..belajarlah cara memertabatkan dan mempopular DY tanpa menjatuhkan org lain..jangan sampai org akan berkata yang pengikut DY ini 'kuyuk pun inda menyalak nyamuu' atau pun 'inda membari bari nyamuu'...lebih kurang begitulah bunyi nya...selamat bergendang..

Tanpa Nama berkata...

Saya lagi sedih melihat projek melebar jalan raya dari Tamu ke Pohon Batu,tak siap-siap. Semak, dan ada sebahagiannya gelap di kala malam. Ada cubaan untuk memasang lampu solar tapi tarang lagi suluhku menyuluh bu**t.
Sapitkatam

Tanpa Nama berkata...

Saya lagi sedih melihat projek melebar jalan raya dari Tamu ke Pohon Batu,tak siap-siap. Ada melibatkan datu-datu kah?
Sapitkatam

Tanpa Nama berkata...

Mr Fais yang bijaksana, kalau awak pandai sangat nak berpidato, kenapa pula bangkitkan pasal projek DY yg lambat tu saja, projek jalan PERTAMA MAKMUR yg disokong DS terbangkalai bertahun2,yang lagi menyusahkan orang ramai tak sebutpun.. Nampak sangat orang DS.. Ini namanya bijak berpidato tak bertempat. Kalau pandai sangat jangan berat sebelah. Guna OTAK dgn bijak, jgn mulut saja tunjuk pandai.. p lahhh...

Politik awak ni lagilah macam orang dulu2, stuck with DS saja, banyak dapat apa2 dari DS ke...hahaha.. Tak payah komen kalau nak kutuk orang. I am neutral. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah.

Sungai Dali berkata...

Salam. Saya tidak faham kenapa masih ada yg terlalu taksubkan DS? Apa yg dibicarakan disini bukanlah persoalan samada DS berjasa atau tidak. Hakikat 10 tahun menjadi pemimpin Parti Kerajaan Barisan Nasional, sudah tentu pembangunan melimpah ruah.
Ini bukanlah disebabkan semata-mata kerana DS tetapi Terima Kasih diucapkan kepada Kerajaan Persekutuan yg banyak memberi peruntukan didalam membangunkan Labuan.
Mungkin masih ada yg menyangka pembangunan di Labuan melalui Perbadanan Labuan adalah datang dari pocket DS?
Adalah lebih baik sekiranya benar, DS bayar balik pembiayaan Pelajar Kolej Antarabangsa Labuan (Kolej SARA) milik DS yg mana sehingga hari ini masih belum dilunaskan. Kesian bila dipikirkan nasib anak bangsa kita yg TERBENGKALAI pendidikan mereka disebabkan oleh kepincangan pengurusan Syarikat SARA Equity S/B. Berapa ramai yg menjadi korban dan gelap masadepan bilamana terhenti proses menimba pendidikan di kolej berkenaan terhenti separuh jalan akibat di TUTUP?
Di mana simpati kita terhadap anakbangsa kitani? Oh, mentang-mentang bukannya kita yg terkena, jadi kita tega berdiam diri dan melupakan sama sekali perkara ini. Sedarlah bahawasanya inilah peristiwa yg menjadi SEJARAH HITAM didalam proses Pembangunan Modal Insan Negara yg berlaku di Labuan sewaktu pemerintahan DS sebagai MP Labuan.
Saudara Tanpa Nama di komen ke-12, jangan jua kita setakat membaca flyer A3 size fitnah (surat layang) semasa pemilihan UMNO bahagian sudah tia pandai2 kan jadi hero menghalalkan segala fitnah yg hadir semasa pemilihan bahagian. Mau kita hidup sebagai Agen Pembawa Fitnah? Istighfar banyak2 liau...
Buat Fais, tidak adilkiranya membuat perbandingan pentadbiran 10tahun sepanjang DS mentadbir dan 1tahun DY. 10:1? Wajarkah perbandingan dengan ratio berkenaan dibuat? Tapi bagaimanapun, setiap komen yg membina kepada pemimpin kita adalah amat baik demi kesejahteraan rakyat Labuan. Apa kata Fais salurkan komen tersebut di Blog YB kita, mungkin lebih berkesan. Maritah kita ramai2 berdoa agar kebenaran terserlah akhirnya demi pemuafakatan dan kesatuan ummah di Labuan.
Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

sungai dali, kami pun bananya nda paham kenapa kau taksub bana kan menyokong dy. wais kedidia kalu kau ani.

isu pasar atu bukannya kabar angin liau, mmg dalam siasatan sprm suda.

ada jua atiku kan menganta komen arah blog dy atu, tapi tau tau tah, tatap nda kana siar punya, yb ketani atu nda dapat menerima kritikan.

Anak Muda labuan berkata...

salam semua...

saya baru habis xm...
baru sampai di Labuan tanah airku...

haa~
utk komen insident2 yang berlaku d labuan

1. ahli parlimen baru tutrun padang, baru mesra rakyat... bagus lah 2! rakyat rindu akan pemimpin mereka utk turun padang...

2. X y.b, yg salah tetap salah, kepada yang mengkritik SPRM, fikirlah2 dulu... mereka yg berada d SPRM tdk bodoh... tidak mungkin mereka di suap kerana creadibility mereka mmg tiptop! so, renungkanlah

3. pasal ketua UMNO yang dilucutkn, mmg berbaloi... jika anda menyayangi UMNO, inilah yg kita perlu korbankan... tidak perlulah pro kpd siapa2... yang penting org UMNO bersih! setuju?

4. chairman of LC, sudah habis contract? betol... berundurlah... saya berharap jawatan pengerusi LC patut di hapuskan... mengapa? klw LC dipolitikkan, siapa yang sengsara? rakyat dan kemajuan pulau kita yang dicintai... setuju?

itu sahajalah yang saya ingin membuat ulasan... saya ini tidak pro kepada sesiapa, namun saya melihat kpd realiti.. saya terdengar bisikan yang byk pengipas2 yang beralih tuan... biasa lah 2...

itu sahaja, hidup Labuan!

wslm...
renung2kn dan selamat beramal!

Tanpa Nama berkata...

Syukur Alhamdulillah, tahniah 'Anak Muda Labuan". pemikiran orang yang sebegini yang harus ada pada anak2 muda di Labuan apa tah lagi orang dewasa.

Yang sudah tu sudahlah, jangan dipajal lagi. Ramai lagi yg berkebolehan memimpin pulau kita ni dengan adanya peruntukan dari kerajaan Persekutuan, dan dengan agihan projek yang sama rata dan adil dan tak tumpu pada orang2 tertentu saja, tentu aman bahagia.

Berpolitik saja tak bawa kita ke mana-mana. Buanglah PHD dan bersatu demi keharmonian penduduk Labuan.Ingatlah bahawa pemimpin pergi dan datang, begitu juga DS. Dah habis tempoh jadi Pengerusi PL, sekarang bagi peluang orang lain pula. Ketua2 Kpg dan orang rapat DS jangan risau, kalau jalankan tugas dengan ikhlas, ALLAH akan menybelahi kamu, lagipu DS tak ada, kita semua masih hidup sebab kebahagian kehidupan kita terletak pd diri sendiri, tak tahu pula kalau ada yg bergantung hidup pada DS.

Sedarlah wahai penduduk Labuan, jgn asyik berpolitikm saja.

Gagak berkata...

Salam... Saya bukan orang siapa-siapa ! Saya tidak juga menyokong atau berpihak di mana-mana..malahan aku bukan ahli UMNO pun, he he he... Saya hanya seorang Blogger yang memerhati perkembangan politik Labuan dan menyempaikan sedikit komen dengan pengetahuan yang amat cetak ini..

Buat sahabat-sahabat ku yang mengomen di LK ini, ada satu blog baru muncul yang turut membincangkan isu ini.. Sila layari http://budakkualalumpur2.blogspot.com.. hebat lagi penulisannya..
Blog gagak http://bicaragagak.blogspot.com

Tq..

Tanpa Nama berkata...

Gagak, buat apa kita telaah penulisan blog dari budak KL? Acuan pemikiran mereka terlalu busuk dengan fitnah dan penyebaran propaganda pihak tertentu. Apa kita mahu hancur termakan fitnah tomahan mereka? Tp kalau diikutkan fitrah seekor GAGAK, mmg tidak hairan sukakan benda2 busuk dan kotor. Maka amat sesuailah dengan namanya.... Takidum.

AHMED SUHAILY berkata...

hahah,sblm ni kita semua menyambut baik ucapan najib utk bawa perubahan (REFORM) dlm UMNO.ada yg ckp itu sekadar ucapan sj dan x yakin yg perubahan benar2 akan berlaku.pembangkang pula senyap ja,(mungkin sbb sudah mula berasa risau)heheh.

sekarang tindakan sudah mula dibuat,yg bersalah dijatuhkn hukuman.kenapa pula kita harus menentang perubahan yg membawa kebaikan.sedangkan kita tau perubahan ini penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO.

en gagak,kenapa mesti kebaikan tu disalah tafsirkan.kalau kita sayang UMNO jgn lah kita mengapi-apikn org dan mewujudkn propaganda.bunyi mcm u concern sgt pasal UMNO tp U BKN AHLI UMNO PUN kan.so,jgn lah mai sini dok wat kacau.

terima kasih tun dr mahathir,welcome back..

Owner Projek Pasar Labuan berkata...

yahoo! puas atiku. umno labuan sudah berpecah, perbadanan suda nada kepala... pasar terbengkalai.... gadis ambank transfer ke kk... aku raja!

Tanpa Nama berkata...

Wahai "owner projrk pasar Labuan", tak habis-habis lagikah nak sindir-menyindir ni. Kenapa sakit hati sangat dengan YB kita. Cuba fikir baik-baik, Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi, gadis AmBank tu bukan mangsa YB, tetapi dia rela dan tahu YB dah aDA keluarga, tetapi masih mau juga. Jangan salahkan sesiapa itu peribadi mereka, mcm Ahmad suhaily sama juga dulu, tapi dia tak hormat bini dia dan kawin sorok-sorok.. lagi teruk.

Kesimpulannya KITA JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG, jaga anak bini sendiri cukuplah, takut-takut nanti terkena keluarga sendiri. Jadi HASAT DENGKI yang tak bertempat ni jangan dibiasakan. Tuhan tak merahmati kehidupan kita yang busuk hati..

SUDAH-SUDAHLAH menghina orang dan jangan terlalu taksub dengan seseorang pemimpin.Semua orang ada salah silapnya sebab kita semua bukan malaikat. Bertakafurlah dan berastagafar sejenak untuk bertaubat dan ingat kpd ALLAH supaya hidup kita dirahmatiNYA. AMIN..(Inilah pertama kali saya masuk ruangan ini dan saya rasa amat sedih membaca luahan hati yang amat mendukacitakan, yang menunjukkan betapa teruknya tahap pemikiran kita ni, masyallah...)

Tanpa Nama berkata...

banar tu lai, tapi camana kan jaga anak bini kalau pulau yang ketani tinggal ani pun inda bejaga? pasar alum siap, orang jual babi ikut suka2 ati dimana2 saja, pembahagian projek nda macam dulu, ada projek dikhaskan untuk "pengikut setia" dan ada untuk "golongan yang lain-lain".

Tanpa Nama berkata...

kawin sorok2 pun sekurang2nya sah disisi islam lai... daripada simpan buat perempuan simpanan... maksiat tuh!

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya kebanyakkan pemberi komen diruang komen labuankini gagal mendatangkan fakta dan lebih suka memberi komen kosong dan non-constructive. Mmg sudah azali kita diLabuan gemar akan gosip liar dan bangga menjadi penyebar fitnah. Matanglah sikit didalam memberi komen, bukan hanya ikut nafsu serakah. Dasar manusia taksub, sehingga tidak boleh membezakan diantara Hak dan Bathil. Sekiranya komen2 ini datangnya daripada ahli sayap UMNO, maka tidak hairanlah UMNO ditolak disecara total dibeberapa bahagian malahan negeri disemenanjung. Mana tidaknya, ahli2nya lebih gemar berpolitik kedai kopi dan megabaikan tanggungjawab memajukan agama dan bangsa. Akhibatnya, kelak UMNO tidak akan lagi releven.
Takidum.

Semangat Melayu berkata...

Salam semua....
Apa yang berlaku sekarang ini ada hikmah yang kita tidak ketahui. Aku berharap dengan berlakunya krisis kepimpinan ini kita orang melayu akan bersatu kembali. Lupakan kepentingan peribadi. Bersatulah demi perpaduan orang melayu. Ingatlah...apa yang berlaku dulu. Kita dijajah oleh orang asing disebabkan perpecahan orang melayu melaka sendiri. Jangan pisang berbuah 2 kali. Lihat bagaimana Singapore & Pulau Pinang beralih kepimpinan kepada bangsa lain. Labuan sudah kearah itu. Jadi aku merayu, jangan jadikan perpecahan ini sebagai kepentingan untuk mencapai dan memuaskan nafsu sendiri. Bersatulah wahai semua orang melayu. Baik pihak DS atau DY... kita pertahankan jawatan pengerusi perbadanan Labuan biarlah dipegang oleh siapa saja, tapi biar anak jati labuan yang berbangsa melayu. Jangan apa yang berlaku hari ini menyebabkan anak cucu kita yang akan merana di kemudian hari. Renung-Renungkan

JomoSamaTuaran berkata...

Sudah-sudahlah tu kawan..PEMIMPIN DATANG DAN PERGI,BUKAN KERNA KONSPIRASI,BUKAN JUGA KERANA JAWATAN TU SUDAH DI GERANKAN PADA SESEORANG SAJA.

MUHASABAH DIRI... berusaha untuk PERUBAHAN, LABUAN AKAN LEBIH MAKMOR DARI MASA PENTADBIRAN SHERIFF MARSHALL DATO AHMAD SUHAILI..aduhhh, ni yang bikin aku poning ni..namapun bukan main hebat, boleh tukar-tukar lak tu.

Pada SEMUA PENDUDUK LABUAN.. lupakan DATO SUHAILI... biarkan dia selesaikan dulu urusan PERUNDANGANnya itu. SEMENTARA ITU..bersama-samalah dengan DATO YUSUF bekerja untuk meneruskan AGENDA PEMBANGUNAN LABUAN.. yang sudah pasti, tidak akan terlaksana oleh satu orang saja, ianya memerlukan penyertaan semua dan kesinambungan dari seorang kepada seorang yang lain..

Good Luck...

Tanpa Nama berkata...

salam semua,

bukn kn komen tp cdgn sj, sbg pemerhati yg sygkn agama bangsa & tnh tumpah sy cdgkn Dy buat satu majlis dgn memanggil follower kedu2 pihak.

jemputan hdklah dr Dy sendiri samada kad, sms atau tel,baru lh semua akan rasa dihargai.seperti slogan pm 1malaysia,rakyat didahulukan prestasi d utamakan.

d majlis itu pastikan tiada org Dy n org Ds,yg ada cuma org umno yang sygkn agama n bangsa.

d majlis itu juga itu biarlah agenda nya hanya perkasakan agama,perpaduan melayu dan kemajuan p.labuan.

sy yakin dn percaya Dy boleh lakukannya.

ingatlah dan ambil iktibarlah semua,mengikut sejarah,sehebat mana tamadun atau bangsa tersebut jatuh sejatuhnya bukan disebabkan musuh luar,tp musuh seagama sebangsa n senegara sendiri.

kepada Ds

jasamu dn kebolehan mu memastikan kemajuan bukan sahja kpd labuan ttp thp pemikiran masyarakat labuan amat membanggakanku dn akan dikenang oleh mereka yg se genarasiku dan generasi2 akan dtg. d hrp sumbangan Ds tdk setakat ini shj,semoga Ds tenang menghadapi musibah dan akan dipermudahkn darinya.

kepada Dy

ketokohan mu tdk dpt d sangkal lg.keyakinan dr generasiku tdk diragui lg.Harapan dr generasiku kembalikan lah saf2 masyarakat labuan,buangkan sengketa antara mereka,tiada lg wujudnya berpuak2,semoga hilang lah dendan n permusuhan,wujudlah sayng n persahabatan.

kepada Ds n Dy

mereka yg membisikkan persengketaan n melagakan kita,adalah musuh utama,berhati2lh pemimpin kesayanganku,ingat lah pemimpin ku 10 pujian yg diterima hy 1 kebarangkalian yg ikhlas tp 10 kritikan dterima 9 kebarangkalian yg ikhlas.

Renungkn lah

Semangat Melayu berkata...

Salam....Jomo sama Tuaran... aku tak pasti yang awak ni anak jati Labuan ke atau sebaliknya. Aku setuju dengan pendapat awak tentang biarlah DS menyelesaikan masalahnya...soal karier politik beliau berkubur atau beliau akan buat come back itu soal kedua. Apa yang penting Perpaduan Orang melayu harus kita jaga. Kepada DY saya menyeru....buatlah sesuatu untuk perpaduan orang melayu. Kalau boleh diadakan Dialog lagi bagus.Saya menyeru kepada semua orang melayu , sama ada ahli umno atau bukan, marilah kita sama-sama bangkit untuk memulihkan perpaduan dikalangan bangsa kita sendiri. Lupakan sengketa lama, buka lebaran baru.Kepada mereka-mereka yang menjadi Batu Api & Penghasut kepada kedua-dua pemimpin ini, insaflah...Ingat akan Allah SWT. Bila-bila saja tuhan menjemput kita kembali. Usahlah mengeruhkan keadaan yang sekarang nie sudah menanmpakkan perpecahan antara kita semua. Buat DY, saya menyeru agar YB dapat mengembalikan semula perpaduan dikalangan orang melayu di Labuan ini. Usah ditauliahkan lagi WAP. Gunakanlah KK yang sudah sedia ada. Saya yakin & percaya kalau kena gaya dan caranya Semua KK ini pasti akan berkerjasama.Sebab mereka ini juga tidak rela melihat perpecahan ini akan berlanjutan.Renung-renungkan

Tanpa Nama berkata...

urang2 melayu juga yg bergaduh...

Tanpa Nama berkata...

"Mesyuarat MKT UMNO Pertama-Penentu Nasib Dato Suhaili"
Berikut adalah kronologi mesyuarat MKT kelmarin menurut sumber dalaman: Seorang ahli MT Datuk Bung Mokhtar Radin mengutarakan persoalan kepada YAB Presiden Parti mengenai status Pengguguran Dato' Suhaili Abd. Rahman sebagai Ketua Bahagian UMNO Labuan. Menjawab pertanyaan ahli MT berkenaan, YAB Presiden UMNO menegaskan bahawa sesuai dengan precedent didalam Perlembagaan Parti, pengguguran tersebut adalaha sah dan keputusan ini adalah mutlak.