14 April 2009

Isu 2 IC - Konspirasi Politik

Dato Suhaili hari ini dihadapkan ke mahkamah sesyen di Kota Kinabalu atas pertuduhan memperdaya Maybank untuk meluluskan pinjaman bernilai RM110 ribu dan kemudahan OD bernilai RM50 ribu dengan menggunakan kad pengenalan lain, 13 tahun lepas.

Beliau bagaimanapun ketika ditanya wartawan ini berkemungkinan satu konspirasi untuk menjatuhkan beliau, kerana pertuduhan hanya dikeluarkan pada malam Ahad, ketika beliau hampir pasti dilantik semula memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan. ' Ianya tidak masuk akal kenapa kes ini dibawa oleh SPRM dan bukannya Polis, atau Jabatan Pendaftaran atau pihak Maybank sendiri sedangkan ianya tidak membabitkan salah guna kuasa atau rasuah' kata seorang teman beliau yang turut sama berada di Mahkamah Sesyen.

Dato Suhaili pula ketika ditanya mengenainya, beliau berkata dia tidak perlu takut atau malu kerana beliau tiada skandal seks, mempunyai projek terbengkalai, kes rasuah atau salahguna kuasa. Ketika ditemubual oleh wartawan, beliau masih kelihatan ceria dan sempat mengusik para wartawan mengenai kes ini akan jadi front page story, esok.

Beliau bagaimanapun tidak mengaku bersalah, dan diarahkan diikat jamin RM20 ribu, dengan RM3 ribu deposit dan seorang penjamin. Perbicaraan dijangka akan dibuat pada Februari 2010.

Satu lagi kes yang membabitkan beliau akan di hadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, pagi ini.

Perkara yang sama juga berlaku pada tahun lepas apabila beliau disiasat oleh BPR mengenai isu 2 IC, ketika PRU ke 12 hampir tiba

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcm bodoh jer kes nie..... sapa la punya kerja.... indak beduit kah si dato.... adui malai

Gagak berkata...

Ini lah Politik UMNO..tiada kawan dan tiada lawan..
Tetapi bagi saya yang paling saya utamakan ialah jasa pemimpin ini dalam membangunkan dan merubah budaya berfikir anak-anak Melayu Labuan agar ada keinginan yang tinggi untuk mentadbir dan menguasai tanah Labuan ini.. ianya satu sumbangan yang bukan mudah untuk dilakukan..Buktinya, sudah ramai kalangan pak menteri persekutuan dan Sabah yang kenal dengan peniaga Melayu di Labuan.. malahan ketika ini sudah terdapat peniaga Melayu yang memiliki kebal terus dengan menteri-menteri persekutuan..Kalau bukan kerana Dato Suhaili tidak mungkin ada orang Melayu Labuan yang sampai ke tahap ini...
Walauapapun.. inilah dia Gemble dalam Politik..
Sebagai anak jati Labuan.. saya akui Dato Suhaili amat berjasa kepada pembangunan dan perubahan minda anak-anak Melayu Labuan.. Semoga Dato Tabah dan sentiasa Sabar menghadapi dugaan ini...

LocateBlogger berkata...

Ni mimang konspirasi ni bos,ada ja ba yg dengki ni.

Tanpa Nama berkata...

SPRM ditubuhkan oleh kerajaan.. Masakan mereka tuduh seseorang itu tanpa bukti.. Biar mahkamah tentukan keputusannya.. Untung sabut timbul.. Untung batu tenggelam..

Sungai Dali berkata...

Salam. Apa punya blogger LK yg tulis perkara berikut "Beliau bagaimanapun ketika ditanya wartawan ini berkemungkinan satu konspirasi untuk menjatuhkan beliau, kerana pertuduhan hanya dikeluarkan pada malam Ahad, ketika beliau hampir pasti dilantik semula memegang jawatan Pengerusi Perbadanan , Labuan." Di mana logiknya statement diatas? Ketika beliau hampir pasti dilantik semula memegang jawatan Pengerusi Perbadanan?! Blogger ni pun main hantam saja, janji dapat payment! Duit lagi lah jawabnya... Day dreamer kamu orang ni, sampai bila kamu mau support power crazy mcm DS ini. Biar saja Institusi Perundangan melaksanakan tugas. Jgnlah buat mcm2 spekulasi seperti Konspirasi Politiklah, apa lah. Saudara saudari sekalian, ini bukannya ditahap SIASATAN tetapi sudah di tahap PENDAKWAAN. Apa kamu pikir kerajaan bodoh menaiktaraf BPR menjadi SPRM tanpa sebab? Inilah yang dikatakan reform didalam kerajaan. Agar Kerajaan BN menjadi Telus dan Adil. Tahniah Kerajaan BN yang baru! Semoga aspirasi dan suara rakyat menjadi keramat.

Tanpa Nama berkata...

sapa yang gila kuasa ni sebenarnya? pernahkan datuk suhaili merampas jawatan orang? pernahkah dia merebut jawatan orang2 sebelumnya?

kalau diimbas kembali, siapa yang cuba merampas jawatan ketua umno bahagian hujung tahun lapas tapi nda bejaya, sapa yang menghantar memorandum kemeja paklah meminta untuk dilantik jadi pengerusi perbadanan labuan, siapa yang berkampung di kl ketika najib sedang memilih barisan kabinet baru, dengan tujuan untuk melobi jawatan di kabinet tapi tidak dilayan kerana tiada jawatan dalam parti?

ketani urang labuan ni bukannya semua buduh, ikut telunjuk cina, sampai isu pasar babi haram pun kan berkompromi.

kesimpulannya, siapa yang merampas dan siapa yang cuba dirampas disini ni? renung2kan dan selamat beramal.

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju dgn Sungai Dali. Apa mau gado2. Semuanya Allah yang menentukan. Kita semua hanya hamba kepadaNYA. Mengapa, kalau kita kena susuatu musibah, kita akan menyalahkan orang lain. Seharusnya kita renung kembali, apa kesalahan yang telah kita lakukan. Muhasabah diri. Kalau kita asyik menyalahkan orang lain, maknanya kita melawan ketentuan Ilahi.

bungaraya berkata...

Dulu Datuk Abdul Mulok Awang Damit kena bicara mahkamah juga. Kini Dato Haji Suhaili pula. Nampaknya kedudukan dalam jawatan politik ini sangat panas dan tidak terjamin. Saya suka menasihati YB Datuk Haji Yussof Haji Mahal agar menanamkan sifat integriti yang tinggi dalam mengharungi tugas-tugas sebagai pemimpin politik di Labuan ini. Jika tidak kebermungkinan akan menjadi orang ketiga dibawa kemahkamah adalah tidak mustahil. Berhati-hatilah sebelum kena.

Tanpa Nama berkata...

dasar kuyuk jalanan nyamu,setinggi,sekaya manapun mun haram nda bermoral tatap jatuh balik asal tu liau insyallah

JomoSamaTuaran berkata...

Antalah....mana satu yang mahu dipercaya ni..?? Si Sheriff Labuan ka atau yang dipilih jadi MP Labuan.??

Si Sheriff ni macam ndak mahu branti saja ni...macam teda orang lain lagi yang boleh jadi Pengerusi disana...

Sudahlah tu tangahnya.. kes bangkrapsi sudah clear.. dapat projek juta2... bagi lah orang lain pula jadi kaya sikit disana.. takkanlah kau saja mahu makan semua.

Apa sudah jadi dengan Kolej Ibukota Kinabalu?? Baik2 diKK, mahunya dibawa ke Labuan.. sapa yang mahu pigi blajar dipulau begitu... baik lagi kami blajar diPulau Gaya... dakat lagi dengan KK. Adakah dibawa ke Labuan... kuang,kuang,kuang, sheriff,sheriff!!

Sungai Dali berkata...

Salam. Melihat kepada komen ke-6 oleh TANPA NAMA, saya terpanggil untuk memberi komen berikut.

1) Dimana logik permasalahan "sapa yang gila kuasa ni sebenarnya?pernahkan datuk suhaili merampas jawatan orang? pernahkah dia merebut jawatan orang2 sebelumnya?
kalau diimbas kembali, siapa yang cuba merampas jawatan ketua umno bahagian hujung tahun lapas tapi nda bejaya."

Saudara sekalian, Pemilihan dan Pertandingan didalam UMNO bukanlah sesuatu yg diluar perlembagaan UMNO. Tidak wujud persoalan Merampas Kuasa atau cuba merampas jawatan Ketua UMNO Bahagian disini. Jawatan tersebut bukanlah hak mutlak penyandang iaitu DS yg WAJIB dikekalkan hingga akhir ayat. Setiap ahli berhak utk bertanding sekiranya layak dan menjawat jawatan berkenaan sekiranya terpilih. Pandangan demikian pastinya bukan datang dikalangan ahli UMNO disebabkan kurang mengerti perlembagaan UMNO. Malahan jawatan tertinggi Timb. Presiden turut di pertandingan di Mesyuarat Agong UMNO 2008 baru2 ini. Apakah ini disamakan sebagai cubaan merampas kuasa dan merampas jawatan?
Apa pun kini, SA UMNO telah mengeluarkan ketetapan bahawa jawatan Ketua Bahagian UMNO Labuan adalah kosong kini dengan gugurnya DS daripada menyandang jawatan berkenaan.

2) Dimana kebenaran komen "sapa yang menghantar memorandum kemeja paklah meminta untuk dilantik jadi pengerusi perbadanan labuan, siapa yang berkampung di kl ketika najib sedang memilih barisan kabinet baru, dengan tujuan untuk melobi jawatan di kabinet tapi tidak dilayan kerana tiada jawatan dalam parti? "
Sekali lagi, laman blog ini digunakan utk menebar fitnah dan pembohongan demi memuaskan nafsu yg kononnya menjadi perjuangan bangsa pihak tertentu.

3) Di mana relevennya ayat berikut? "ketani urang labuan ni bukannya semua buduh, ikut telunjuk cina, sampai isu pasar babi haram pun kan berkompromi."
Mungkin TANPA NAMA sudah agak lama outstation atau berada diluar Labuan. Tolong baca artikel LK yg dulu-dulu baru tah mengkali ketani mehati dan tahu keadaan sebenar.

Semua yg tersimpul telah diurai...
Wassalam.