14 April 2009

Satu Lagi Pertuduhan Dibuat Hari Ini



Seperti diramalkan, satu lagi pertuduhan dibuat terhadap mantan Ahli Parlimen Labuan, Dato Suhaili Abdul Rahman pagi ini. Pertuduhan tersebut bagaimanapun disebut di Mahkamah Majistret. Pihak pendakwaraya memohon agar kes tersebut dapat dibicarakan di Mahkamah Sesyen, serentak dengan kes yang disebut kelmarin, memandangkan pihak pendakwaraya akan mengemukakan barisan saksi-saksi yang sama untuk kedua-dua kes. Permohonan tersebut diluluskan oleh Majistret Noor Hafizah Mohd. Salim.

Seperti kelmarin, Dato Suhaili dilihat tenang dan ceria bila keluar dari perkarangan mahkamah. Beliau juga dilihat diiringi oleh beberapa sahabat beliau dari Labuan yang tiba malam semalam untuk memberi sokongan moral.

4 ulasan:

Gagak berkata...

Merenung situasi terkini politik Labuan.. terfikir pula.. akan bercantumkah perbelahan ini atau inikah permulaan era baru dalam perpecahan ini?
Buat pemimpin Bangsa Ku..Politik Yang Mentadbir Negara ini,dan pastinya hanya Politik Yang Kuat Dan Padu yang akan mampu mengangkat anak Jati Labuan ke tahap yang LuarBiasa...

Tanpa Nama berkata...

hmmm ada2 saja, tp labuankini tetap rock! idup labuankini!

Ingin Tahu berkata...

banar kian labuankini ani?
mun banyak suda berita yang dikeluarkan nya menjadi, bekelahi tah kitani pulang
biar tia undang2 menetukan who is wrong, who is true
we agree to disagree!
;p

JomoSamaTuaran berkata...

Biar betul ko ani, kalau benda salah,tatap salah juga kesudahannya. Whatever goes around, comes around. Dulu..masa nak jadi ketua, dia guna cara belakang, sekarang ni..kisas kannn!!

TUHAN ITU ADIL SAUDARA DAN SAUDARI sekalian.