06 Oktober 2009

Kerajaan lulus RM50 juta bina Sekolah Antarabangsa Labuan

Petikan dari New Sabah TImes, 4 Oktober 2009

LABUAN: Kerajaan telah meluluskan pembinaan sebuah Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) milik Lembaga Perkhidmatan Kewangan Pesisir Antarabangsa Labuan (Lofsa) di tanah seluas 22 ekar di Tanjung Aru, dekat sini.

Ketua Pengarah Lofsa, Dato’ Azizan Abdul Rahman, berkata projek yang menelan belanja kira-kira RM50 juta itu sudahpun bermula dan kerja-kerja pembinaannya dikawal selia sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, projek yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2011 turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, antaranya bilik asrama dan padang permainan.

“Pembinaan sekolah baru itu adalah sebagai usaha meningkatkan mutu pendidikan disamping memberikan kemudahan yang lebih baik kepada kakitangan Lofsa dan pelabur luar negara yang berkhidmat dan berurus niaga di sini” katanya kepada media sempena Majlis Rumah Terbuka Lofsa yang diadakan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, dekat sini, kelmarin.

Kra-kira 2,000 tetamu yang terdiri daripada pelanggan utama Lofsa, pemimpin masyarakat serta penduduk tempatan mengunjungi rumah terbuka tersebut yang diwarnai dengan pelbagai juadah santapan Hari Raya.

Selain daripada beramah mesra Pengurusan Lofsa tidak lupa meraikan golongan orang kurang upaya (OKU) dan anak-anak yatim untuk menerima duit raya yang disampaikan bersama oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yussof Haji Mahal dan Timbalan Gobenor Bank Negara, Datuk Zamani.

Hadir sama di majli itu, Timbalan Ketua Pengarah Lofsa Daneil Mah, Pengurus Besar Hotel Grand Dorsett, Hubert Wilfred, mantan Ahli Parlimen Labuan, Dato’ Haji Suhaili Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Asean Supply Base, Dato’ Harris Haji Anuar Tan.

2 ulasan:

SAHAR MISRON berkata...

Tahniah, semoga mutu pendidikan di Labuan terus menuju mercu kejayaan...Kami warga SMK Lajau berdoa semoga sekolah ini cepat disiapkan, bolehlah kami jalinkan "perkongsian pintar"

Tanpa Nama berkata...

hai...
nak tanya bagaimana nak jadi rakan blogger LabuanKini?