13 Oktober 2009

Perhimpunan Agung UMNO - Bahang Terasa di Labuan

UMNO Malaysia memulakan Persidangan Tahunannya hari ini. Sejak pagi tadi kelihatan beberapa AJK UMNO Bahagian, Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO suda berlepas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang ke-60 ini.

Antara bualan kedai kopi mengenai pelepasan mereka kali ini termasuklah UMNO Bahagian Labuan kali ini diwakili oleh Pemangku Ketua Bahagian UMNO, selepas Ketua Bahagian, Dato Suhaili digantung jawatannya April lepas.

Persidangan kali ini dijangka akan membincangkan mengenai pindaan perlembagaan, pengukuhan parti, merakyatkan parti disamping membincangkan mengenai kemenangan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Isa Samad dakam pilihanraya kecil Bagan Pinang baru-baru ini.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

'kenapa melayu tidak bersatu' tolong kupas isu ini tuan punya blog..adakah melayu itu tidak boleh bersatu atas dasar nama islam ke melayu 1st and 2nd islam diharap kita sama2 la fikirkankan..

open minded berkata...

salam... ni soalan oblektif sebenarnya, cuma isu-isu semasa membuatkan ianya seperti isu subjektif. cuba senaraikan bangsa mana yang bersatu di muka bumi ini? arab pecah belah (satu agama), india pecah belah, cina pecah belah, bangsa-bangsa barat pecah belah... ini lumrah sebenarnya. bukan isu besar. kalau hendak disatukan melayu memang susah, kerana lain orang, lain agendanya. pas lebih kepada islam yang berbangsa melayu, umno lebih kepada melayu beragama islam. hakikatnya adalah sama, cuma mainan ayat sahaja membezakannya. cuma keadilan sahaja berbeza, bagi keadilan, melayu, cina, india, kita semua anak malaysia. ketuanan melayu mesti dipertahankan kerana kita tidak mahu jadi seperti kaum indian di amerika, atau lebih dekat lagi, melayu disingapura...

Tanpa Nama berkata...

salam..memang benar kata saudara open minded tu..semua bangsa didunia nie berpecah belah termasuk bangsa kita sendiri..apa salahnya kita pupuk dari budak to remaja untuk bersatu seperti kata pujangga 'melentur buluh biar dari rebungnya' klu kita baca dalam al-quran pun nabi S.A.W pun menyeru supaya umatnya bersatu. apa salahnya kita baca,rujuk dan amalkan pengertian rasullullah. saya nak tanya saudara open minded knpa bangsa2 didunia nie tak kira la arab ke india ke cina ke melayu ke bepecah?