25 Oktober 2009

Pemilihan TenPin Bowling Peringkat WP Labuan

KENYATAAN MEDIA

PEMILIHAN TENPIN BOWLING PERINGKAT NEGERI W.P LABUAN AKAN DIJALANKAN PADA 5 NOVEMBER 2009 DI VENUE BOWLING, UJANA KEWANGAN BAGI MEMILIH WAKIL KONTINJEN W.P LABUAN KE PERINGKAT KEBANGSAAN. SEBANYAK 5 BUAH SEKOLAH AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN IAITU PPKI SK PEKAN SATU, PPKI SK PANTAI, PPKI SK RANCHA-RANCHA, PPKI SMK MUTIARA DAN PPKI SMK LAJAU. VIP YANG AKAN MERASMIKAN PEMILIHAN INI IALAH TUAN PENGARAH JABATAN PELAJARAN W.P LABUAN. SELURUH WARGA LABUAN DIJEMPUT MENYAKSIKAN PEMILIHAN BERSEJARAH INI.


Mesej ini datangnya dari Program Pembelajaran Khas Integrasi, SK Pekan Satu.

2 ulasan:

PENDIDIKAN KHAS S.K PEKAN 1 berkata...

Barisan Pentadbir Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ) S.K Pekan Satu merakamkan ribuan penghargaan kepada labuankini.net di atas kerjasama turut serta memberikan publisiti dan hebahan umum terhadap Pertandingan Tenpin Bowling Pendidikan Khas Peringkat Negeri. Untuk makluman semua, pertandingan ini adalah julung kali diadakan di W.P Labuan yang bertujuan mencungkil bakat terpendam murid-murid bekeperluan khas atau orang kelainan upaya (OKU) ini sebagai batu loncatan mengetengahkan mereka ke peringkat kebangsaan dan lebih tinggi lagi. Pertandingan ini akan bermula pada 5 hingga 6 November 2009 di Pusat Bowling, Ujana Kewangan.

PENDIDIKAN KHAS S.K PEKAN 1 berkata...

Pertandingan Tenpin Bowling ini adalah anjuran Jabatan Pelajaran W.P Labuan melalui Unit Pendidikan Khas dan Pemulihan Khas Sektor Pengurusan Sekolah. PPKI SK Pekan Satu telah dilantik oleh Jabatan Pelajaran W.P Labuan sebagai pengelola pertandingan.