24 Oktober 2009

Lawatan Angkasawan Negara Ke Labuan

Khamis lepas angkasawan negara, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berada di Labuan. Sekitar lawatan beliau, beliau sempat melawat empat buah sekolah menengah di Labuan, SMK Labuan, SM Sains Labuan, SMK Pantai dan SMK Lajau.

Beliau sempat beramah mesra dengan warga didik Labuan, petugas-petugas dari Jabatan Pendidikan dan pelajar-pelajar sekolah yang bernasib baik.

Ini merupakan pendekatan terbaik untuk warga Labuan yang berkesempatan dan bernasib baik untuk mengenali angkasawan negara yang pertama dengan lebih dekat lagi. Cuma LabuanKini agak terkilan sedikit bila mendapat informasi yang ada beberapa perkara yang beliau ucapkan tidak begitu memberangsangkan, atau tidak sepatutnya diucapkan. Antaranya seperti "orang Sabah pendek-pendek" dan "orang pendek tidak layak menjadi angkasawan".

Bagi LabuanKini, ini sepatutnya tidak perlu diucapkan kepada pelajar-pelajar kerana ini sedikit sebanyak membantutkan minat pelajar-pelajar yang kurang tinggi, dan bagi pendapat LabuanKini, mereka masih muda dan masih lagi dalam proses tumbesaran fizikal.

Walaubagaimanapun, Labuan masih boleh dianggap bertuah kerana menjadi antara destinasi lawatan Angkasawan Negara, Dato' Dr. Muszaphar Shukor.

1 ulasan:

takidum-kidum berkata...

Saya orang Labuan pun terasa bah kalau ia betul-betul bersakap macam tu. Mentang2lah saya ni pindik-pindik tapi tagap tau! Baik suruh ia bercaramah di Jalan Diponegoro, Jakarta sana dan bagi tau ketua kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat(BENDERA)Indonesia yang Ambalat kita tak nak takluk tapi bulan, bintang dan segala cakerawala di atas sana kita dah takluk dan di bawah jajahan kitani. Lepas tu rasa-rasalah buluh runcing atu tajam ke atau tidak?