18 November 2009

BIIBBF - Mesyuarat Kedua

Satu mesyuarat telah diadakan di Kompleks Sukan Air Labuan petang tadi bagi membincangkan hal-hal mengenai Borneo International Island Big Bikers Festival (BIIBBF) ke-10. Antara yang dibincangkan termasuklah melantik AJK Penganjur dan itinerari secara terperinci.

Mengikut maklumat yang LabuanKini terima, Bendahari, Setiausaha dan AJK sudah ditentukan, masalah sekarang adalah untuk melantik Pengerusi Penganjur. Mesyuarat tadi secara sebulat suara mencadangkan Ketua Pemuda UMNO Labuan, Mohd Rafi Ali Hassan namun beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima atau tidak. YB Datuk Yussof Mahal sebelum ini pernah mencadangkan Dato' Harris Tan sebagai Pengerusi Penganjur, namun ditolak.

Pada mesyuarat tadi juga dimaklumkan yang Pejabat Parlimen menyumbangkan RM20 ribu untuk menjayakan acara tahunan ini.

1 ulasan:

Kilaupodos berkata...

Petang tadi sempat tengok konvoi BIIBF di jalan Mustapha; lalu hadapan kedai Bataras. Selepas beberapa minit dalam perjalanan balik ke rumah, ternampak pula macam konvoi tu berhenti sebelum stesen minyak petronas. Munkin ada peserta yang terlibat dengan kemalangan. Nampak satu big bike tu terbalik. Tak tahu apa cerita sebenarnya. Jenguk dari dalam kereta je...Apa sebenarnya yang berlaku?