11 November 2009

Perang Media - Ketua Pemuda UMNO Labuan vs Ketua-Ketua Kampung

Jawatankuasa Bertindak Ketua-Ketua Kampung Labuan kelmarin membuat kenyataan diakhbar bahawa mereka menyokong pentadbiran Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Basiran Saban dan meminta beliau mempertahankan jawatannya di sini, sehingga kontrak beliau tamat.

KK Alias Hussin, yang juga Ketua Perhubungan UMNO Labuan agak terkilan dengan tingkah laku Ketua Pemuda UMNO Labuan membelakangkan UMNO Bahagian Labuan dalam hal ini, sebaliknya meminta UMNO Bahagian Putrajaya melalui Ketua Bahagiannya, Tengku Adnan Mansor untuk mengajukan aduan beliau pada Mesyuarat Perhubungan UMNO WP yang lepas.

Walaupun perkara ini tidak mengejutkan, kerana Mohd Rafi Alli Hassan sebelum ini pun berkempen merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO pun melalui bantuan kem "sebelah", tetapi sepatutnya bila beliau suda termasuk dalam pasukan Bahagian, sepatutnya UMNO Bahagian patut diberi keutamaan terlebih dahulu, dibawa berbincang sebelum membuat apa apa tindakan. Kerana setiap tindakan yang beliau buat akan mencerminkan UMNO Bahagian Labuan itu sendiri.

Menurut KK Alias Hussin lagi, UMNO Bahagian Putrajaya tidak mempunyai asas untuk mencampuri hal ehwal di Labuan, apa lagi mengusulkan cadangan supaya KPE Perbadanan Labuan dipindah keluar dari pulau ini.

Hari ini, Mohd Rafi membuat kenyataan didada akhbar tempatan untuk mengukuhkan pendiriannya agar Datuk Basiran dipindah keluar dari Labuan dengan beralasan ianya untuk kepentingan warga Labuan itu sendiri.

2 ulasan:

Mohd Izraai Abd Aziz berkata...

carilah jalan terbaik demi kemakmuran & kesejahteraan penduduk labuan.

Sungai Dali berkata...

Salam. Buat para sahabatku di luar sana, percayalah... Sebenarnya isu ini nganya terlalu di sensasikan. Keadaan di Labuan tetap harmoni malahan lebih kondusif untuk menerima pelaburan dan menjalankan perniagaan.
Persoalan samada KPE Perbadanan Labuan perlu dikekalkan atau tidak, bukanlah persoalan utama pembangunan labuan. Siapapun yang menjawat Jawatan itu kelak, tetap akan melaksanakan dasar pembangunan kerajaan sebagaimana yang telah digariskan oleh para pemimpin kita. Beliau (KPE PL) hanyalah pengisi jawatan pelaksana dan tidak lebih dari itu. Jadi kenapa ada sesetengah pihak yang melatah sekiranya benar beliau akan di tukar? atau mungkin di naikkan pangkat?
Sepertinya ada sesuatu yang tidak kena didalam usaha mempertahankan beliau apatah lagi KPE PL sekarang Dato' Basiran Saban memang terkenal dengan lagak sombong dan bongkaknya.
Hairan bin ajaib, kenapa mantan Ketua UMNO Labuan benar-benar memperjuangkan dan membela beliau? Mmm... bagus juga kalau ada aduan agar SPRM buat siasatan. Mungkin akan ada anak ikan bilis yang terjerat sama.
Kalau macam inilah kepimpinan UMNO Labuan sedia ada berfikir dan bertindak, maka akan lebih hanyut lah sampan UMNO yang telah sedia hanyut. Terimalah kritikan dan idea Para pemimpin baru dan golongan muda agar UMNO tercinta bangkit dari tidur yang lena terjaga dari buaian mimpi tidak relevan. Wassalam.