12 November 2009

Perang Media Makin Panas - Ketua Pemuda, Ketua Kampung Berbalas Kenyataan Di Akhbar

Sehari selepas Jawatankuasa Bertindak Ketua-Ketua Kampung Labuan membuat kenyataan didada akhbar, hari ini Ketua Pemuda UMNO Labuan, Mohd Rafi sekali lagi memanggil media untuk membuat kenyataan. Antara intipati kenyataan beliau termasuklah;

- Pemangku Ketua Bahagian, Ketua Wanita, dan Ketua Puteri berada sama pihak dengan beliau ketika bersemuka dengan KSU, yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan (PL), Dato Ahmad Phesal Talib.
- Malah Ketua Penerangan UMNO Labuan, KK Hj Alias Hussin juga dikatakan ada bersama, dan menyokong usul supaya Datuk Basiran dipindahkan serta merta.
- Mohd Rafi menyatakan KSU meminta tempoh selama tiga bulan untuk memindahkan Datuk Basiran keluar dari Labuan.
- Ketika ditanya KSU, Mohd Rafi berkata beliau adalah orang YB Datuk Yussof, dan menyatakan kepada Dato KSU bahawa YB Datuk Yussof juga meminta supaya Datuk Basiran dipindahkan.
- Perkara ini juga katanya suda dibawa kepada pengetahuan Ketua Perhubungan UMNO Wilayah, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan ketika mesyuarat perhubungan yang lepas, Tan Sri Muhyiddin sudah membuat keputusan bahawa Datuk Basiran akan dipindah keluar dari Perbadanan Labuan serta merta.

Walaubagaimanapun, KK Hj Alias menafikan perkara ini. Malah Ketua Puteri, Ketua Wanita juga menafikannya. UMNO Bahagian Labuan menafikan yang perkara ini adalah pendirian UMNO Bahagian, sebaliknya hanya pendirian Ketua Pemuda, Mohd Rafi secara peribadi.

3 ulasan:

asmadi.wahid berkata...

Salam, apa yg nak jadi kepada umno Labuan padahal Labuan hanyalah sebuah pulau yg kecil. Usaha haruslah di tumpukan kepada pembangunan Labuan dan bukan untuk kepentingan mana mana individu. Saya sebagai anak Labuan amat sedih membaca perkara ini. Berubahlah........

Sungai Dali berkata...

Salam. Buat para sahabatku di luar sana, percayalah... Sebenarnya isu ini nganya terlalu di sensasikan. Keadaan di Labuan tetap harmoni malahan lebih kondusif untuk menerima pelaburan dan menjalankan perniagaan.
Persoalan samada KPE Perbadanan Labuan perlu dikekalkan atau tidak, bukanlah persoalan utama pembangunan labuan. Siapapun yang menjawat Jawatan itu kelak, tetap akan melaksanakan dasar pembangunan kerajaan sebagaimana yang telah digariskan oleh para pemimpin kita. Beliau (KPE PL) hanyalah pengisi jawatan pelaksana dan tidak lebih dari itu. Jadi kenapa ada sesetengah pihak yang melatah sekiranya benar beliau akan di tukar? atau mungkin di naikkan pangkat?
Sepertinya ada sesuatu yang tidak kena didalam usaha mempertahankan beliau apatah lagi KPE PL sekarang Dato' Basiran Saban memang terkenal dengan lagak sombong dan bongkaknya.
Hairan bin ajaib, kenapa mantan Ketua UMNO Labuan benar-benar memperjuangkan dan membela beliau? Mmm... bagus juga kalau ada aduan agar SPRM buat siasatan. Mungkin akan ada anak ikan bilis yang terjerat sama.
Kalau macam inilah kepimpinan UMNO Labuan sedia ada berfikir dan bertindak, maka akan lebih hanyut lah sampan UMNO yang telah sedia hanyut. Terimalah kritikan dan idea Para pemimpin baru dan golongan muda agar UMNO tercinta bangkit dari tidur yang lena terjaga dari buaian mimpi tidak relevan. Wassalam.

ilusi hijau berkata...

salam saya setuju dengan saudara sungai dali...tapi hakikatnya nya memang benar kalau ada anak-anak ikan bilis mestila ada ibunya kan sebagai perumpamaan, mengapa terjadinya perpecahan dalam UMNO labuan jawapanya projek PL sebagai lubuk bagi kontrakor2 yang juga ahli2 UMNO labuan, memang tidak dpt dinafikan ianya sangat lumanyan. tapi sampai bila kan kita akan terus berkeadaan begini? bagi saya apa salahnya kita tukar pemimpin yang lama kepada yang baru mungkin ia akan memberi perubahan dari segi pemikiran dan memberikan idea2 yang bernas untuk rakyat labuan, seperti membangunkan sosioekonomi yang lebih mengutamakan rakyat disamping kita tidak melupakan pemimpin yang terdahulu..saya harap kita sepakat dan bukan mata, bangun dari tidur, buka pemikiran dari takuk yang lama..