14 November 2009

UMNO Bahagian Berlepas ke KL, Pemuda UMNO Labuan Retak?

Mulai pagi kelmarin, seramai 11 orang wakil dari UMNO Bahagian Labuan telah berlepas ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Ketua Perhubungan UMNO WP, YAB Menteri Wilayah, dan Pengerusi Perbadanan Labuan (PL) yang juga merangkap KSU Kementerian WP bagi menjelaskan pendirian UMNO Bahagian Labuan mengenai kemelut yang melanda Ketua Pegawai Eksekutif PL, Datuk Basiran Saban.

Isu ini yang sudah menjadi agenda "perang media" antara Ketua Pemuda UMNO Labuan, UMNO Bahagian Labuan dan Jawatankuasa Bertindak Ketua-Ketua Kampung Labuan perlu diselesaikan secara profesional bagi mengelakkan persepsi yang salah mengenai Pulau Labuan.

Bagaimanapun LabuanKini mendapat maklumat mengenai perselisihan pendapat antara Ketua Pemuda UMNO Labuan, Mohd Rafi dan Timbalannya, Hj Abdullah Amir mengenai perkara ini malam Khamis lepas. Mohd Rafi dikatakan memanggil AJK Pemuda UMNO Labuan bermesyuarat, dan didalam mesyuarat tersebut, beliau bertanya kenapa timbalannya berubah pendirian mengenai hal ini. Hj Abdullah Amir pula memberikan alasan bahawa sebelum ini beliau difahamkan bahawa UMNO Labuan, Wanita dan Puteri juga meminta Datuk Basiran dipindahkan. Namun setelah diselidiki, UMNO Bahagian, baik Wanita maupun Puteri tidak pernah bersetuju mengenai hal ini. Hj Abdullah Amir menegaskan beliau perlu berpendirian sama dengan UMNO Bahagian, dan tidak menyokong tindakan seseorang individu sahaja.

Pertikaman lidah antara Mohd Rafi dan Hj Abdullah Amir terhenti apabila seorang demi seorang AJK pergerakan itu meninggalkan mesyuarat.

1 ulasan:

PRESTON berkata...

salam, saya sebagai wakil muda di pulau ini ingin memberi sedikit komen,tidak salah sekiranya kita beri peluang kepada kepimpinan baru (YB,ceo perbadanan dan UMNO labuan) untuk bersama2 membangunkan sosioekonomi dilabuan tanpa mengetepikan idea golongon terdahulu dan muda yang lebih segar agar dapat membangunkan labuan dengan adil dan bijaksana tanpa ada rasa prejudis terhadap mana2 pihak.."the brave may not live forever-but the cautious do not live at all"