17 Februari 2009

isu Pasar Babi - Sudah Selesai?


Hari ini sekali lagi Labuan dilawati oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, bertujuan untuk membuat follow-up mengenai isu pasar babi di Labuan ini yang masih lagi belum ada kata putusnya.

Setelah menghadiri mesyuarat dengan Perbadanan Labuan, parti-parti komponen BN dan beberapa pemimpin setempat, Timbalan Menteri sempat membuat lawatan ke pasar babi yang telah siap dibina di Kampung Sungai Keling.

Walaupun sudah dua kali YB Timbalan Menteri turun padang ke Labuan, masih belum ada kata putus dibuat sama ada mereka akan dipindahkan ke Sungai Keling atau sebaliknya. Laporan sebelum ini yang kononnya mereka akan dipindahkan ke pasar baru yang dijangka siap dalam tempoh 24 bulan juga disangkal oleh beberapa pegawai Perbadanan Labuan yang LabuanKini temui.

"Segala keputusan muktamad nanti akan dibuat oleh Menteri Wilayah sendiri dan akan dimaklumkan oleh Perbadanan Labuan", tambah mereka lagi.

Tinjauan LabuanKini melalui satu undian maya mendapati 55% dari pengunjung Labuan Kini mahukan lesen diberi kepada mereka yang sanggup berpindah, 10% mahukan mereka berpindah, 8% mahukan pasar baru di Sg Keling digunakan untuk tujuan lain, dan 7% mencadangkan supaya perniagaan di pasar baru tersebut dipelbagaikan.

Tiada ulasan: