16 Februari 2009

MP vs Ketua-Ketua Kampung?



Sabtu lepas, belangsung satu majlis perlantikan wakil Ahli Parlimen di kampung-kampung, bertujuan supaya saluran dari Ahli Parlimen dapat disampaikan ke kampung-kampung melalui wakil-wakil yang baru dilantik. Majlis yang berlangsung di Tiara Hotel itu bagaimanapun mengundang pelbagai persoalan, spekulasi dan kontroversi.

Adakah Pejabat Parlimen tidak dapat bekerjasama dengan ketua-ketua kampung di Labuan ini? Adakah Ahli Parlimen tidak mendapat sokongan dari ketua-ketua kampung? Adakah ini ada kaitan dengan peristiwa senarai calon-calon ketua kampung yang dicadangkan oleh ahli parlimen tidak digunapakai oleh Perbadanan Labuan, Oktober lepas? Adakah ini ada kaitan dengan pemilihan UMNO Bahagian, November lepas? Dimana rasionalnya melantik wakil-wakil Ahli Parlimen ke kampung-kampung, padahal kesemua ketua-ketua kampung adalah dari parti komponen BN sendiri? - ini adalah antara persoalan yang dikumpul LabuanKini melalui tinjauan rambang dua hari lepas.

Walau sebanyak mana persoalan pun dibangkitkan, hanya Pejabat Ahli Parlimen sahaja yang ada jawapannya.

Antara yang turut dilantik sebagai wakil Ahli Parlimen ke kampung-kampung termasuklah bekas ketua kampung Sungai Bedaun, Sahari Amdan dan bekas Ketua Pemuda UMNO Lajau, Suhaili Amir.

22 ulasan:

anak muda labuan berkata...

pandangan saya
hal ini berlaku karena masalah yang melibatkn dua org khalifah yang diberi amanah untuk menjaga Labuan
ketidaksamaan haluan mereka membuatkn hal ini berlaku

banyak lagi isu yang merentetetan masalah ini

yang penting, kerjasama
bagus lah ada 2 saingan!

bungaraya berkata...

Saya setuju dengan komen ANAK MUDA LABUAN diatas ini. Sebagai tambahan juga, penglibatan dari Kuala Lumpur juga menjadi faktur menyumbang yang ketara.

Gagak berkata...

untuk mengharapkan dua jentera ini bekerja sama adalah amat mustahil, jauh sekali untuk duduk bersama dalam satu organisasi mentadbir kampung.. Namun kita mengharapkan kebijaksanaan Ahli Parlimen untuk menguraikan permasalahan ini dan yang lebih utama menyatukan mana yang pecah, menempal mana yang retak..

Tanpa Nama berkata...

tapi dengan perlantikan wakil parlimen ke kampung2 tidak akan dapat "menampal" mana2 yang retak, atau menyatukan mana2 yang pecah. ianya akan lebih menambah permasalahan. persoalannya, adakah wakil2 parlimen ini diiktiraf oleh kerajaan? adakah ianya bertepatan dengan kehendak parti? adakah ini akan dapat menjaga kepentingan rakyat? kerajaan tempatan adalah bn, wakil mp juga bn.. kenapa tidak boleh bekerjasama? siapa yang tidak mahu bekerjasama? adakah ini membabitkan soal maruah? atau sengaja menampakkan kelemahan sendiri?

Saudara Baru berkata...

Apa yang sebenarnya kita cari?
Apa yang Dato MP mahu sebenarnya?
Apakah yang mesyarakat inginkan?

Dato MP menyuarakan supaya rakyat bersatu-padu, mengeratkan perpaduan. Apakah yang Dato MP lakukan ini boleh menyumbang ke arah itu?

Saudara Baru berkata...

Kepada bungaraya,

Apa maksud tuan?

Anak Harapan berkata...

MP vs Ketua-ketua kampung?.....dasyat, jangan sampai pulau labuan ani terbalik sudah lah...selaku anak muda yang menaruh harapan tinggi kepada semua barisan kepimpinan yang ada di W.P Labuan...x kira dalam organisasi atau persatuan mana sekali pun (hatta pembangkang punya persatuan)...sanggup kah barisan pemimpin ni melihat anak cucu cicit durang pun berada dalam keadaan sama macam diorang ni...berada dalam konflik...sudah la kami anak muda xda contoh kepimpinan yang tepat dan sesuai untuk di jadikan idola di Labuan ni...cikgu ku selalu mengingatkan tentang pepatah melayu "kepimpinan Melalui Tauladn"...kalau masalah ni berpanjangan percaya la, masalah ni akan jadi warisan ke anak cucu durang sendiri...wallah wa'alam

Saudara Lama berkata...

kita biasa mendengar yb tidak mengiktiraf ketua kampung, kalau yb itu dari parti pembangkang. ini sesama bn. hanya 1 ketua kampung yang masih belum pasti statusnya, kerana beliau keluar parti setelah partinya keluar dari bn.

melalui pengamatan saya, ada 2 kemungkinan; 1, yb tidak mengiktiraf ketua-ketua kampung dan 2, ketua kampung tidak dapat bekerjasama dengan yb.

tindakan yb mengeruhkan lagi keadaan dengan melantik wakil disetiap kampung.

situasi ini boleh diterima, kalau yb adalah dari parti pembangkang, atau bebas, atau kerajaan diterajui oleh pembangkang dan yb dari bn. ini semua dalam bn, baik kerajaan, ketua kampung, dan yb. dimana silapnya ni? adakah silapnya dari pemilihan umno yang lepas, atau dari pru ke 12 yang lepas?

Ingin Tahu???!!!! berkata...

Salam Semua,

Apa effektifnya "wakil-wakil" ini kepada kampung-kampung di labuan??? Apakah tidak cukup dengan ketua-ketua yang sediada sekarang ini????

Jika kita perhatikan hasilnya, ia tidak lebih kepada gejala pening!!! Maaf, jika istilah yang digunakan sukar difahami.

Bukan setakat penduduk, bahkan ketua kampung sediada akan menjadi pening. Ketika itu, mungkin baru disedari efisien atau tidak pemilihan wakil MP Labuan ini.

Labuan amat kecil berbanding dengan WP yang lain. Cukup-cukuplah untuk bertelagah!!! Rugi masa, rugi bangsa!!!! Biarpun alasan yang digunakan ia harus mengabilkira kepada pendapat "kami yang dibawah"!!

Sungguh, aku sendiri pening dengan mereka ni!!!!



Sanggupkah kita menjawab kepada mereka(generasi seterusnya) jika ini membawa kepada perpecahan anak bangsa Labuan??!!!

Tanpa Nama berkata...

jangan pening kepala... ini juga untuk memajukan kampung dan labuan... :)

Tanpa Nama berkata...

Pasal perlantikan wakil MP ani lai, baik sudah tu. Yang panting katua kampung menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua kampung dan wakil MP menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil MP. Mulai dari sekarang, bolehlah kita menilai. Mana-mana yang pemimpin yang ikhlas membela nasib rakyat Labuan,insyallah akan mendapat tempat di hati rakyat labuan.

takidum d tabasan.

fais berkata...

Salam utk semua..

sekarang ni bukannya kan menampal yang retak tp yang retak tu sudah pecah dan menunggu hancur berkecai...ketua kampung sudah ada..apa lagi kan mau ada wakil2..nanti sorang kan tanam piasau..sorang lagi kan tanam pinang...atu menggena banar tu....

yang jadi mangsa kitani jua..kan minta apa2 ngan ketua kg...nanti si wakil bermasam muak plang ngan diri...so jadi berpuak2 lah kitani...pada hal sebelum ani terasa aman di kampung...

sudah2lah tu..jangan keruhkan lagi keadaan...MP sepatutnya merapatkan hubungan ngan ketua2 kg. dan seterusnya ngan masyarakat...atas usaha ketua2 kg. jua lah kemenangan besar yg MP dapat....

payah tuuu..nanti nya org tua2..ketulahan...jangan..sedar2lah siapa anda sebelum ini...

kan hampir setahun udah .belum ada perkembangan yg positif terhadap pulau ani...buatlah sesuatu yg boleh memajukan dan membaiki ekonomi penduduk pulau ani...jangan di musuhi pihak kementerian di KL atu..inda beroleh peruntukan tah plang nanti...mun mengharap dari kementerian lain..payah nyamuu kan dapat peruntukan...

bersatu tah kita..
buangkan sijil PHD atu..(Perasaan Hasad Dengki)...itu lah yg org kitani miliki dan tidak akan maju selamanya...bersainglah tapi cara sihat...

Saudara Baru berkata...

Tuan-tuan sudaraku sekelian.

Kebanyakan yang membuat ulasan dalam blog mengenai topik ini mencerminkan kegusaran masyarakat tentang perpaduan dan kerukunan kitani rakyat Labuan.

Kepada 'bungaraya' dan 'tanpa nama (jangan pening kepala)' inda abis kita merasa dan sadar kah?

Apalah ertinya pembangunan dan kemajuan sedangkan kitani inda aman dan bersatu padu, lalaikan becercahan.

Apa yang saudara 'fais' katakan sudah pun berlaku di kampung. Orang kampung jadi bingung dan keliru. Apakah ini yang kitani mahu?....

Wassalam.

jkksenior berkata...

Di kampung saya sudah ada penubuhan jawatankuasa, yang mana ahlinya terdiri daripada wakil blok dan simpang yang ada di kampung. dua badan JKKK?

anak muda labuan berkata...

macam ni lah wahai mereka yg megomen
yg penting kampung2 dapat d majukn k
wlwpun 10 org ketua kampung atau 10 wakil yb
yang penting rakyat senang

jangan tah negative saja
positive bah pacik2

mun payah2
tunggu tah aku jd MP
selesai semua masalah

doakan ku sahaja berjaya dalam pelajaranku k
=)

Sungai Dali berkata...

Salam. Tahniah! Belum sebulan Wakil Ahli Parlimen diwujudkan, sudah bermacam-macam ulasan diberikan oleh para blogger.

Ada yg memberikan ulasan positif dan berfikiran terbuka dan ada pula yg memberikan ulasan negatif dan terlalu sgt bimbang sepertinya kewujudan WAP ini pasti membawa keburukan semata-mata.

Sungguh menyedihkan bagi mereka yg gusar dan bingung kerana belum ada bukti apa2 yg membolehkan saudara bersikap sedemikian rupa.

Persoalannya, apakah sudah terbukti yg pendekatan WAP ini membinasakan lagi merugikan orang kitani di kampung? Mun mcm kami di kampung ah, inda lagi kami kepayahan mengunjar kk mun ia gagau atau inda ada. Dapat jua kami berusuran menyampaikan hajat kepada WAP. Makanya kewujudan WAP di kampung tidak lain memberi kitani pilihan tambahan dan mudah.

Inda jua terungkayah mun mengharapkan KK semata2 menjaga kebajikan kitani dikampung. Mana ia sibuk berpolitik kan bulan 3 ani.

Tanyakan diri saudara apakah ulasan saudara berasaskan fakta atau berbaur politik semata-mata kerana yg kitani maklum ialah, orang kampung kitani di Labuan memberikan respon yg cukup baik! Kita lihat saja mcm mana rakyat yg ditimpa musibah seperti kematian, kebakaran dan byk lagi ditangani dengan lebih cepat & effisien oleh YB melalui KK dan WAP. Malah segala rintihan atau saranan di salurkan dengan lebih pantas. Ani tah baru namanya penambahbaiakan didalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

P/s: Sekali lagi Labuan Kini bertindak memprovokasikan isu ini dan berperanan mengadu dombakan rakyat labuan.

Saudaraku orang Labuan sekalian, inda kita tahukan yg Labuan Kini adalah saluran blog sayap Wilayah kini dari sumunanjung. Mengkali jua Labuan Kini bertindak memprovok keadaan yg SEBENAR-BENARNYA tidak mendatangkan masalah bg kitani di Labuan.

Kitani lihat saja tajuk artikelnya, MP vs Ketua Kampung? Setahuku ada 2 orang KK yg turut dilantik sebagai WAP di kampung. Apa pulang MP vs KK?

Sudah semestinya Labuan Kini bertindak atas arahan pihak tertentu dan bermotifkan politik semata-mata.

Apa pun, tahniah Labuan Kini, semoga Labuan Kini berjaya membawa gelombang kegagalan UMNO dan BN Wilayah lebih cepat dan pantas tiba di bumi Labuan.

Tahniah Labuan Kini.

Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Sebagaimana UMNO dan BN Wilayah sudah mula ckp2 yg akan ada pertukaran juga peralihan kuasa di Wilayah, kita di Labuan juga mengharapkan agar DS Zul tidak lagi menerajui Wilayah dimasa akan datang.

Mudah2an DS turut gugur bersama godfathernya... Amin. Sekadar renungan...

Saudara Baru berkata...

Kepada 'Tanpa Nama (Sebagaimana UMNO)'

Inilah sebenarnya yang tuan-tuan mahukan, mengharapkan kejatuhan saudara sendiri demi membolehkan diri naik junjung. Amalan dan sikap klasik orang melayu.

Kasian......

Tanpa Nama berkata...

JANGAN TAH PENING KEPALA....
BIATIAAA....1 UMAH 1 KK. 1 WAP
ARU TAH SMUA USIN ATU DANGAN DAPAT.
INDA PAYAH MUN BISSIWA LAGI....
ABIS KATANI DI LAHBUAN ANI KAYA AYA..

Tanpa Nama berkata...

ini lah sikap sesetengah urg melayu....suka dengki mendengki...itu PASTI...

Tanpa Nama berkata...

tinguk saja di perak..yg barabut "MB", urg malayu juga...sepa setuju?

Tanpa Nama berkata...

Bagi pandangan saya,janganlah kita asyik berpecah. Kembalilah bersatu. Anggaplah pertelingkahan ini sebagai satu salah faham. Bagi saya ketua-ketua kampung dan wakil-wakil ahli parlimen orang kita juga. Baliklah bersatu menyokong kepimpinan iaitu YB Datuk Hj Yussof Bin Hj Mahal. Kami jadi penduduk kampung pula menjadi masalah. Nak minta tandatangan dan cop sokongan ketua kampung pula kena sindir/perli.Katanya "kenapa tidak cari wakil parlimen?". Bersatulah menjadi.