26 Februari 2009

Majlis Penutupan Sambutan Hari Wilayah

Labuan sekali lagi menjadi tuan rumah untuk sambutan penutupan Hari Wilayah, tahun ini. Tinjauan LabuanKini mendapati Perbadanan Labuan sedang giat menyiapkan pentas dan khemah VIP di Dataran Labuan.

Dikhabarkan juga ratu rock negara, Ella sekali lagi dijemput untuk memeriahkan sambutan hari penutupan Hari Wilayah pada 28 Februari ini. Ella juga dijangka akan mengadakan sessi rehearsal di Blue Wave, malam esok, dan Blue Wave dijangka akan ditutup untuk kunjungan ramai.

Segala "update" yang diterima LabuanKini akan dipos disini dari masa ke semasa.

Update : Tinjauan LabuanKini sebentar tadi menyaksikan ada sidang rehearsal diadakan di Dataran Labuan. Ella juga kedengaran ada menyanyi di Blue Wave, yang ketika ini ditutup untuk kunjungan awam. Antara yang dijangka turut memeriahkan sambutan malam esok termasuklah Adam AF, Farah AF, dab Blues Gang.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dijangka tiba di Labuan pada jam 9.10 malam ini.

Tiada ulasan: