06 Februari 2009

Kelab Golf Labuan - Ahli Melayu Mengeluh?

Kelab Golf Labuan akan mengadakan Pertandingan Golf pada 8 Februari ini, bersempena dengan Sambutan Tahun Baru Cina.

Disebalik kemeriahan tersebut, ada juga kedengaran beberapa ahli kelab tersebut meluahkan rasa tidak puas hati kerana pertandingan sedemikian tidak pernah diadakan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Lebih menghairankan lagi apabila pertandingan yang serupa pernah diadakan bersempena dengan sambutan Hari Gawai, padahal warga Labuan tidak menyambut Hari Gawai, yang hanya disambut di Sarawak.

Ada yang berpendapat ini disebabkan oleh kekurangan "sponsor", dan ada juga berpendapat suara ahli-ahli berbangsa melayu tidak kuat dalam jawatankuasa kelab.

Walaubagaimanapun, Kelab Golf Labuan harus peka dengan perkara ini kerana pemain golf yang berbangsa melayu tidak kurang juga banyaknya di Labuan ini.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang saya setuju dengan statement ini. Bukan kita mementingkan perkaumaan. tapi dalam masa yang sama biarlah ia adil pada semua kaum , terutama di WP Labuan ini. Jadi Pihak pengurusan Kelab harus peka dengan perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

Harap Labuan Kini dapatkan statement dari Presiden Kelab Golf Labuan Mr. Arthur Kong pada kadar segera.

labuankini berkata...

LabuanKini ada membuat tinjauan ke Kelab Golf Labuan petang tadi, harapan dapat berjumpa dengan Presiden Kelab, Sdr. Arthur Kong atau Kapten, Sdr. Ranjeet Singh, namun nasib tidak menyebelahi LabuanKini.

fais berkata...

Saya pun bersetuju dengan statement tersebut..kalau di lihat kaum melayu yg ramai atau meramaikan kelab golf setiap hari..contoh paling ketara ialah apabila menjelang bulan puasa..org yang main golf boleh di kira berapa ramai..tidak sampai melebihi kiraan jari kaki pun...tapi kelab masih tidak sedar2 akan hakikat itu..kalau di katakan tiada 'sponsor' itu saya pertikaikan...Gawai tournament pun org melayu ada ikut tolong 'sponsor' inikan lagi untuk Hari Raya...fikir2kan lah ahli jawatankuasa kelab golf...

Tanpa Nama berkata...

Makluman dari Pejabat Parlimen Labuan: YB Datuk Hj Yussof Hj Mahal akan ke udara di RML didalam RANCANGAN: MP DAN ANDA hari ini 07 FEB 2009 pada waktu 11.15-12.00 Tengahari. Harap maklum. Sekian, Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Hentikanlah sentimen perkauman. Semua ini kita lihat dari kaum mana yang mampu menganjurkan sesuatu pertandingan. Jika mampu buat saja dan tidak ada orang yang akan menghalang. Megah dan bangga kah kita jika ada pertandingan golf yang menyatakan 'Kejohanan Golf Terbuka Melayu Labuan'? Pada pendapat saya pemikiran seumpama ini sudah terlalu manja dan harus dikikis dan mulakan lah cara bekerja yang rajin macam orang orang Jepun!!!!

prihatin berkata...

bukannya membangkitkan soal perkauman, cuma pilih kasih. kalau kelab-kelab golf lain boleh menganjurkan golf melayu, kenapa kelab golf labuan tidak boleh? tiada isu perkauman disini, kerana tidak kira apa jenis pertandingan pun, semua bangsa turut serta.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai seorang ahli kelab golf labuan yang berbangsa melayu, saya merasakan yang semua ini berpunca dari sikap ahli-ahli melayu yang lain. Sikap yang dimaksudkan ialah sikap tiada 'kebersatuan'.
Kalau dilihat tiap-tiap hujung minggu, memang ramai ahli berbangsa melayu yang turun bermain golf. Tetapi masing-masing dengan 'group' sendiri. Malah masih ramai orang melayu tidak pernah bertegur sapa walau saban minggu terlihat muka yang sama.
Kalau dilihat senarai jawatan kuasa kelab, cuma satu orang saja orang melayu yang memegang jawatan. Itu pun sebagai ajk sahaja. Jawatan-jawatan penting seperti Presiden, Timbalan Presiden, Hon.Secretary, ataupun Captain semuanya dipegang oleh bukan melayu. Kenapa tidak ada orang melayu yang memegang jawatan-jawatan ini? Bagaimana cadangan/pendapat pemain berbangsa melayu dapat didengar jika tiada wakil bangsa sendiri didalam jawatan kuasa?