03 November 2008

Dato Suhaili Kekal Ketua Bahagian


Cubaan sulung YB Datuk Yussof untuk merebut jawatan ketua UMNO bahagian gagal apabila tewas kepada penyandang, Dato Suhaili, 59 undi berbalas 129 undi. Mesyuarat Bahagian yang bermula awal pagi tadi berakhir pada lewat malam ini. Seluruh kumpulan Datuk Yussof tewas dalam cubaan menentang kumpulan Dato Suhaili, dari Pengerusi Tetap, hingga ke AJK Bahagian. Seramai 188 perwakilan hadir.
Drs. Harun Pudin juga kalah ditangan Datuk Yunus Kurus dalam merebut jawatan Timbalan Ketua.

Bagaimanapun, dalam isu pencalonan ke pusat, hanya Datuk Seri Najib Razak sahaja yang mendapat pencalonan tanpa pertandingan. Jawatan Timbalan dimenangi oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin (Muhyiddin vs Ali Rustam), Jawatan Naib dicalonkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Jamaluddin Jarjis, dan Datuk Seri Shafie Apdal (Hisyamuddin tewas dalam pengundian)

Labuan Kini akan cuba untuk mendapatkan keputusan rasmi dari UMNO Bahagian, esok beserta dengan jumlah undi sekali. 

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

belalang, oh belalang... aku dah cakap jangan lawan, kau lawan juga belalang...

a.d.a.m. berkata...

sapa belalang???!!!

Tanpa Nama berkata...

mun kail panjang sejengkal jangan tah cuba mengail di laut dalam...mengail aja di pasir..nah kan kilar tia udah..satu kapal dua kapten inda jua usai tu..mun dua panglima baru tah kuat...bersatu tah mun sayangkan labuan kitani..inda jua rugi mun belajar dulu..kemudian baru mengajar..belalang..ohh belalang..aku dah cakap jangan lawan tapi kau mau lawan juga..memang degil lah kau belalang..

a.d.a.m. berkata...

hentam la labu...!!!
gajah sama gajah berjuang,pelanduk mati tengah-tengah...