17 November 2008

Pemuda - Dah Sah Jadi!


Labuan Kini mendapat maklumat malam ini bahawa sayap Pemuda UMNO Labuan diarahkan untuk bermesyuarat semula. Mesyuarat semula itu hendaklah diadakan dalam tempoh 14 hari dari sekarang. Seorang ahli Pemuda yang dihubungi ada mengesahkannya dan menunggu Ketua UMNO Labuan, Dato` Suhaili pulang untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Labuan Kini akan cuba mendapatkan maklumat dari Pejabat UMNO Labuan, esok.

Malam ini dikhabarkan juga Pemuda Labuan ada mengadakan mesyuarat tergempar, namun tidak dapat dipastikan tempat dan masa.

36 ulasan:

MeeT uNcLe sHaH berkata...

harapnya kali ini tidak menjadi pertelagahan...
insyaallah,sama2 kita berdoa..

aKu DaRaH aNaK MaLaYsIa berkata...

"labuankini"
maaf menegur...anda menggunakan bahasa yang tidak betul(lhat pada tajuk),mencampur-adukkan bahasa..
sebagai writer, anda harus menggunakan bahasa melayu mengikut hukum yang betul...
harap ambil perhatian.

"meet uncle shah"
harapnya begitu juga...
insyaallah...

labuankini berkata...

Telah diedit. Terima kasih atas teguran anda. Labuan Kini sentiasa mengalu-alukan sebarang teguran yang membina.

aKu DaRaH aNaK MaLaYsIa berkata...

"labuankini"
terima kasih

Gagak Sedih .... berkata...

Khabar yang agak menyedihkan.. Ada pertandingan lagi !! Dalam pertandingan pasti ada yang kalah. Harap individu yang bertanding menyeram sepenuhnya budaya pertandingan iaitu sanggup menerima apa sahaja keputusan. Bagi kelompok gagak menyerankan dilakukan musyawarah. Bermusyawarah merupakan salah satu sistem dalam demokrasi. Dalam UMNO yang perlu diutamakan ialah parti bukan individu. Individu boleh dikecawakan tetapi parti perlu selamat selama yang mungkin. Kekecawaan di kalangan calon adalah perkara biasa apabila pertandingan diadakan. Gagak kongsi kata Tun di Langkawi baru-baru ni " Parti tanpa individu tertentu akan dapat berpolitik secara berkesan, individu tanpa parti akan menjadi suara kecil di hutan belantara "...

bungaraya berkata...

Saya juga marasa sedikit sedih mendengar berita ini. Tanpa ada motif untuk menyebelahi sesiapa antara dua 'geng' yang bertanding, yang jelaskan bahawa perkara sebeginilah yang menyebabkan rakyat akar umbi di luar UMNO jijik dan boring melihat suasana yang berlaku didalam UMNO. Kepada rakyat akar umbi yang kurang memahami akan perjuangan sebenar parti mereka dengan senang mengalihkan sokongan kepada parti lawan.

Tanpa Nama berkata...

APA PUN YANG BERLAKU... MARUAH ORANG KATANI HARUS DIPERTAHANKAN.MANA ADA ORANG DALAM MALAYSIA NI YANG MAHU RUMAHNYA DIURUSKAN OLEH ORANG LUAR. ALANG-ALANG BERJUANG BIAR MARUAH KATANI DIPERTAHANKAN. KEPADA TN.HJ.TONY NOOLAN KAMI PERWAKILAN AKAN MEMASTIKAN KITA AKAN SAPU BERSIH SEMUA JAWATAN YANG DIPERTANDINGKAN.

Pemuda IKS berkata...

Salam perjuangan,

Syabas kepada Pemuda Labuan! Teruskan perjuangan!

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

kumatkumit berkata...

...Syabas pemuda...
inilah yang dinamakan demokrasi ...keputusan yang bakal di buat oleh akar umbi..mereka lah yang akan menentukan siapa bakal menjadi pemimpin dan menentukan hala tuju pergerakan pemuda labuan..kepada bakal MEMIMPIN tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai seorang pemimpin yang berani membawa perubahan kepada pergerakan pemuda..dan harus di ingat tanpa perwakilan siapalah kita...

"Generasi Pelapis Harapan Negara, Bangsa dan Agama"

Pemerhati_Bebas berkata...

Alhamdulillah... akhirnya kita dpt menyaksikan juga perlawanan diantara saudara tony noolan & saudara mohd rafi yang digempar-gempurkan selama ini..

Semoga kali ini benar-benar dapat menunjukkan juara SEBENAR jawatan ketua pemuda umno labuan yang ditunggu-tunggu dan diharapkan keputusan kali ini adalah muktamad and final.

Diharapkan juga tomahan2 yang dilemparkan daripada semua pihak2 yang tidak berpuas hati secara profesional ataupun 'kampung' boleh dihentikan serta merta dan insyaAllah tiada lagi pertelingkahan dan perkataan-perkataan yang boleh menyinggung perasaan mana2 pihak kerana semua pihak berada didalam satu parti yang sama.

Harapan saya sama seperti yang diharapkan oleh 'bungaraya' dan 'kumatkamit', jangan sampai parti lawan memalukan kita hanya kerana perebutan satu jawatan kecil di dalam parti sendiri.

Sesungguhnya semua yang terjadi sudah tertulis.. memoga kali ini semua pihak dapat menerima qada & qadar ketentuan Illahi..

Ucapan selamat buat hj tony dan mohd rafi - "all the best & may the best man win!"

aKu DaRaH aNaK MaLaYsIa berkata...

salam...
A.D.A.M cuba berkongsi rasa dgn semua yang merasa ini adalah satu pencemaran dlm UMNO. A.D.A.M bkn ahli ahli parti berdaftar, sebagai orang Melayu A.D.A.M merasa sangat sedih kerana ianya melibatkan parti orang Melayu.
Bagi A.D.A.M, kuasa amat penting bagi mereka. Selepas ini, siapa jua yang menang A.D.A.M harap perkara utama adlah Melayu & Islam!!! Bukan politik semata-mata!!!

Tanpa Nama berkata...

Kepada saudara "tanpa nama" di atas..yang bertanding adalah rakyat Malaysia, warga Malaysia..tidak timbul isu orang luar. Kalau lah setakat isu 'local' yang dipertahankan,sorry to say..baik sangat ka calon 'local' yang diagung agungkan selama ini? Boleh ka dia membawa perubahan positif sedangkan tingkahlaku sosial calon tu sendiri sudah diketahui umum..or kamu pun macam dia...generasi begini ka yang kamu agung agungkan untuk memimpin parti atau kamu ada agenda sendiri? ....adios!!

serik diabaikan berkata...

aku tak kisah sangat pasal peribadi orang, asalkan mampu memimpin dan berkemahuan untuk memimpin. kalau cakap pasal peribadi ni, yang sebelah tu pun apa kurangnya. sama2 juga masuk king, j8 buka botol. bukan tak pernah.

yang pasti, hj udin kalau menang kalah, dia tetap ada di labuan, orang yang sokong dia dari awal tak akan dilupakan. yg satu tu belum start cawangan bermesyuarat dia dah buat plan b, kalau kalah dia lari kk, takmau duduk labuan. kalau menang pun, ini hanya jadi batu loncatan untuk dia naik lebih tinggi. sah2 yang bawah dia akan abaikan. dia menang ka, kalah ka, yg kat bawah tetap ditinggalkan.

hal peribadi tu hal masing2. tiada siapa yang perfect didunia ni. bagi aku kalau nak perubahan, bukan rafi orangnya. tapi kalau nak diabaikan lepas ni, pilih la dia. gerenti pemuda terkontang kanting ditinggalkan. macamana dia nak bawa pemuda kedepan kalau dengan umno bahagian pun dia tak mau bekerjasama? kunan tu dah sain kontrak sampai mati ka jadi setiausaha agung? kita lihat apa terjadi lepas mac ini. siapa naik siapa turun.

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat bah, balum apa2 ada ati kan betanding exco pemuda malaysia. bahagian pun balum tantu manang...

Puteri Labuan berkata...

Salam Pemuda Labuan,
anggap perkara ini adalah cabaran, bukan halangan. Pastikan Pemuda Labuan rasional dalam menghadapi sebarang permasalahan. Puteri yakin, Pemuda Labuan berjiwa besar... HIDUP PEMUDA!

www.puterilabuan.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

sedih betuh. kenapa mesyuarat balik??!!! Kita orang Labuan, diperkekehkan!!!! Sakit ati betul!! Mentang2lah dia tu ber'bapa angkat' SETIAUSAHA AGUNG UMNO MALAYSIA. Sikit2 complaint, menyampah banar!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak cari isteri maupun suami atau menantu sekalipun, saya rasa tak apa mencari orang luar Labuan. Tetapi saya inta maaf banyak-banyak, untuk mencari pemimpin muda agar dapat digilap menjadi pemimpin watan tempatan, saya kenalah memberi laluan kepada pemimpin muda Labuan jati. Kenapa tak adakah pemimpin muda melayu tempatan yang boleh mentrampilkan dirinya menjadi seorang pemimpin bangsa yang suatu hari kelak boleh diangkat dipersada dunia?.

Pemerhati_Bebas berkata...

Assalamualaikum..

Tanda tanya??? kenapa kebanyakkan bloggers masih lagi melontar kata2 kesat di sini?.. tidak malukah pada masyarakat luar yang mentertawakan kalian semua yang memperkecilkan kelemahan2 calon masing2 yang SAH-SAH daripada 1 parti yang sama?..

Siapa pun calon yang dipilih dan menang nanti kalian semua akan berjumpa juga dimana-mana majlis keramaian peribadi ataupun pihak UMNO sendiri.. kenapa mesti mahu memanjang-manjangkan pertelingkahan yang mana kedua-dua pihak calon masing2 sudah pun mengetahui kelemahan sendiri sebelum mengambil keputusan untuk bertanding??!

Ingatlah.. kita bukannya daripada parti berlainan.. kita semua berpihak kepada UMNO!! lainlah kalau kita bertanding dengan parti pembangkang!! Sedarlah dan malulah sedikit..

Kalaupun Hj Tony memang kaki minum seperti yang kita sedia maklum dan Mohd Rafi bukan local labuan juga yg kita sedia tahu, tidak bermakna kepimpinan mereka mesti DIRAGUI.. yang penting mereka ada vision untuk memajukan pulau labuan seperti yang kita mahukan. Hal peribadi masing2 kita letak tepi.. siapa2 yang memang adalah pemimpin terpilih yang mesti dipatuhi samada suka atau tidak.. itu yg kita kena belajar sebagai masyarakat bertamadun dan profesional. Lihat saja contoh unggul, PM kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Seperti semua ketahui bukan saja di dalam negara tetapi juga secara international bahawa dia bukanlah favorite.. tetapi sebagai rakyat Malaysia kita masih menghormati dan menerima beliau selama beberapa tahun ini.

Renung-renungkanlah... Wassalam..

Tamadun berkata...

Nasihat ikhlas..

Jgnlah sempit fikiran dan masih tinggal seperti katak di bawah tempurung.. dunia sudah moden dan teknologi pun sudah advance..

Kita hidup bertamadun seperti yang 'pemerhati bebas' cakap.. saya tidak rasa ada kelainan kalaupun dipimpin oleh orang luar.. jangan memperkecilkan 'org2 asing' ini.. ingatlah siapa yang memajukan labuan kalau bukan daripada luar.. sedarlah warga labuan..

Pulau labuan hanyalah setakat lubang hidung.. tapi kemajuan masih sama seperti zaman tok kadok! selama ini pun apa yang 'PEMIMPIN LOCAL LABUAN' sudah beri? ada kemajuan yang betul2 ketara seperti di negeri2 lain di malaysia?? fikirlah juga.. Sebenarnya tinggal kat labuan ni agak mati kutu jugaklah.. tepuk dada tanyalah selera..jgn nak tipu diri sendiri..

Masalah org luar saya tak rasa timbul.. kalau betul isu org luar penting, kenapa isteri-isteri calon masing2 dikalangan org luar?? mereka sendiri memilih org asing daripada org sendiri!! kalau nak komen tu, agak-agak lah juga..

Kita ni hidup bertamadun.. sama2 nak majukan warga setempat so jgnlah pulak nak guris jiran2 sebelah..

pemuda "local" berkata...

LABUANKINI

mohon ditapis komen-komen yang ada di sini, lebih baik elakkan penulis komen yang boleh membangkitkan kemarahan "orang Labuan local". Pastikan komen dan kritikan di ruangan ini adalah membina dan mempunyai idea yang lebih baik dalam meningkatkan prestasi Pemuda UMNO. Diharap LABUANKINI dapat mengambil kira sensitiviti "orang Labuan local".
Terima Kasih.

Gagak berkata...

Maaf la gagak ni mungkin berfalasafah cikit dalam menyampikan sesuatu. Budaya politik sihat boleh menyelamatkan parti. Gagak tidak setuju dengan serangan peribadi calon pemimpin kita. Mereka rakan kita bakal pemimpin kita, Melayu dan Islam. Isu Local ka, pendatang ka, sama sahaja, OBAMA pun boleh menang di Amerika yang penting dia layak bertanding.
Pemuda perlu bergerak dalam satu pasukan, menyusun langkah secara teratur dan tertib, mempunyai ketua yang mendahului pasukan yang merintis, menebas dan menebang jalan yang selamat untuk dijejaki oleh ahli-ahli pasukan, tidak lupa akan mereka yang dibelakang dan di bawah serta bergerak berhati-hati secara terancang.
Percaya la jika ini berjaya dilakukan, walau sekecil manapun bilangan kita, walau dimanapun kita berada, walau di bawaah langit manapun kita bernaung, kehadiran kita akan dirasai dan diberi penghormatan.
Gagak terfikir, kalau begini la semangat Pemuda Labuan berjuang untuk pembinaan Jambatan Labuan Menumbok..bukan satu yang mustahil Jambatan itu boleh wujud sebelum 2013.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya Gagak tak kira orang luar atau orang tempatan. Kalau macam tu ambil saja saudara kita PATI dari Indonesi atau Filipina yang berumur 40 tahun ke bawah.
Ha ha ha ha Rafi tu tak silap kita orang Pakistan, betultak?.

kumatkumit berkata...

"Wahai Warga Blogger"..apa dah jadi pada Pemuda kita hari ini..di manakah amalan perpaduan yang sering di laung laungkan oleh Pemimpin UMNO kita..masing masing menghentam antara satu sama lain..banyak persoalan yang meragukan telah di sentuh..hal peribadi..hal keluarga..dan lain lain lagi yang boleh mengaibkan kedua dua pihak yang bertanding..yang penting kepimpinan seseorang..yang menang bakal memimpin dan yang kalah janganlah berputus asa..diharapan masih ada lunas lunas perpaduan orang Melayu selepas ini...

Runsing.. berkata...

Salam..

Mungkin ada yang tidak 'pay attention' masa belajar di sekolah dulu..

Anyways biar saya bagi 'reminder'.. Dalam dunia ni tiada satu bangsa adalah asli daripada 1 keturunan sahaja kecuali kaum ORANG ASLI sahaja!! So tidak perlulah berlagak 'macam pandai' kalau ingin menyentuh mana-mana bangsa atau keturunan.

Sebelum bercakap tu bagi salam dulu atau buka buku sejarah terapkan ilmu betul2 baru buka mulut. Jgn main taram ja kalau berbahasa.. malu ja orang tau sekolah tu tidak tinggi!

Untuk pengetahuan, kepada sesiapa yang tidak membaca buku.. PM kita sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah berketurunan ARAB dan bekas PM kebanggaan kita, Tun Dr Mahathir Mohamad pulak berketurunan INDIA.

Dan mungkin ada yang tidak faham pengertian bangsa MELAYU yang mana tiada pun di labuan.. so apa yang kita mahu banggakan?.. kita adalah bumiputera Malaysia dan bukankah kita ini dari suku BRUNEI KEDAYAN??

Runsing...runsing..

Tanpa Nama berkata...

"Runsing"

kau yang inda "pay attention" dalam artikel ani. kita bukannya menimbulkan isu perkauman atau asal usul.

kita cuma mau labuan dipimpin oleh orang labuan. masih ramai lagi orang labuan ni yang boleh memimpin. perlukah kita import orang dari membakut untuk memimpin kita??? hina sangatkah orang labuan ni sampai dianggap tidak mampu memimpin orang kita sendiri?

runsing berkata...

Salam Bloggers..

1st of all, memangpun tiada orang yang menimbulkan isu perkauman atau asal usul.. cuma berkongsi ilmu kepada sesetengah pihak.. so jgnlah perasan!

2nd of all, tiada pun sesiapa yang sebut apa2 pasal perkataan 'HINA' - tapi kalau dirimu merasa yang diri sendiri sebagai 'orang labuan' itu hina, then serve yourself coz tiada paksaan!

Anyway, kita semua pun orang labuan jadi kenapa yang mau terselisih-selisih?? tapi ingat2 jua yang asal usul labuan ni dari mana.. Mungkin boleh bertanya kepada orang2 tua yang masih hidup.. so jgnlah lupa daratan! Baru beberapa tahun saja kita jadi WILAYAH terus indak sedar diri! pandai2 jua bersyukur & berterima kasih..

Pasal asal-usul pemimpin dari lubang cacing mana itu saya tidak kisah.. seperti ramai bloggers yang lain disini katakan.. asalkan dia betul2 boleh MEMIMPIN & MEMAJUKAN pulau kitani then shouldn't be a problem.. whatever it is undian calon ketua pemuda umno labuan adalah di-tangan perwakilan.. so now its up to all the perwakilan to do their job & duty to serve the labuan nation.

So PAY ATTENTION!! apa yang saya & bloggers lain harapkan (kalau anda kurang faham) cuma pemenang final yang BOLEH memajukan dan memartabatkan rakyat pulau kitani dimata masyarakat. Soal ASAL-USUL itu adalah isu kedua sebab tiada siapa yang tahu pun diantara pihak Hj Tony & Mohd Rafi apabila memegang kuasa siapa yang akan BERJAYA sebab itu semua daripada usaha dan keikhlasan masing2 bukannya daripada resume 'asal-usul' mereka..

Ingat.. kita cuma merancang tetapi Allah S.W.T juga yang menentukan siapa pilihanNya.. Allahualam..

Wasalam..

Tanpa Nama berkata...

Kata tamadun, kita boleh pilih orang luar. Saya tak membangkang jika yang dipilih tu, Datuk Zahidkah, atau datuk seri najibkah/ atau datuk seri shafie afdalkah, atau datuk sri pairin kitingankah. Say sesekali nda mau jika yang dipilih tu Sah Rukh Khankah, atau Barrack Obammakah atau Altantuya Saribu/sejutakah.
Orang luar jangan sibuk. Ini masalah kami orang. Orang Labuan ingin memilih pemimpinnya.

kumatkumit berkata...

"runsing"
Ko ni orang mana kan..separuh melayu+orang putih ka..jangan tah runsing-runsing...paning karang

Tanpa Nama berkata...

awu eh. emosi plg runsing ani.

aWg.LaKbatatar berkata...

Sallam.... apa ni kan....yang bukan ahli UMNO jangan sibuk kan ikut campur dalam hal politik UMNO. Ani semuanya tentang Maruah Orang Labuan. Mudah saja Bro... Rumah katani wa, mahu ka katani kalau jiran tani pulang menentukan warna rumah dan susunan perabot dalam rumah tani...? lainlah kalau bertuah dapat kana Deko oleh Eric... jangan jadi kurafatni wa.. cuba tia.. mana-mana jalama yang mahu rumahtangganya kana atur oleh orang luar..? sapa mau. abis sudah kah PEMIMPIN diLabuan ani... kan IMPORT orang luar tia pulang, kalau pun kan mahu jalama yang ada conneting dangan pemimpin atasan, baik tah dilagau anak2 pemimpin yang sudah sedia ada di KL atu jadi pemimpin disini. sasakku banar anak watan sandiri ni inda pandai sadar2. Ba... mun banar kan memajukan labuan, inda payah tah kan mnunggu dapat jawatan, berkhimdat saja tanpa perlu dihebah2kan. Biar tah saja ALLAH SWT saja yang tahu apa yang katani buat. Ingat.... Yang BUKAN AHLI UMNO... jangan pandai pandai kan mambari komen mun inda tau asal usul caritanya.... mun inda puas hati, bolih jumpa aku. ANYWAY , ANYTIME...( mun paling sanang cariku di GK...

Tanpa Nama berkata...

woii awg.lakbatatar..

kesalahan penggunaan bahasa inggeris;

ANYWHERE.. bukannya ANYWAY!!!

lain kali kalaupun mau berbahasa asing sambil2 trip macam macho konon2 berani mau jumpa2 org tu.. check dulu kamus.. bikin malu jak org labuan!!

Runsing berkata...

"kumatkamit"

aku tah runsing jak org2 katani.. endak pandai paham2 bahasa.. and masih ramai lagi 'closed-minded' - mcmana mau maju..

mun gini lagi teruklah kemajuan pulau kitani.. mana perbalahan kampung camni lagi..

runsing... runsing..

Tanpa Nama berkata...

salam malam..... thanks lah pada yang nada nama tu buat taguran arahku pasal sepelingku tu....banar jua arr...tapi ani yang banarnya ni... mun kan bjumpa baa...datang tah ke Charlie B ani... mun inda puas hati.... KUMATKUMIT.... jangan tah kan jadi orang banar pasal buka2 minda... apa Labuan ani inda maju...bandingkan pulang sama Negeri yang sama damitnya mcm Labuan ani... mana yang labih maju... Hanya Jauhari Kanal Manikam......KEDIAKU BANGGA JADI ANAK JATI LABUAN SEBAB ANAK TEMPATAN MASIH PUNYA KUASA DAN KEDUDUKAN DITANAH SENDIRI....

kumatkumit berkata...

"T.N"
Buka minda tu bukan hanya untuk kemajuan Labuan tetapi meliputi keseluruhan...bila kemajuan untuk labuan ja kan di fikir baik tah kau tidoo...penduduk labuan ani macam mana..nda kan maju ka..ianya mestilah seiring dengan kemajuan insan..bila bandar nganya yang maju..insannya masih jauh ketinggalan...bemara tuu brader...baik jua di fikir fikirkan tu..tido tah nyanyak2 malam ani..mana tau ada mimpi baik..esok boleh kita share...

Tanpa Nama berkata...

memang aku mau share mimpiku dimalam.... kau kan tau kah kumutkumut(baik jua bukan mengumut)dimalam aku mimpi di Labuan ani ramai orang-orang pakistan yang tinggal..... Cuba kau ceritakan apa yang katani ani ketinggalan berbanding negeri lain yang sama damitnya mcm Labuan ani? cuba kau padahkan arahku? nada KK dinEGERI LAIN yang pakai karita MERcedez... Lapas atu ekonomi orang melayu di Labuan ani sudah dapat mengimbangi bangsa lain. Inda tau saja kau ani di lahirkan ke dunai ani Buta WARNA....heheheheh. yang inda maju tu orang2 mcm kau ani ta.... Mun BUKAN aHLI UMNO JAngan MENYIBUK....

kumatkumit berkata...

T.N
Lain jua kau ani..orang yang pakai MERZ pulang kan ko jadikan sandaran untuk maju...orang lain yang pakai kreta kancil..pakai motosikal..yang naik bas kerja atu mcmana tu...org yang pakai MERZ tu..org2 tertentu ja..lain banar pandangan mu ani..ko ni org labuan ka bukan..baik tah ko buka mata atu basar2...mcm nda nampak..kabur ka matamu atu...bila kabur baik tah buat spek mata..kan tau d mana kadainya..di Ujana atu ada 2/3 kadai spek...macam apa pandangan mu...masih kabur...???