25 November 2008

Nasihat YB

Hari ini tersiar satu artikel dalam New Sabah Times mengenai nasihat atau teguran dari YB Datuk Yussof Mahal kepada pergerakan Pemuda UMNO Labuan, yang akan bermesyuarat semula 29 November ini.

Kenyataan beliau yang sebelum ini juga ada disiarkan di Berita Harian dan Utusan Borneo, mengundang pelbagai reaksi penduduk Labuan, khususnya ahli-ahli UMNO. Ada yang berpendapat YB tidak berhak untuk menegur pergerakan Pemuda UMNO, apatah lagi melalui kenyataan dalam akhbar, kerana beliau kini hanya bergelar ahli biasa, tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Tambah mereka lagi sepatutnya yang membuat teguran sedemikan adalah dari kalangan pemimpin atasan UMNO Labuan sendiri, seperti Ketua Bahagian, Timbalan, Naib, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap, atau kepimpinan tertinggi sayap-sayap parti yang lain, seperti Wanita dan Puteri.

Seorang ahli pemuda yang ditemui Labuan Kini juga kesal dengan kenyataan YB Datuk Yussof yang meminta pergerakan itu menjauhi penipuan. "Ini membuatkan orang beranggapan Pemuda sebelum ini ada membuat penipuan dalam mesyuarat, sedangkan masalah terlebih satu undi itu sudah disahkan sebagai hanya masalah teknikal" katanya lagi.

Untuk rekod, mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Labuan yang berlangsung 1 November lalu menyaksikan Hj Tony mendapat 66 undi, dan Mohd Rafi 32 undi. Mohd Rafi membuat bantahan kerana cuma ada seramai 97 perwakilan yang membuang undi, dan kiraan jumlah undi mendapati ada 98 kertas undi.

Berikut adalah salinan kenyataan YB Datuk Yussof Mahal dalam New Sabah Times, hari ini;

Mesyuarat Pemuda Umno Labuan diharap berjalan lancar: Yussof

25th November, 2008

LABUAN: Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Yussof Haji Mahal berharap perjalanan mesyuarat Pergerakan Pemuda Um-no Bahagian Labuan akan berjalan dengan lancar tanpa berlakunya se-barang kegagalan yang boleh mencacatkan mesyuarat itu lagi yang akan diadakan semula pada 29 November ini.

Katanya, kegagalan pihak Pemuda untuk mengadakan mesyuarat boleh memberi kesan yang tidak baik kepada parti secara keseluruhanya.

“Seperti yang sedia maklum, arahan mesyuarat semula bukan sahaja diha-dapi oleh Pergerakan Pemuda Umno Labuan, malah beberapa bahagian di negeri-negeri lain turut mengalami na-sib yang sama.”

Justeru itu adalah wajar untuk ahli perwakilan mematuhi dan mengikuti sepenuhnya etika dan peraturan ketika bermesyuarat dan apa yang lebih penting lagi jauhilah penipuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai arahan ber-mesyuarat semula oleh Jawatankuasa Pengurusan parti Umno.

Pergerakan Pemuda Umno bahagian itu diarahkan bermesyuarat semula oleh Jawatankuasa pengurusan parti yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Abdul Ra-zak pada 17 November lalu selepas mendapati wujudnya kesilapan teknikal ketika penjumlahan undi.

Sementara itu, Pejabat Umno Ba-hagian Labuan mengesahkan mesyuarat semula itu akan diadakan semula pada 29 November ini, bagaimanapun menurut sumber pejabat itu, pihaknya masih lagi mencari tempat yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat tersebut.

Terdahulu sebelum itu, Setiausaha Umno Bahagian Labuan, Rozman Da-tuk Haji Isli dalam kenyataanya menjelaskan mesyuarat semula Pergerakan Pemuda itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh Badan perhubungan Umno Wilayah dan dipantau oleh Ibu Pejabat Umno Malaysia.

Pada mesyuarat pergerakan itu yang diadakan pada 1 November lalu, calon sekutu Datuk Haji Suhaili Abdul Rah-man, Haji Tony Noolan menang dengan 66 undi berbanding pencabarnya sekutu Datuk Haji Yussof, Mohd. Rafi Alli Ha-ssan yang mendapat 32 undi, menjadikan jumlah kertas undi yang dikira kepada 98 berbanding jumlah perwakilan yang hadir hanya seramai 97 orang.

Akibat daripada keputusan yang bercanggah itu, Mohd. Rafi dilaporkan telah membuat laporan ke Ibu Pejabat Umno di peringkat pusat dan pejabat itu telah mengarahkan Pergerakan itu mengadakan mesyuarat semula pada 9 November lalu, tetapi diabaikan oleh Umno bahagian Labuan untuk dirujuk ke Jawatankuasa pengurusan parti yang membuat ketetapan supaya ia diadakan semula pada 29 November ini.

16 ulasan:

aKu DaRaH aNaK MaLaYsIa berkata...

malu...
sedih...
sesiapa sahaja bebas bersuara...
tapi, bukan mempengaruhi...
pangkat bukan segalanya...
perpaduan ummah jadi fokus..
bangsa harus maju...

Tanpa Nama berkata...

Okay bah jika YB memberikan nasihat berguna kepada Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Labuan yang hendak mengadakan Pemilihan semula. Dimana kesalahan nya?
Kenapa kita rasanya satu kesalahan?
Harap jangan bias dalam membuat keputusan. YB bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan. Dan kini menjadi YB kerana tiket UMNO dimana beliau menjadi ahlinya. Setelah bergelar YB, maka beliau kalaupun bukan lagi AJK UMNO Bahagian Labuan, merasa terpanggil untuk mencurahkan ideanya dan pandangannya kepada apa yang berlaku didalam UMNO Bahagian Labuan.
Kenapa Labuan Kini mengeluarlan pandangan orang yang cetik fikiran spt ini. Ada Undang disebalik Mee kah?

Ada Nama berkata...

bukannya apa, cara yb memberi keterangan atu macam umno ani sudah kotor, ada saja penipuan. ada saja kekecohan. yb perlu ingat sebelum ani, umno labuan nda pernah kecoh, nda pernah ada perpecahan. yang menyebabkan kekecohan ani bila yb bertindak melawan kepimpinan umno bahagian. perkara ani, walaupun dinafikan tapi memang ada kebenarannya. bila ada pertandingan gerenti ada perpecahan. dan bila sudah ada perpecahan, dijamin ada kekecohan. memang pertandingan atu amalan demokrasi. tapi kalau warga labuan berpecah belah, putus saudara, putus sahabat, kerusi terabang, semata mata untuk menegakkan demokrasi, inda ada gunanya.

bagi aku perpaduan labih penting. contohnya pemuda sekarang, bukannya retak menanti belah, memang berbelah bagi suda. aku berani jamin, bila ada saja yang inda puas ati kalau kalah ujung minggu ani. memang ada lagi pihak yang membuat aduan ke hq, supaya mesyuarat dibatalkan lagi. kudangar ada urang atu beranggapan kalau ia inda manang jua kali ani, direpotnya lagi. biar dua dua putih mata, pemuda kana gantung. mau kamu pemuda labuan kana gantung? malu jamu tu. macamlah pemuda labuan ani inda bertamadun, inda pandai mengendalikan mesyuarat.

aku respek si alit la yang menarik diri disaat saat akhir kan bermesyuarat semula ani, demi untuk perpaduan. barangkali ia pun kelamuan suda meliat perbalahan dalam pemuda ani berlarutan nada kesudahan. atutah namanya mementingkan perpaduan. ketani mati mati kan mengubah kepimpinan pemuda, tapi bila yang dipilih inda dapat memikul, atau inda dapat bekerjasama dengan pihak bahagian buat apa? ndakah lugai lugai pemuda labuan tu karang dibuatnya?

jadi kurasa ada banarnya artikel ani. yb memang berhak menagur, sesiapa pun berhak menagur, pebaik bukan ahli umno. kerana ianya melibatkan warga labuan, khususnya warga muda. tapi kenyataan atu haruslah nda bias, atau ada unsur menuduh. ani sampai ada komen "jauhilah penipuan" lagi.. apa ni??? ingat umno ani suka menipu kah? kali baginya pasal ada penipuan la ia kalah ketua bahagian. sadar-sadartah deh. mun sudah kalah atu, kalah jua. ani macam kes orang kalah main bola, bukan pengadil disalahkan, tapi padang disalahkan ba ni. kunun padang inda rata.

Tanpa Nama berkata...

banar2 tah aku menyukung kanayataan mu ani bungsunya..... bukan salah bagi sorang MP bagi taguran, tapi alangkah baiknya taguran atu datangnya dari KEtua bAHAGIAN sendiri. Mcm manilah utk MP katani yang mamang katani puja2 ni. Pikirkanlah mcm mana kan manjadikan Rakyat Labuan ani skurang2nya kadar kemiskinan tu kurang dari biasa, daripada turut campur dalam urusan yang MP inda kana maangana. Buat Saudara Asbullah Moksin @ halid... Tahniah aku ucapakan. "BERUNDUR BUKAN BERERTI KALAH, TP PENGORBANAN UNTUK PERPADUAN ORANG MELAYU TU SANGAT BERHARGA.NAMA MU AKAN DIKENANG SEBAGAI WIRA BANGSA NANTI SAHABATKU

Tanpa Nama berkata...

aku rasa daripada ia sibuk kan berpolitik nganya, baik lagi ia menjaga nasib 70,000 penduduk labuan ani yang membari ia mandat menjadi mp kawasan labuan ani.

jangantah kan diingaukan lagi pasal umno ani, ia adaka, nadaka dalam kepimpinan bahagian, umno labuan tatap menyokong ia dari belakang selaku mp, lagipun ia bukannya keluar umno ba, cuma kalah nganya dalam pertandingan merebut jawatan ketua bahagian.

kosentret tah menjaga kebajikan penduduk labuan ani. stop tah dulu berpolitik atu. nanti apa nya urang luar meliat ketani? memigang mp balum sampai setaun, sudah banyak komplen didangar.

nasihatku, buktikan dulu sama rakyat labuan ani bahawa yb boleh menjaga kebajikan durang, baru ada can lagi sekali betanding dalam pru13 kandila.

hehe.. akutah pulang menagur yb. tapi inda salah jua kan? sebagai rakyat menagur ybnya. kalau yb boleh menagur pemuda, apa salah pemuda menagur yb bebalik. ada salah ka?

Wish_Killer berkata...

asslamualaikum......
kadang2 aku rasakan politik di labuan ni masih dalam level yang boleh dikatakan belum matang....bukan mahu menyebelahi sesiapa..tapi bagi aku...sesiapa sahaja boleh bersuara....kalau YB sudah inda bulih bersuara....apa tah lagi rakyat...salah kah orang menegur pemimpin2..rasanya YB tu cuma mahu bagi nasihat...inda kiralah kalau iya YB atau inda...kerana iya YB mungkin apa yang di katanya tu boleh membuka minda setiap ahli UMNO di labuan ni.........tapi aku inda juga menafikan keterangan yang kamu buat bahawa "lebih baik ahli sendiri yang buat teguran dan bukanya YB"...itu cuma nasihat saja bha tu..puas aku lihat politik di labuan ni...mahu jatuhkan orang...maki orang...taktik yang inda baik pun ada...peace...apa2 pun aku sukung UMNO...bersatu kita suma..ini cuma perbincangan dan pendapat...aku respect suma yang bagi komen di sini ....asslamualaikum.

Tanpa Nama berkata...

aparaa.. pasal nasihat pun riuh.. mn yg baik ambil, mn yg nda baik masuk kiri kuar kanan lahh.. apa susah2...

Tanpa Nama berkata...

Nasihat pun kadar-kadari jua. Nasihat yb atu berbaur sindiran. mmg la pemuda terasa. jd layak la jua dorg NASIHAT yb balik.

cuba kadikau kana bg NASIHAT cmatu, nda ku pecaya kadikau professional, ambil mana yg baik. kita semua ani manusia, bukan nabi.
kadikau nda terasa, pasal kadikau bukan antara org2 yg bertungkus lumus dlm perjuangan pemuda.

jd, kalau dorg mau mempertikaikan NASIHAT atu, biar tah besia.

kumatkumit berkata...

A.N & T.N
Tergamam ku membaca berita penarikan diri calon Naib Ketua Pemuda atu...Anyway "Aku banar banar respek kan kau liau...kau lah orang yang paling berani membuat keputusan yang memeranjatkan semua pihak lebih lebih lagi kalangan Pemuda UMNO Labuan...Kau orang yang layak diberi penghormatan di atas pengorbanan mu untuk menyelamatkan perpecahan Pergerakan UMNO labuan ani..kau lebih mementingkan perpaduan daripada perpecahan...SYABAS..bila ada 10 orang lagi macam kau ani liau...aman Pemuda di labuan ani...sekali lagi SYABAS..ehh..aku ni team mana ah..??macam tepusing udah ni...???

Tanpa Nama berkata...

asslamualaikum kepada semua yang dihormati...bagi aku....profesional perlu ada...mcm mana sekali pun orang hentam kita..perlu ada tu sebab kita ni pemimpin...sabar la bha..kalau kita sudah bertindak inda profesional...alamatnya nampaklah kelemahan kitani..untuk kebaikan jua ni...inda salah tu membari nasihat...memang banar kita ni manusia bukan babi..rasanya YB tu inda pernah anggap pun yang berkenaan ni babi..tapi aku hormat apa yang kita rasa tu..aku faham...usaha kita tu banyak ...teruskan usaha..kami tetap akan menyokong UMNO..hidup UMNo..peace...

takidumsinis berkata...

Salam utk semua.

Untuk yang berkenaan,

Ahli parti nunggu Pengerusi parti yang nasihat,
owang lain inda boleh.
Anak-anak nunggu bapa yang nagur, owang lain inda boleh.
Atu, karap-karap cikgu di sekolah inda dapat nagur anak murid! Sebab anak murid atu anak orang. Payah anak kitani tu kan pandai liauuu-liau...
(Mun inda dapat ketaguran, maka terjadilah tukang kira undi inda lurus mengira
PENGUNDI + UNDI = BENGANG $$$$^&*@)

Nasihat-menasihati dan ingat-mengingati atu tanggungjawab orang yang bertanggungjawab.Mun asanya baik kita jadikan teladan. Mun asanya inda baik kita jadikan sempadan.Inda pulang payah tu liau...
Padas mangkali nasihat atu. (Mun inda tapapak lada inda jua padas!)

YB atu menasihati sebab ia inda mau pasal nila setitik, bangas susu sebalanga.Rosak parti Melayu terulung di Malaysia ani!

YB atu takut, disebabkan dua tiga orang pemimpin yang rakus, rakyat memandang jijik terhadap parti keseluruhannya.
Mun bagas cua tah layarilah blog Tun Mahathir di www.chedet.com, lagi padas-padas liau.Mun ajin boleh jua www.tranungkite.net

Tanpa Nama berkata...

apa lagi mau ckp ckp ni....?tunggu saja harinya tiba bah...tia peduli mantan lbu kah...yg penting blh bawa perubahan kepada pemuda lbu...HIDUP MOHD RAFI!!!!!!!!!!!!!!GO GO GO!!!!

Gagak berkata...

Selamat Bersidang Untuk Tunas UMNO Labuan. Team gagak teropong tidak banyak perubahan yang akan berlaku.. tetapi kemungkinan masih ada kerana permainan politik kelas atasan. Gagak di Kampung ani.. cini hantu poyo Digi kadang kadang inda ada..Apa pun berpolitik la demi anak bangsa dan kemajuan Labuan.

ketahuan berkata...

Terima kasih wahai YB yang budiman... nasihatmu diguna-pakai jugak oleh warga labuan..

Ingatkan orang labuan ni terlampau 'PAK TURUT' macam sesetengah pihak di sini... tapi alhamdulillah.. Allah itu maha berkuasa ternyata warga labuan inginkan perubahan & kebenaran. Dan kebenaran telah dibuktikan hari ini apabila MOHD RAFI & TEAM telah merangkul kemenangan yang SEBENAR!!

MAKNANYA... betullah YB, hari tu diorang ni main tipu rupanya... ishh...ishh...ishhh.... cobaannnn....

"ohh..ohh... kamu ketahuan..."

Tanpa Nama berkata...

betullah ketahuan..kebenaran membawa kemenangan..tiada guna lagi cakap-cakap lah..kalah,,kalah lah...TETAP MOHD RAFI MENANG!!!berubah lah kamu untuk membawa pemuda labuan ke jalan yang benar..HIDUP MOHD RAFI..Toi badaha!!!magai!!!HIDUP RAFI!!!

Tanpa Nama berkata...

uiii.... si toi badahah bah ni!!! hahahaa... KONFOMMMMMM!!!!!!!!