23 November 2008

Futsal


Petang tadi ada berlangsung Pertandingan Futsal anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan bertempat di Gelanggang Futsal Perbadanan Labuan. Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian. Pertandingan yang bermula sekitar jam 2 tengahari tadi berakhir kira-kira jam 6.30 petang menyaksikan tempat pertama dimenangi oleh pasukan Pemuda FC, tempat kedua oleh Team MARA, manakala tempat ketiga dikongsi oleh dua pasukan, Lucky FC dan Giuk Bulu.

Turut kelihatan ketika pertandingan tersebut berlangsung termasuklah Veteran UMNO, Datuk Isli Siput, Naib Presiden 2 Majlis Belia Wilayah Persekutuan, A Samad Ismail. Presiden Majlis Belia Wilayah tidak kelihatan ketika pertandingan tersebut berlangsung.

7 ulasan:

kumatkumit berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kumatkumit berkata...

"JANGANLAH DI SALAH GUNAKAN MBL SEMATA MATA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK"..tak kan nda tau...bekas presiden MBL atu..tak perlulah selimutkan patung yang terbaring di katil..anyway...tahniah PENGANJUR

Tanpa Nama berkata...

maaf ini bukan anjuran MBL, tapi anjuran MBWP.... terima kasih en. norazmi azilan presiden MBWP kerana berjaya menganjurkan program ini di labuan.

Tanpa Nama berkata...

MOHON LABUANKINI BETULKAN FAKTA, FUTSAL NI ANJURAN MBWP BUKAN MBWPL, NANTI MARAH PULAK PRESIDEN MBWPL TN.HJ.SUIB, SEBAB DIA PRESIDEN MBWPL.... INI ADALAH ANJURAN MBWP IAITU NAIB PRESIDENNYA IALAH EN.ABDUL SAMAT ISMAIL, DAN PRESIDENNYA EN.NORAZMI AZILAN. TERIMA KASIH.

mujako berkata...

Maaf, telah diedit. Bukan tersalah info, tapi terlajak taip perkataan "Labuan" kerana sudah terbiasa menaip perkataan "Wilayah Persekutuan Labuan". Maaf sekali lagi dan terima kasih atas teguran.

Tanpa Nama berkata...

Asalamulaikum.... Kumatkumit kalau tak faham fakta jangan bercakap. Apa hal kau ni? kalau tak tahu jangan sibuk2 bagi komen. MBL tu Majlis Belia Labuan MBWP tu lak MAjlis Belia Wilayah Persekutuan. Yang buat anjuran kemarin tu MBWP. Salah ker ia buat anjuran Futsal Di Bumi WP.Labuan. Lebih baik selimutkan patung yang terbaring diatas katil daripada selimutkan GRO dibilik sendiri.

kumatkumit berkata...

Maaf sekiranya tersalah catat MBL ka..MPWP ka...ataupun MPWPL..."JANGANLAH DI SALAH GUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK"..atu ja..jangan marah T.N