02 November 2008

UMNO Oh UMNO!



Dipetik dari New Sabah Times, 2 November

Umno perlu bersatu semula, kata Suhaili

2nd November, 2008

LABUAN: Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Haji Suhaili Abdul Rahman menyeru semua ahli-ahli Umno merapatkan semula barisan di samping terus mempertingkatkan perpaduan sebagai usaha untuk menangkis cubaan pihak-pihak tertentu yang cuba memecah belahkan ahli-ahli Umno.

Katanya, kerapuhan parti Umno hari ini disebabkan oleh orang dalam sendiri yang tidak senang dengan kepimpinan yang menerajui parti bukan sahaja di peringkat pucuk pimpinan tetapi juga di peringkat akar umbi.

“Kita tidak mahu orang Melayu hari ini dianggap sudah berpecah akibat daripada perebutan jawatan sehingga diambil kesempatan oleh anasir luar untuk menghancurkan Umno” katanya.

Hadir sama, Ahli Parlimen Labuan yang juga Ahli Parlimen, Datuk Haji Yussof Haji Mahal, Ketua Pergerakan Wanita, Hajah Aini Haji Safar, Ketua Pergerakan Pemuda, Haji Bashir Haji Alias, Ketua Puteri Rahimah Haji Lamat, Setiausaha Umno Bahagian, Rozman Datuk Haji Isli, Bendahari Bahagian, Sulaiman Haji Sujud.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Umno tiga peringkat bahagian Labuan yang membabitkan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang diadakan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, dekat sini, pagi kelmarin.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua ahli-ahli Umno di pulau ini supaya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di lima negeri ketika Pilihanraya Umum lalu yang dulunya diwakili oleh orang Melayu (Umno) tetapi kini terlepas ke tangan pembangkang.

Justeru itu katanya, orang Melayu sewajarnya berhenti untuk terus menabur fitnah dan mengadu domba terhadap kepimpinan Umno, sebaliknya perlu mempertingkatkan serta merapatkan saf perjuangan agar parti Umno yang menjadi keramat orang Melayu ini terus dihormati dan disegani oleh kaum-kaum yang lain.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudaraku ahli-ahli UMNO sekelian,
Bukalah minda saudara-saudara, fikirlah secara wajar. Janganlah saudara-saudara terlalu melihat ke dalam UMNO semata-mata. Kalau dibuat perkiraan, bilangan ahli UMNO berbanding dengan jumlah orang Melayu di Labuan ini berapa peratus lah sangat. Namun bahang kepanasan UMNO dirasai oleh setiap orang Melayu di Labuan. Maka apabila membuat sebarang keputusan, lihat-lihatlah keluar dari kotak UMNO itu sendiri, kerana kami orang Melayu amat-amat memerlukan UMNO.....

a.d.a.m. berkata...

jgn menang kampung tergadai dah la... sbg anak jati, mendengar perebutan itu cukup menyedihkan...
harap orang lama dapat merapatkan saf-saf persaudaraan. jgn taksub sgt kpd idealogi politik!!!
yang menang, kepentingan MELAYU harus diutamakan...

Wish_Killer berkata...

kepada moderator blog ini...sila susun layout blog anda secara teratur supaya senang dibaca oleh para pengunjung.teruskan usaha anda..kami akan menyokong sesiapa yang bijak memimpin