24 November 2008

Pungutan Suara

Mulai hari ini, Labuan Kini akan membuat pungutan suara melalui poll mengenai sistem komen pada artikel dalam laman blog ini. Ianya dirasakan perlu kerana akhir-akhir ini, ruangan komen selalu disalahgunakan sebagai ruangan perang komen, komen berunsur hasutan dan fitnah, serangan terhadap individu dan komen yang tidak membina.

Perkara yang sama juga pernah terjadi dilaman blog sahabat, WILAYAHKINI dan mereka bertindak menapis semua komen-komen sebelum disiarkan. Blog rasmi Ahli Parlimen Labuan, Blog Suara juga menggunakan pendekatan yang sama untuk menapis komen-komen yang tidak membina.

Ruangan komen disediakan untuk memberi kebebasan kepada para pembaca mengeluarkan apa yang hendak diluahkan berkenaan artikel yang disiarkan. Nampaknya kebebasan tersebut selalu disalahgunakan. Labuan Kini kerap kali menegaskan bahawa tidak berpihak kepada sesiapa, dan cuba untuk bersikap neutral dengan apa saja isu yang berlaku di pulau tercinta ini. Cuma kadangkala komen-komen yang dihantar seolah-olah Labuan kini ditaja oleh sesetengah pihak. Ditegaskan sekali lagi, Labuan Kini adalah laman blog yang menyiarkan keadaan semasa yang berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan, merangkumi segi politik, hal ehwal semasa, gaya hidup dan perkembangan terkini. Labuan Kini bukanlah dihasilkan untuk menaikkan satu pihak dan menjatuhkan pihak yang satu.

Untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik berlaku, poll ini dirasakan perlu kerana Labuan Kini meriah kerana pengunjungnya, jadi biar pengunjungnya yang membuat keputusan. Poll ini akan dijalankan selama sebulan, dan segala keputusan dari poll tersebut akan menentukan konsep yang digunakan untuk ruangan komen dilaman blog ini. Terima kasih atas sokongan anda selama ini.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bIARKAN KEBEBASAN MENENTUKAN SEGALANYA. mELALUI KOMEN YANG BEBAS KITA AKAN DAPAT MENGETAHUI PENDAPAT BAIK DAN BURUK RAKYAT LABUAN. kENAPA KITA MESTI MAU TAPIS. dRP KOMEN YANG BEBAS KITA TAHU KELEMAHAN KITA MELALUI KRITIKAN WALUPUN TIDAK MEMBINA.

Tanpa Nama berkata...

masalahnya kalau komen itu berbentuk fitnah, siapa yang harus bertanggungjawab? blogger atau penghantar komen? kalau penghantar komen tu dari cybercafe, hantar komen guna "Tanpa Nama", macamana mau cari? mbari kesian jua tu bloggers. aku sokong pendekatan blog yb ketani, blog suara. tapis dulu komen sebelum disiarkan.

Tanpa Nama berkata...

Maaf dah 3 hari Gagak tidak melawat Blog Labuan kini. Bukan apa, malas mahu baca, tengok & join komen-komen yang dibuat oleh sesetengah pihak yang membahaskan komen bukan artikel. Baru semalam kami sepesis kelompok gagak Labuan berbincang tentang komen di LabuanKini. Pendapat kami pengendali LabuanKini jangan dahulu bertindak menyekat komen yang dibuat, biarkan sahaja kerana bagi kami melihat komen-komen ini ada kaitannya dengan situasi Pemuda UMNO Labuan. Selepas itu, rasanya keadaan akan berubah. Kalau disekat pada ketika ini Blog LabuanKini akan rugi & kehilangan pengikut. Bagi dahulu kebebasan. Bagi kami situasi Pemuda UMNO Labuan memberi lebih publisiti kepada LabuanKini baik di alam cyber mahupun di alam nyata. Yang syoknya tu, banyak bahasa kedayan.. mesti orang luar terkelpil-kepil membacakan...

kumatkumit berkata...

Semua bloggers bebas menyuarakan pendapat, komen komen, kritikan dan sebagainya..bukan apa..selama ni kita belum pernah ada blog blog yang boleh dikongsi oleh rakyat Labuan..apa pun kritikan/komen/pendapat adalah datangnya dari blogger..pandai pandai lah kita menilainya..tidak dinafikan ada kalanya unsur unsur fitnah dan bahasa yang agak kasar telah digunakan..tetapi itulah hakikatnya yang di namakan kebebasan untuk bloggers memberi kritikan/komen..tetapi apa yang diperhatikan selama mengikuti perkembangan ulasan-ulasan diberikan masih ada juga komen/kritikan yang membina dan tidak kurang juga yang negatif..kita sebagai pembaca dan penghantar maklumat haruslah memberikan yang terbaik untuk ruangan ini agar ianya tidak lesu dan membosankan...bak kata pepatah..buang yang keruh..ambil yang jernih..pandai pandai lah kita menilainya...

Tanpa Nama berkata...

memang semua bloggers bebas menyuarakan pendapat. pasal atu semua orang boleh membuat blog sendiri foc. tapi kebebasan atu bukannya lesen kitani untuk menabu fitnah atau menjatuhkan martabat orang. kalau ikut pendapatku la... skrin dulu semua komen sebelum disiarkan. bukannya ditapis, diubah atau disekat, cuma diskrin terlebih dahulu.

ini bukannya laman forum, irc atau ruangan free speech, ini blog bah. yang kan dibaca artikel dalam blog, baru disusuli komen mengenai artikel. atutah konsep blog yang sebenarnya. bukannya masuk laman blog, tarus melompat mbaca komen. atu salah tia suda. sama macam urang makan nasi, nasi inda begarak lauk abis dimakan.

kalau ikut pendapatku, baik diskrin dulu semua komen sebelum disiarkan. kalau keterlaluan atau mengganggu gugat keselesaan pembaca, atau berunsur fitnah, baru disekat. bukan ada masalah pun, cuma komen atu lambat keluar la... inda keluar tarus. tunggu kana skrin dulu baru keluar.

aku rasa yang empunya labuankini ani rajin jua masuk mencek. ada saja kana tagur, tarus bertindak. aku rasa la kan, bukan seorang saja penulis labuankini ani. memang 2-3 orang ni.

cuma banyak event yang penting2 termiss laa.... nada dalam labuankini. macam majlis perasmian mcdonald oleh yb, aktiviti menanam pokok di layang2, kampung yb sama bomba punya event tadi di financial park. kali yg bomba atu inda basar jua la, tapi mcdonald sama layang2 atu, yb sama datuk yunus jamu tu merasmikan.

aku rasa bloggers labuankini ani bukannya berat sebelah, atau berpihak mana-mana, pasal kalau pihak ds, datuk yunus nda kana masuk (org no 2 ds jamu tu dlm umno) kalau pihak yb, yb pun nda kana bagi liputan di mcd. aku rasa durang ani spesis lambat bangun kali, atau jarang keluar ujung minggu. yang pastinya durang ani gerenti urang umno. kalau ndapun memang wartawan.