
Sedikit snippet menjelang mesyuarat UMNO Labuan.
Lembut bicara anak watan- Melambangkan kesopanan- Kedamaian memaut kasih- Labuan tertumpahnya cintaku- Lambaian pohonmu- Lambaian mesramu- Tamparan ombak ke pantai- Tamparan kasih mu itu- Labuan yang indah- Yang jauh dimata- Namamu tetap dihati- Tetap ku sanjung dan kupuja.
Batu Manikar kini dilanda banjir lumpur | |
27th October, 2008 LABUAN: Hujan turun yang melanda pulau ini sejak Jumaat lalu menyebabkan Kampung Batu Manikar terjejas teruk dilanda banjir lumpur, manakala sebatang jalan raya di Jalan Bukit Kubong Kampung Lubok Temiang pula tidak dapat dilalui kerana tertimbus tanah runtuh, pagi kelmarin. Seorang penduduk kampung Batu Manikar, Haji Ismail Abdul Rahman, berkata hujan lebat yang turun tanpa henti malam kelmarin adalah yang paling buruk apabila sebahagian besar rumah penduduk kampung digenangi banjir lumpur. Katanya, hujan lebat yang bermula pada Jumaat itu mulai dirasai pagi kelmarin, apabila air hujan yang turun dari kawasan pemotongan bukit berhampiran rumah penduduk tidak dapat ditampung oleh parit yang sedia ada sehingga menyebabkan berlakunya banjir lumpur. Menurutnya, kira-kira 10 buah rumah membabitkan kawasan simpang 19 hingga simpang 22 digenangi banjir lumpur antara paras buku lali hingga ke paras lutut. “Apa yang saya kesalkan dalam kejadian ini ialah sistem perparitan yang sedia ada tidak dapat berfungsi kerana tersumbat dan dipenuhi oleh tanah lumpur yang dibawa arus dari kawasan bukit yang digondol. “Sebuah bukit berhampiran kawasan ini telah digondol oleh sebuah syarikat untuk menimbus tapak pembesaran lapangan terbang baru-baru ini, namun apa yang mengecewakan kami, pemotongan bukit itu tidak dibuat secara terancang, menyebabkan kami teraniaya terkena limpahan tanah lumpur setiap kali hujan lebat turun,” katanya kepada New Sabah Times di sini, kelmarin. Dalam pada itu, Haji Ismail bersama penduduk yang terlibat meminta kepada Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) supaya dapat membesarkan dan menyegerakan pembesaran sistem perparitan yang lebih sempurna. Sementara itu, Ketua Kampung Batu Manikar, Ismail Pg. Haji Mohd. Yassin yang turut ditemui di tempat kejadian berkata, beliau akan menyuarakan kepada Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yussof Haji Mahal supaya campur tangan untuk menyelesaikan ‘isu perparitan’ yang sentiasa menghantui penduduk kampung dapat disegerakan. “Kita telah banyak kali menyuarakan kepada jabatan yang berkenaan supaya isu perparitan yang terdapat di kampung Batu Manikar ini di ambil perhatian yang sewajarnya agar sistem perparitan yang ada di kampung ini dapat diperbesarkan bagi mengelak banjir seperti yang berlaku pagi ini” katanya. Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini, turut memberi bantuan untuk mengeluarkan air yang memasuki ru-mah mereka menggunakan pam termasuk membantu membersihkan parit yang tersumbat. Sementara itu, sebatang jalan raya di Bukit Kubong Kampung Lubok Temiang tidak dapat dilalui oleh kenderaan awam kerana tertimbus tanah runtuh dari sebuah lereng bukit berhampiran jalan tersebut, awal pagi kelmarin. Bagaimanapun jalan yang menghubungkan kampung Lubuk Temiang, Tanjung Kubong dan Batu Manikar itu boleh digunakan semula kira-kira jam 1 petang selepas dibersihkan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Labuan yang turut dipanggil untuk memberi bantuan, selain itu mereka juga terlibat dengan pemotongan beberapa pokok kayu yang tumbang di sekitar jalan raya di pulau ini. Sementara itu, Radio Labuan FM kelmarin turut melaporkan kejadian hujan lebat yang tidak menentu ini dijangka akan berterusan sehingga petang hari ini (Isnin). |
Kejadian tanah runtuh di Lubuk Temiang
Mangsa banjir di Batu Manikar
Pemuda UMNO berhenti rehat setelah bergotong royong membantu mangsa banjir di Batu Manikar.
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Enam ahli UMNO termasuk Ketua Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail dan Ketua Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO setelah didapati bersalah melanggar tata etika pemilihan dan terbabit dalam politik wang.
Turut dikenakan tindakan ialah dua ahli biasa dari Bahagian Kota Marudu, Sabah dan Ledang, Johor yang dicadang supaya dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dan menjadi wakil kepada calon pembangkang pada pilihan raya umum Mac lalu.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, tujuh lagi ahli yang turut disiasat pihaknya didapati tidak bersalah. - Utusan
Tiga dari Wilayah Persekutuan Labuan diberi amaran keras kerana didapati menyalahgunakan kuasa ketika mengendalikan mesyuarat cawangan, termasuklah Ketua Bahagian, Dato` Suhaili Abdul Rahman, Ketua Cawangan Sungai Bangat, Datuk Yunus Kurus dan Ketua Cawangan Lubuk Temiang, K.K. Hj. Alias Hussin.
PADA pilihan raya umum lalu, Wilayah Persekutuan seperti juga Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor berjaya ditawan pembangkang. Yang membezakan Wilayah Persekutuan, ia tiada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti empat negeri itu yang kini di perintah Pakatan Rakyat.
Barisan Nasional (BN) hanya menang tiga kerusi Parlimen menerusi Datuk Seri Zulhasnan Rafique (gambar) (Setiawangsa); Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya) dan Datuk Yusuf Mahal (Labuan).
Umno gagal mempertahankan dua kerusi iaitu di Lembah Pantai dan Titiwangsa daripada lima kerusi yang ditandingi. Namun, selepas pilihan raya, Umno Wilayah Persekutuan mula bangkit dengan semangat baru melalui beberapa pendekatan.
Sejak itu, Zulhasnan memulakan visi dan dimensi baru di Wilayah Persekutuan bagi memperkasakan semula parti selepas BN gagal mempertahankan 10 kerusi parlimen.
Keseorangan di kawasan Kuala Lumpur dengan baki 10 lagi Ahli Parlimen pembangkang, beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berdepan dengan cabaran dan rintangan bertali arus daripada barisan pasukan pembangkang.
Kini, selepas tujuh bulan Umno Wilayah Persekutuan mula diperkukuh dengan memperkasakan semula semua 13 bahagian menerusi semangat baru menggunakan pendekatan 3B - Bersama, Bersatu, Berjaya - yang disifatkan kebangkitan semula Umno Wilayah Persekutuan.
Zulhasnan dilihat sebagai pemimpin yang kurang 'berpolitiking' tetapi kuat bekerja. Pelantikan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 2006 memberikan imej dan identiti baru menerusi wawasan Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera.
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Suleiman Mohamad pernah berkata, Zulhasnan adalah salah seorang Pengerusi Perhubungan terbaik yang pernah dimiliki Umno Wilayah Persekutuan.
Kini, ketika musim pemilihan, ramai pihak mengintai peluang mendapatkan pencalonan dari 13 bahagian Umno dan bagi sesetengah pihak, Wilayah Persekutuan dilihat sebagai penyelamat kepada beberapa calon untuk mendapatkan pencalonan dan undi.
Enam ketua bahagian menang tanpa bertanding, diketuai Zulhasnan Rafique di Setiawangsa; Senator Datuk Ridhuan Hamid (Kepong), Datuk Seri Azim Zabidi (Bukit Bintang), Suleiman (Titiwangsa), Tengku Adnan (Putrajaya) dan Senator Datuk Syed Ali Al Habshee (Cheras).
Sebanyak tujuh ketua bahagian termasuk dua pemangku ketua bahagian dan seorang bekas ketua mempertahankan jawatan masing-masing.
Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Kamaruddin Ambok bakal berdepan Bendahari bahagianya, Hadi Mad Zam dalam pertembungan satu lawan satu bagi jawatan ketua bahagian Segambut yang dijangka sengit.
Kamaruddin dikatakan akan mempertahankan jawatan walaupun ramai melihatnya satu saingan yang sihat melalui proses demokrasi. Umno Segambut juga dikatakan sedang melalui proses pemantapan semula selepas kekalahan calon BN dari Gerakan di Parlimen Segambut.
Kamaruddin sebagai Ahli Dewan Negara diharapkan dapat membawa permasalahan masyarakat Segambut ke Dewan negara selepas BN kehilangan kerusi Parlimen kepada DAP.
Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dicabar Ahli Parlimen Labuan yang baru Datuk Yusuf Mahal yang juga timbalan ketua bahagian Labuan.
Pengorbanan Suhaili melepaskan kerusi Parlimen Labuan kepada timbalannya itu pada pilihan raya lalu kerana masalah kesihatan isterinya, kini bagaikan tidak menerima balasan setimpal daripada Yusuf. Ramai berpandangan Yusuf yang masih sebagai Ahli Parlimen seharusnya memberi tumpuan kepada tanggungjawab dan tugas sebagai wakil rakyat.
"Sesiapa saja berhak menawarkan diri bertanding dan sedia menghadapi risiko selepas bertanding. Umno sentiasa mengamalkan proses demokrasi dan saya harap pemilihan di Labuan yang buat pertama kali ini akan memperkasakan lagi bahagian," kata Suhaili yang kini Pengerusi Perbadanan Labuan.
Di Wangsa Maju, pemangku ketua bahagian, Datuk Zainal Nazeri Zainuddin dicabar naib ketua, Datuk Mohamad Shafie Abdullah yang juga Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Razak.
Bekas ketua bahagian Wangsa Maju dan bekas Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Astaman Abdul Aziz yang dibebaskan daripada penggantungan kes politik wang, menawarkan diri bertanding timbalan ketua bahagian. Penampilan semula beliau ke kancah politik, khususnya Umno selepas lebih tiga tahun, merancakkan suasana pemilihan di Wangsa Maju.
Lembah Pantai pula menyaksikan penampilan semula bekas ketua bahagian, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang bersaing bersama pemangku ketua, Yusri Ahmad dan seorang lagi ahli Lembah Pantai, Ahmad Zahran Ibrahim.
Persaingan tiga penjuru di Lembah Pantai dikatakan bakal menyaksikan satu era baru kepada Umno bahagian itu dalam usahanya merampas kembali Lembah Pantai daripada pembangkang.
Di Bandar Tun Razak pula boleh diklasifikasikan sebagai pertembungan tradisi antara Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Datuk Mokthar Samad dan bekas ketua bahagian, Datuk Amil Salleh yang dibebaskan daripada penggantungan politik wang.
Ketika Amil menjalani penggantungan, Datuk Rahim Baba selaku timbalan ketua bahagian memangku jawatan, namun beliau hanya mempertahankan jawatan.
Di Batu menyaksikan saingan sengit dan menjadi perhatian apabila ketuanya, Datuk Yusuff Hamid dicabar Ahli Jawatankuasa bahagian, Yahya Mat Ghani atau lebih dikenali sebagai 'Abas Batu'.
Pertembungan antara Abas dan Yusuff dijangka memberikan imej yang baru kepada Umno Batu yang amat popular ketika era Allahyarham Datuk Azman Attar dan Datuk Azrat Gull.
Namun, selain memilih pemimpin pusat, ahli Umno Wilayah Persekutuan perlu memastikan kepemimpinan bahagian mesti mantap bukan saja untuk kepentingan parti, malah lebih penting merampas semula Wilayah Persekutuan daripada pembangkang.
Kepemimpinan peringkat bahagian bukan saja perlu memulihkan keyakinan ahli kepada Umno, malah memastikan pengundi bandar yang dulu memihak kepada Pakatan Rakyat kembali menyokong BN pada pilihan raya akan datang.
Bagi mencapai hasrat itu, perpaduan dan kesediaan serta kesetiaan kepada pucuk pimpinan Wilayah Persekutuan amat diperlukan. Jika tidak, Wilayah Persekutuan akan kekal di bawah 'pemerintahan' Pakatan Rakyat.
170 perwakilan tentukan siapa Ketua Umno Bahagian Labuan | |
5th October, 2008 LABUAN: Kira-kira 170 perwakilan daripada 24 cawangan Umno di pulau ini dijangka menjadi tumpuan apabila mereka buat pertama kalinya sejak tujuh tahun lalu me-milih siapa bakal ketua ba-hagian pada mesyuarat persidangan Umno Bahagian, pa-da penghujung bulan ini. Perebutan jawatan penting dalam Umno Labuan kali ini dijangka terus bergelora apabila berlakunya perebutan jawa-tan membabitkan kerusi ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua pemuda serta timbalan ketua pemuda. Namun jawatan yang paling menjadi tumpuan kali ini terarah kepada Ketua Bahagian, apabila penyandangnya, Datuk Haji Suhaili Abdul Rahman yang sebelum ini berusaha mengelakkan perebutan jawat-an akan dicabar oleh timbalannya yang juga Ahli Parlimen, Datuk Haji Yussof Haji Mahal. Pada sesi pemilihan di peringkat cawangan Suhaili memperolehi 18 pencalonan, manakala Yussof yang menerima pelbagai dugaan hanya memperolehi enam pencalonan, te-tapi sudah cukup untuk meni-dakkan Suhaili daripada mena-ng tanpa bertanding. Bagaimanapun, Suhaili opt-imis akan mengekalkan jawatan tersebut berdasarkan jumlah pe-ncalonan yang diperolehi jauh berbeza dengan pencabarnya Yussof. Dalam satu pertemuan dengan media tempatan baru-baru ini beliau (Suhaili) dengan pe-nuh yakin mampu mempertahankan kerusinya dengan menjangkakan sekurang-kurangya 130 perwakilan (daripada 18 cawangan) akan memihak ke-padanya. “Jika berlaku sebaliknya sa-ya kira ada sesuatu yang tidak betu .l.. mungkin berlakunya politik wang,” katanya Sementara itu, kerusi Tim-balan Ketua Bahagian menyaksikan persaingan antara Naib Ketua Umno Bahagian, Datuk Haji Yunus Haji Kurus yang memperolehi 17 pencalonan akan ditentang oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Dr Harun Haji Pudin yang bersekutu dengan Yussof. Datuk Haji Yunus kurang satu undi dengan Suhaili, apabila cawangan Umno Pantai mencalonkan Datuk Haji Yus-sof Haji Mahal sebagai Tim-balan Ketua Bahagian. Jawatan Timbalan Ketua Bahagian kosong susulan pen-yandang jawatan itu, Datuk Haji Yussof Haji Mahal yang mengisytiharkan untuk bertanding jawatan ketua bahagian. Turut menjadi tumpuan da-lam persidangan Umno kali ini ialah jawatan ketua pemuda ba-hagian yang terpaksa dikosong-kan oleh Haji Bashir Haji Alias atas faktor usia. Haji Bashir yang masih se-tia dengan ketuanya Suhaili dinaikkan pangkat dengan dita-warkan jawatan Naib Ketua un-tuk bersaing dengan pendatang baru dalam arena politik Haji Punggut Ibrahim yang juga mantan Pengerusi Majlis Belia Labuan. Sementara itu, calon ketua pemuda juga bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon pilihan Su-haili, Tony Noolan @ Udin Haji Isli dengan Mohd. Rafi Ali Hassan sekutu Datuk Haji Yus-sof. Pada sesi pemilihan di peringkat cawangan, Haji Tony Noolan memperolehi 21 pen-calonan, manakala pencabar-nya, Mohd. Rafi menerima sembilan pencalonan. Dalam pada itu, bagi jawatan ketua wanita yang disandang oleh Hajah Aini Haji Safar dikira bernasib baik apabila pencabarnya Cik Fauziah Datuk Mohd Din tidak cukup pencalonan, manakala Ketua Puteri yang disandang oleh Rahimah Haji Lamat merupakan satu-satunya kerusi paling selamat apabila langsung tidak dicabar dalam pemilihan kali ini. Sebanyak 24 cawangan disahkan bermesyuarat sekali gus layak menghantar perwakilan, manakala enam lagi cawangan digantung atas faktor gagal mematuhi peraturan mesyuarat. Enam cawangan yang di-gantung oleh Umno Bahagian itu ialah, Durian Tunjung, Batu Manikar, Ganggarak, Patau-Patau Satu, Sungai Bedaun dan Tanjung Aru. |