22 Oktober 2008

Sekitar Rumah Terbuka Aidil Fitri Perbadanan Labuan







Antara tetamu yang hadir termasuklah Datuk Isli Siput, En. Harris Annuar Tan beserta warga Asian Supply Base , ketua - ketua kampung, kakitangan agensi - agensi dan jabatan kerajaan, kontraktor - kontraktor dan juga orang awam.

Manakala yang bertindak sebagai tuan rumah pula adalah Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato` Suhaili Abdul Rahman, Timbalannya YB Datuk Yussof Hj Mahal, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Basiran Saban, Pengerusi Majlis Penasihat, Datuk Yunus Hj Kurus dan pegawai - pegawai Perbadanan Labuan yang lain.

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang tiba di Labuan kelmarin. Melalui pemerhatian yang dibuat oleh LabuanKini dari jam 12 hingga sekitar jam 1.40 tengahari tadi, lebih seribu orang datang mengunjungi majlis rumah terbuka tersebut.


10 ulasan:

Mr.PHD berkata...

WARTAWAN LABUANKINI,
LAPORKANLAH BERKENAAN LABUAN MENANG KEBERSIHAN PANTAI TU, RAKYAT LABUAN PUN INGIN TAHU..

anak Labuan prihatin berkata...

salam sejahtera semua...

kepada dato' suhaili

tahniah dato kerana berjaya dengan KOTORNYA
menarik Zulhasnan Rafique ke dalam pelukan Dato

tahniah lagi sekali

permainan kotor dato memang hebat dan licik...

dan yang paling penting, BERKESAN!

teruskanlah usaha untuk memecahbelahkan keluarga kita di Labuan yang tercinta

gigihkan lagi kudrat dato untuk menghancurkan rakyat Labuan demi kepentingan peribadi Dato

silahkn lah dan sy percaya neraka jahanam menunggu anda....

sy ini bukan lah baik, namun cuma ingin mengingatkan kepada dato...

syabas dato...

semoga dato dan keluarga dirahmati dan di berkat oleh-Nya...

kepada Y.B Datuk Yussof

Bangunlah Datuk

janganlah berlembut sangat ya

benar kelembutan adalah senjata Rasulullah S.A.W

namun ada batasnya

saya amat sedih bila Datuk kalah dengan Dato Suhaili

harap Datuk bersabar dan berubah demi kebaikan rakyat Labuan bersama...

percayalah kini adalah masa untuk Datuk mentadbir dengan gagahnya, masa untuk Dato Suhaili sudah berakhir

konsepnya mudah "yin yang" ada yang naik dan ada yang turun...

maka Datuk, bangunlah

kami perlukan pemimpin yang berkaliber dan berani dalam semua situasi

semoga berjaya dalam tugas sebagai wakil rakyat di hati kami, rakyat Labuan


kepada Datuk Seri Zulhasnan Rafique

kami sudah penat dengan Dato Suhaili

saya merasa yang kini rakyat Labuan berpecah kepada dua

adakah itu yang Datuk Seri inginkan?

maka, bentulah kami, dengarlah suara rakyat, turunlah padang tanpa Datuk Suhaili mahupun Datuk Yussof...

lihatlah, dengarlah, dan fikirlah ya...

terima kasih kerana sudi untuk turun ke Labuan


p/s: kepada ketua2 kampung yang bertahan dan yang baru, selamat menjalankan tugas dan semoga sukses dalam perjalanan bersama dua nakhoda kapal. dan yang terakhir, kita tunggu dan lihatlah Persidangan UMNO Labuan yang bakal tiba...

sekian, wasalam...

Mr.PHD berkata...

salam kepada "anak labuan prihatin"..

siapa yang kalah ni? kalah sebelum bertanding?.. dan siapa yang menang? menang sebelum berjuang? wah! itu sudah satu yang hebat..

kalau itu kata-kata "anak labuan prihatin", ini pula kata-kata saya.

TAHNIAH KEPADA DATO' SUHAILI,
kerana telah membuktikan kepada seluruh rakyat Labuan dan juga kepada semua pemimpin masyarakat di Labuan, bahawa Labuan mampu mendapat anugerah dalam pertandingan kebersihan pantai anjuran satu badan antarabangsa. Dengan adanya Perbadanan Labuan, W.P. Labuan sekali lagi dipandang tinggi oleh masyarakat Malaysia. Tahniah kepada Dato' Suhaili sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan, dan Dato' Basiran sebagai KPE.

Kepada Datuk Yussof,
Teruskan usaha Datuk dalam membantu Dato' Suhaili dan juga warga Perbadanan Labuan, serta membantu rakyat Labuan dalam menjayakan lagi misi kita untuk menjadikan Labuan terkenal di mata dunia. Usahlah mendengar kata-kata negatif daripada orang yang tidak bertanggungjawab Datuk, saya yakin Datuk ada pendirian yang teguh dan tidak mudah digoyah, saya juga yakin kepada Datuk bahawa Datuk mampu menjadikan masyarakat Labuan sebagai masyarakat yang berjaya. Banyakkan mendengarkata-kata positif. Kami tidak pernah membenci Datuk, kami tetap menyayangi Datuk sepertimana kami menyayangi Dato' Suhaili. Jangan biarkan kata-kata "jahat" menguasai Datuk. Bangkitlah Datuk, kecapilah kegemilangan dulu. Labuan ini akan menjadi semakin cemerlang dan gemilang andainya Datuk bersatu dan bekerjasama dengan Dato' Suhaili.

Buat YB Datuk Zulhasnan,
Terima kasih Datuk, kerana telah melayan Labuan tanpa beza dengan KL & Putrajaya. Kerjasama dan sokongan Datuk, telah membantu Labuan semakin dikenali. Kerana Datuk jugalah yang telah memberikan peluang Labuan lebih dibanggai.

Kepada "anak labuan prihatin"..
Janganlah mengatakan pemimpin kita melakukan "permainan kotor" sedangkan diri kita sendiri tidak disedari. Ingatlah, satu jari menunjuk insan lain "kotor", maka 4 jari lagi menunjuk diri sendiri "kotor". Buanglah semua perasaan negatif, bersihkan diri dengan muhasabah. Biarkan fikiran yang mengawal perasaan, jangan terlalu emosi, kerana akan buruk padahnya. Sedarlah, kata-kata hasutan kepada seseorang akan menyumbang kepada terputusnya sillaturrahim dengan insan lain. Pasti satu hari nanti balasannya kepada diri kita sendiri, kalau tidak pun pada diri kita, pasti akan berlaku pada keluarga kita. Fikir-fikirkanlah, ingat Allah S.W.T, banyakkan beristighfar.

azz berkata...

mr phd memang betul... sdh lah labuan ni kecil dan penduduk nya pun terhad jadi kalau sdh berpecahbelah apa akan jadi kepada bangsa kita dan juga w p labuan...

Tanpa Nama berkata...

anak labuan prihatin,

kata-kata anda ini pun boleh menyebabkan perpecahan. bukankah lebih baik anda menggunakan kebijaksanaan berkata-kata itu untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin ini? manfaatkanlah demi kebaikan, bukan menghancurkan.

anak labuan prihatin berkata...

kepada mereka yang memberikan komen

ihlas di hati sy bukanlah untuk memecahkan belahkn apa isu di Labuan

namun, saya ingin membetulkan dan memberi pandangan peribadi sy tentang apa yang berlaku

saya cukup sedih bila mana konflik ini berlaku

terima kasih mr. phd atas komen dalam perenggan yang terakhir

benar apa yang dikatakan

saya ini untuk makluman, tidaklah ada kepentingan politik

hanya sekadar membenarkan apa yang berlaku, itu sahaja

saya hanya mendapat kepuasan menulis

tidaklah di bayar atau mendapat apa2 ganjaran

bukalah mata wahai org Labuan

kita hanya perlu 1 pemimpin sahaja

dan mereka yang lebih berkaliber dr Datuk Yussof, bantulah

jangan nak lawan...

ihlas dariku...

Mr.PHD berkata...

"anak labuan prihatin"

betul kata anda tu, kepada semua warga Labuan, bukalah mata seluas-luasnya...

janganlah kita hanya tahu menuding jari pada kelemahan orang lain, kita nilai dulu diri kita sendiri, kemudian barulah bantu memperbaiki orang lain. Jangan asyik membangkang itu, membangkang ini, tapi diri sendiri rupanya tidak betul.

Bantulah pemimpin kita untuk membangunkan Labuan dan rakyatnya. Jangan asyik menyalahkan mereka, kerana tidak ada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

Salam Perpaduan.

paci berkata...

alkisah seorang hamba sahaya, telah menghantar sms kepada Menteri wilayah indera, dalam sms tersebut hamba sahaya mengatakan begini "wahai tuanku, apa la punya "haprak" tuanku ni, rakyat jelata yang depan mata langsung tidak dipeduli, tapi rakyat jelata yang jauh pula dilayani, dan disalami"... lalu apabila bendahara melihat sms tersebut, bendahara mengatakan kepada Menteri wilayah indera, wahai tuanku, usahlah dipeduli kata-kata itu, ape kelas tuanku hendak menyalami rakyat jelata yg depan mata itu, kerana mereka itulah sebenarnya pengkhianat bangsa kita. Lantas Menteri wilayah indera pun berlalu dengan selambanya...

Pengajaran cerita "kita sebagai rakyat biasa ni la yang pergi kepada menteri, janganlah nak berharap menteri nak pergi pada kita, bukan dia kenal kita pun, kita ni siapa? orang biasa ja...."

P/S: cerita tersebut di atas tidak ada kena mengena dengan yg HIDUP mahupun yang MATI.

anak Labuan prihatin berkata...

paci

i think i noe what is d issue

very creative

well done paci...

bunyi cam merajuk jak...

huhuhuh~

paci berkata...

anak labuan prihatin...
Kompom merajuk huhuhuh...