24 Oktober 2008

Tahniah


Labuan Kini ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Isli Siput diatas penganugerahan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk sempena hari jadi TYT Tun Datuk Seri Ahmad Shah yang lepas. Hari ini, seorang lagi pemimpin Labuan diberi penghormatan apabila Dato` Harris Tan dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato` sempena keputeraan DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Labuan sudah boleh berbangga kerana sudah ramai pemimpin - pemimpin tempatan dihargai dengan penganugerahan pingat kebesaran yang memberi gelaran Dato' dan Datuk. Antara yang telah menerima gelaran Datuk sebelum ini termasuklah Datuk Mulok Awang Damit, Dato` Suhaili Abdul Rahman, Datuk Yussof Mahal, Datuk Yunus Kurus, Allahyarham Sen. Datuk Omar Bledram, Allahyarham Datuk Hj. Mohd. Din, dan Datuk Alinah @ Saliha Hj Md Ali.

Kini, Labuan hanya kekurangan pemimpin wanita yang bergelar Datuk. Setakat ini hanya Datuk Alinah sahaja yang membawa gelaran tersebut, yang diperolehinya ketika era PBS. Siapakah yang layak diberikan gelaran Datuk selepas beliau? Hjh Fauziah Datuk Md. Din? Pn. Hjh Aini Safar?


4 ulasan:

a.d.a.m. berkata...

yussof????
hehehe..no komen!!!sebabbeliau tak 'diucapkan selamat' oleh labuankini

labuankini berkata...

Minta maaf, bukannya sengaja cuma tertinggal. Telah diedit.

a.d.a.m. berkata...

terima kasih kembali. harap ianya bukan satu kesalahan untuk saya menegur...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa ramai dapat Dato dari Pahang? Ada sumbangan khas kah? Dalam bentuk apa? Tahniah Datuk Hj Isli, veteran dan usahawan yg berjaya memang patut lama dah dapt. Tahniah jg pada Dato Haris Tan, harap dpt beri sumbangan utk Labuan juga bukan hanya pd Pahang maka dpt anugerah.. Bangga kerana ramai dpt datuk, tapi harap2 hanya yang betul2 berkhidmat utk negara yg dapat, otherwise, nampak murah..