06 Oktober 2008

UPDATE: Mesyuarat UMNO Labuan 4


Petikan dari New Sabah Times, 5 Oktober 2008. Jangan lupa baca komen dari Labuan Kini di bawah artikel ini

170 perwakilan tentukan siapa Ketua Umno Bahagian Labuan

5th October, 2008

LABUAN: Kira-kira 170 perwakilan daripada 24 cawangan Umno di pulau ini dijangka menjadi tumpuan apabila mereka buat pertama kalinya sejak tujuh tahun lalu me-milih siapa bakal ketua ba-hagian pada mesyuarat persidangan Umno Bahagian, pa-da penghujung bulan ini.

Perebutan jawatan penting dalam Umno Labuan kali ini dijangka terus bergelora apabila berlakunya perebutan jawa-tan membabitkan kerusi ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua pemuda serta timbalan ketua pemuda.

Namun jawatan yang paling menjadi tumpuan kali ini terarah kepada Ketua Bahagian, apabila penyandangnya, Datuk Haji Suhaili Abdul Rahman yang sebelum ini berusaha mengelakkan perebutan jawat-an akan dicabar oleh timbalannya yang juga Ahli Parlimen, Datuk Haji Yussof Haji Mahal.

Pada sesi pemilihan di peringkat cawangan Suhaili memperolehi 18 pencalonan, manakala Yussof yang menerima pelbagai dugaan hanya memperolehi enam pencalonan, te-tapi sudah cukup untuk meni-dakkan Suhaili daripada mena-ng tanpa bertanding.

Bagaimanapun, Suhaili opt-imis akan mengekalkan jawatan tersebut berdasarkan jumlah pe-ncalonan yang diperolehi jauh berbeza dengan pencabarnya Yussof.

Dalam satu pertemuan dengan media tempatan baru-baru ini beliau (Suhaili) dengan pe-nuh yakin mampu mempertahankan kerusinya dengan menjangkakan sekurang-kurangya 130 perwakilan (daripada 18 cawangan) akan memihak ke-padanya.

“Jika berlaku sebaliknya sa-ya kira ada sesuatu yang tidak betu .l.. mungkin berlakunya politik wang,” katanya

Sementara itu, kerusi Tim-balan Ketua Bahagian menyaksikan persaingan antara Naib Ketua Umno Bahagian, Datuk Haji Yunus Haji Kurus yang memperolehi 17 pencalonan akan ditentang oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Dr Harun Haji Pudin yang bersekutu dengan Yussof.

Datuk Haji Yunus kurang satu undi dengan Suhaili, apabila cawangan Umno Pantai mencalonkan Datuk Haji Yus-sof Haji Mahal sebagai Tim-balan Ketua Bahagian.

Jawatan Timbalan Ketua Bahagian kosong susulan pen-yandang jawatan itu, Datuk Haji Yussof Haji Mahal yang mengisytiharkan untuk bertanding jawatan ketua bahagian.

Turut menjadi tumpuan da-lam persidangan Umno kali ini ialah jawatan ketua pemuda ba-hagian yang terpaksa dikosong-kan oleh Haji Bashir Haji Alias atas faktor usia.

Haji Bashir yang masih se-tia dengan ketuanya Suhaili dinaikkan pangkat dengan dita-warkan jawatan Naib Ketua un-tuk bersaing dengan pendatang baru dalam arena politik Haji Punggut Ibrahim yang juga mantan Pengerusi Majlis Belia Labuan.

Sementara itu, calon ketua pemuda juga bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon pilihan Su-haili, Tony Noolan @ Udin Haji Isli dengan Mohd. Rafi Ali Hassan sekutu Datuk Haji Yus-sof.

Pada sesi pemilihan di peringkat cawangan, Haji Tony Noolan memperolehi 21 pen-calonan, manakala pencabar-nya, Mohd. Rafi menerima sembilan pencalonan.

Dalam pada itu, bagi jawatan ketua wanita yang disandang oleh Hajah Aini Haji Safar dikira bernasib baik apabila pencabarnya Cik Fauziah Datuk Mohd Din tidak cukup pencalonan, manakala Ketua Puteri yang disandang oleh Rahimah Haji Lamat merupakan satu-satunya kerusi paling selamat apabila langsung tidak dicabar dalam pemilihan kali ini.

Sebanyak 24 cawangan disahkan bermesyuarat sekali gus layak menghantar perwakilan, manakala enam lagi cawangan digantung atas faktor gagal mematuhi peraturan mesyuarat.

Enam cawangan yang di-gantung oleh Umno Bahagian itu ialah, Durian Tunjung, Batu Manikar, Ganggarak, Patau-Patau Satu, Sungai Bedaun dan Tanjung Aru.



Komen - komen Labuan Kini;
1. Mesyuarat Bahagian mungkin diawalkan, seawal 11 Oktober atau 18 Oktober.
2. Mesyuarat Cawangan Sungai Bedaun ditukar statusnya dari digantung menjadi sah. Ini bermakna YB Datuk Yussof Mahal mandapat 7 pencalonan, bukannya 6.

6 ulasan:

ahli berkata...

mana satu yang betul ni tentang sungai bedaun? sekejap sah, sekejap tidak.... baru-baru ni Briget General Husainay bgtau ignore surat yg tak sah tu, harap Labuan Kini dapat berikan info yang lebih meyakinkan, kerana kami tertanya-tanya tentang status cawangan kami.

labuankini berkata...

setelah merujuk kepada beberapa ahli dalam cawangan sungai bedaun petang tadi, labuankini difahamkan bahawa cawangan sungai bedaun masih dalam status "digantung". pihak labuankini masih belum dapat membuat pengesahan dari bahagian labuan sendiri, namun apa yang dapat dipastikan, keputusan untuk menggantung, mengesahkan atau membatalkan sesuatu mesyuarat cawangan adalah terletak dibawah bidang kuasa bahagian, bukan ibu pejabat. melainkan bahagian tidak dapat, atau tidak mampu untuk membuat keputusan, barulah ianya akan dirujuk ke ibu pejabat, atau mt. harap komen ini sedikit sebanyak dapat memberikan jawapan untuk soalan - soalan yang diajukan. terima kasih

ahli berkata...

ok..... baru jelas.... TQ labuankini

MeeT uNcLe sHaH berkata...

UMNO terus maju!!!
suda2 tah bekelahi atu...
membari hawa nya dangan!!!!
mun nganya kan berabut pangkat,baik tah nda pyh!!!
;D

mR. LoW pRoFiLe berkata...

setuju sama meet uncle shah!!!
buat malu bangsa!!!
nda heran,orang melayu masih ditakuk lama!!!!

mujako berkata...

Labuankini tidak pernah atau bercadang untuk menyekat mana - mana pihak untuk membuat komen, sehinggakan 'anonymous comments' juga dibenarkan. ini dinamakan demokrasi dan kebebasan bersuara. Tetapi kalau mempergunakan 2 - 3 nama untuk menyokong, atau menutup kesilapan komen sendiri, ini dianggap menyalahgunakan kebebasan yang diberi. Bukan niat untuk mengaibkan sesiapa, cuba diharap para pembaca bersikap matang dang bertanggungjawab atas komen - komen yang diberi. Happy blogging untuk semua.