23 Oktober 2008

Menjelang Mesyuarat UMNO Bahagian Labuan 3

Dipetik dari Utusan Malaysia Online, edisi Terkini 23 Oktober

Lapan ahli UMNO didapati bersalah langgar disiplin

23/10/2008 1:13pm

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Enam ahli UMNO termasuk Ketua Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail dan Ketua Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO setelah didapati bersalah melanggar tata etika pemilihan dan terbabit dalam politik wang.

Turut dikenakan tindakan ialah dua ahli biasa dari Bahagian Kota Marudu, Sabah dan Ledang, Johor yang dicadang supaya dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon bebas dan menjadi wakil kepada calon pembangkang pada pilihan raya umum Mac lalu.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, tujuh lagi ahli yang turut disiasat pihaknya didapati tidak bersalah. - Utusan


Tiga dari Wilayah Persekutuan Labuan diberi amaran keras kerana didapati menyalahgunakan kuasa ketika mengendalikan mesyuarat cawangan, termasuklah Ketua Bahagian, Dato` Suhaili Abdul Rahman, Ketua Cawangan Sungai Bangat, Datuk Yunus Kurus dan Ketua Cawangan Lubuk Temiang, K.K. Hj. Alias Hussin.


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nyangku..yang haring tu payahkan ditapuk..babau bah tu..

anak labuan prihatin berkata...

saya ini bukanlah hanya cakap kosong

saya rasa sudah terbukti ya

bukan lah ingin memburukan

hanya kebenaran

harap maaf mr. phd atas kata2 saya...

Mr.PHD berkata...

"anak labuan prihatin"

apa yang cakap kosong? dan apa yang telah terbukti?..

tidak perlu kita memburukkan sesiapa dalam arena politik, dari awal komen saya pun saya telah berkata... tidak ada sesiapa yang sempurna di muka bumi ini. Dan dari awal komen saya tidak pernah memburukkan sesiapa, kalau tak percaya bacalah semula. Tapi tulisan saudara, semua memburukkan Dato Suhaili.

Masalah BPR dan skandal seks yang heboh sebelum ni macamana? sebab tu saya ingatkan, tidak ada yang sempurna di muka bumi ini.

Sedarlah saudara , jangan memburukkan orang lain, mungkin padahnya pada diri sendiri kelak, Allah A.W.T Maha Adil. Maaf yaaaa :)

yang teraniaya berkata...

yang betul-betul terasa kekalahannya dalam kes ini ialah datuk usop dan kuncu-kuncunya. satu lagi pendekatan kotornya untuk menang "percuma" jawatan dalam umno gagal.

usop tahu dengan 6 pencalonan berbanding 18 yang diperolehi oleh datuk suhaili, dia tidak akan menang. kalau dia menang pun, bpr, lembaga disiplin standby menanti. kalau ikut logik pun si usop tetap tidak dapat menang jika dikira perwakilan yang berpihak pada beliau. usop hanya dapat 1/4 sahaja sokongan dalam umno labuan, berbanding datuk suhaili 3/4.

pendekatan kotor si usop ini yang menghantar pelbagai komplen kepada lembaga disiplin, agar datuk suhaili digantung keahlian, dan kemenangan diberikan kepadanya ternyata gagal, apabila datuk suhaili hanya diberi amaran sahaja.

sebelum ini si usop pun suda menghantar memorandum kepada pm untuk menjatuhkan datuk suhaili dalam pl. dan meminta beliau menggantikan datuk suhaili jadi pengerusi pl.. sian.. sian.. tamak kuasa sungguh!

mu buat lagu mana pun, ore tau prangai mu supa nate wahai hamba allah yg dinamakan yussof mahal

Tanpa Nama berkata...

ya kan. siapa yang GILA KUASA sbnarnya ni??? konpius.

Mr.PHD berkata...

Astaghafirullahulazim....

insaflah kamuuuuuu

damai abadi berkata...

yang teraniaya,mr phd

anda semua terlalu mengagungkan pemimpin spt itu.(saya tdk menyokong mana2 pihak) ingat kata nabi,memuji sesorang harus ada batasnya.
pekung di dada masing2 akan tersingkap dipadang mashyar nty.xperlu menafikan,mencari dalil bukti!!!!
tdk salah bersetuju kpd tnp nama.dalam menilai seseorg harus pada peribadinya.dlm UMNO,apa yg diketengahkan agenda MELAYU bkn politic agenda. MELAYU labuan pn ditindas pemimpin sendiri.

dan,saya rasa yang blog ini lebih pro kepada team tertentu.bkn berbentk bebas!!!

Mr.PHD berkata...

"damaiabadi"

mungkin anda baru terbaca komen saya di sini, sebelum mengkritik kenalah selidiki dulu, baru menilai apa yg anda lihat dan baca..

Saya juga tidak berpihak pada mana-mana, saya cuma tidak suka bila penulis komen di sini membenci pemimpin2 yang pernah dan sedang memimpin Labuan, kerana mereka semua ada kelebihan masing-masing.

Dan komen anda mengatakan Melayu Labuan ditindas oleh pemimpin sendiri itu saya tidak bersetuju kerana, zaman Datuk Mulok beliau tidak pernah menindas Melayu, zaman Dato Suhaili pun Melayu tidak ditindas, dan kini zaman Datuk Yussof tidak ada pun petanda beliau menindas Melayu Labuan.
Berfikir sebelum memberi pendapat, lihat sebelum meluah perasaan, kaji sebelum membuat keputusan.
-ikhlas-

damai abadi berkata...

mr phd
"pekung di dada masing2 akan tersingkap dipadang mashyar nty.xperlu menafikan,mencari dalil bukti!!!!"
itulah yang saya katakan b4 this...subhannallah,sesungguhnya hny allah dan mereka yang teraniaya sahaja yang mengerti.
salam persahabatan buat semua.semoga kita dapat merapatkan kembali saf-saf persaudaraan org labuan. mr phd maafkan andainya saya tersilap...

Mr.PHD berkata...

damai abadi

ya, dimaafkan.
sedangkan nabi ampunkan umatnya..