14 Oktober 2008

Ketua Kampung Labuan


Labuan Kini ada dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen Labuan yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, YB Datuk Yussof Mahal ada menghantar senarai nama ketua - ketua kampung yang akan dilantik kepada Perbadanan Labuan.

Senarai tersebut yang dilihat ada menyenaraikan beberapa muka baru itu mengundang pelbagai reaksi dari ketua - ketua kampung yang ada sekarang. 

Beberapa ketua kampung dilihat mengunjungi kediaman Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato` Suhaili semalam, berkemungkinan meminta komen dari beliau mengenai senarai ketua kampung yang dikemukakan oleh YB Datuk Yussof. 

Setelah merujuk kepada beberapa pegawai dalam Perbadanan Labuan, Labuan Kini difahamkan bahawa senarai tersebut tidak lebih daripada cadangan sahaja. Segala keputusan akan dibuat oleh Perbadanan Labuan sendiri. Perlantikan ketua kampung adalah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bukannya lantikan politik.

Ketua - ketua kampung Labuan dijangka akan dilantik semula pada 27 Oktober ini.

Tambahan 16/10/2008

Antara kampung yang dijangka bertukar ketua adalah Ganggarak, Sungai Bedaun dan Bebuloh. Ketua kampung Ganggarak dikatakan telah lama berhasrat untuk meletak jawatan dari pertengahan 2007 lagi dan pernah menghantar notis perletakan jawatan kepada Dato` Suhaili namun beliau diminta untuk bertahan sementara sehingga lantikan beru dikeluarkan. Sungai Bedaun dan Bebuloh dikhabarkan menerima banyak rungutan dan complain dari orang - orang kampung yang mengatakan ketua mereka sekarang sebagai ketua "tidur". 

Antara yang disebut - sebut sebagai pengganti kepada ketua - ketua kampung tersebut termasuklah En. Mawi Pagayaman (Ganggarak) En. Latif Hamdan (Sungai Bedaun, abang kepada ketua kampung sekarang, K.K. Shaari Hamdan) dan jawatan ketua kampung Bebuloh dikatakan ditawarkan oleh YB Datuk Yussof kepada Tn. Hj. Khalidin namun ditolak.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

d.s cover la 2...

huhuhuh~

sabar la k d.s

=)

Tanpa Nama berkata...

d.s cover la 2...

huhuhuh~

sabar la k d.s

=)

Al-Rashid Zulkefli berkata...

ketua kampung ganggarak-merinding???
erm...no comment!!! better, drop him!!!
hehehe... ;D

azz berkata...

kenapa mau drop... ???

Al-Rashid Zulkefli berkata...

salam azz...
knp mo drop???!! mikir dirik,ar(kate org kelantan)hahaha!!!

Tanpa Nama berkata...

eh.. siapa En. mawi tu? OK kah dia?

Tanpa Nama berkata...

salam tnp nama...
dari feedback yg diterima,saya menerima SMS sendiri drp beliau yg beliau tidak senang dgn berita itu. kenapa?? pq sendirik...

Tanpa Nama berkata...

setuju2,tanpa nama n meet uncle shah...

Tanpa Nama berkata...

en. mawi???beliau seorang yang berkepemimpinan,bijaksana,malah mampu membawa kg ganggarak-merinding lebih baik berbanding sekarang.namun,saya pasti beliau tidak senang akan ura-ura perlantikan itu.malah saya yakin,seperti sebelumnya beliau akan menolak 'permintaan' orang2 'tertentu'...namun,siapa tahu keajaiban akan tercipta???!!!hahhaha!!!

mujako berkata...

Labuankini tidak pernah atau bercadang untuk menyekat mana - mana pihak untuk membuat komen, sehinggakan 'anonymous comments' juga dibenarkan. ini dinamakan demokrasi dan kebebasan bersuara. Tetapi kalau mempergunakan 2 - 3 nama untuk menyokong, atau menutup kesilapan komen sendiri, ini dianggap menyalahgunakan kebebasan yang diberi. Bukan niat untuk mengaibkan sesiapa, cuba diharap para pembaca bersikap matang dang bertanggungjawab atas komen - komen yang diberi. Happy blogging untuk semua.